Blog Archive

Theme images by MichaelJay. Powered by Blogger.

29 November 2012

Cintaku Tertinggal Di Langkawi

Bersemangat aku hari ini. Berwajah ceria bagaikan tokeh ayam yang baru saja untung berniaga. Ingin saja rasanya aku tersenyum sepanjang hari.

Segera ku capai baju kemeja ku yang berjenama Paul Smith. Baju yang baru saja ku beli minggu lalu. Aku kelihatan begitu bergaya. Meskipun baju itu ku beli di pasar malam saja. Tapi siapa yang tau kan. Yang penting jenamanya.

Aaaah...! jam sudah dekat pukol 10. Aku ada temujanji. Janji pertemuan ku bersama ehem...ehem. Dan ini pertemuan kami yang pertama.

Aku mengenalinya di salah satu laman sembang. Orangnya cantik....manis2 bagai puteri Hang Li Po dari melaka.

Kami berjanji untuk bertemu di Pulau Langkawi. Dan pastinya pasir putih di pantai itu akan menjadi saksi bermulanya percintaan kami yang suci murni tanpa was was ini.

Duduk aku di atas batu. Tak ubah seperti tunggul kayu...penuh sabar aku menunggu kehadiran mu. Sambil menunggu aku tungap juga lah beberapa keping biskut merrie yang ku bawa sebagai bekalan kudap2 ku. Hmmm sedap jugak....kalah crepek durian rasa enaknya.

sambil aku membayangkan akan suatu hari nanti takala diri mu menjadi milik ku. Pasti akan ku bawa kamu berjalan jalan di ladang sawit milik jiran ku. Bersama sama menikmati keindahan ladang sawit. Kan ku bawa kamu bersiar siar bersama kurita surung ku yang baru saja ku cat warna uren mggu lalu.

Oh...! baru aku teringat. Kurita surung ku masih di bengkel pak Akob. Harap2 tak lingkop. Beliau pomen yang tekenal di kampung ku. Punya kemahiran yang luar biasa dalam memperbaiki kurita surung.

Seperkara yang ingin ku beritahu pada kamu nanti. Aku ada beberapa ekor burung serindit. Dan aku bercita cita untuk menjadi penternak burung serindit yang berjaya. KIta sama2 bisa jadi tokeh. Tokeh burung serindit. 
Cintaku Tertinggal Di Langkawi
Oh....! betapa aku begitu membayangkan keindahan itu. Tanpa ku sadar jam sudah pukol 5 petang. Biskut merrie pun sudah habis. Tapi kau tak muncul2 juga. 

Angin sepoi2 bahasa bagai membisikkan ke telinga ku.. "ko kena tipu....ko kena tipu" aahhh....! agak nakal angin ini berkata2. Aku tidak mahu berburuk sangka.

Mungkin kah dia ditimpa bencana...? Oh tuhan selamat kan lah dia. Aku tetap setia menunggu di situ. Hingga lah saat matahari memadamkan lampunya. Sidia tak juga kunjung tiba. 

Tiba2 aku terasa bagai ada tangan yang menyentuh bahu ku. Aku menoleh. Ku lihat seraut wajah merenung ku. Wajah seorang anak gadis. Ya...aku cukup kenal wajah ini. Tiba2 ia bersuara "abah....bangun bah. Dah maghrib ni....tak elok tido maghrib2 ni" Terima Kasih anak ku kerna mengejutkan abah mu dari tidur. Nah Cintaku Tertinggal Di Langkawi kerna ku bermimpi di senja hari.

*picture image google

27 November 2012

Nah Dua Kupang

 
Kesibukan melanda.
Aiseyman sory2 .....blog terbiar sepi.
Ucapan terima kasih kepada yang sudi singgah sini.
Insya'allah ada masa nnt saya akan singgah ke tempat anda semua.

Terima kasih juga kepada yang sudi follow sini.
Nah dua kupang

Eeerr...! tapi jangan men jauh2....nnt terlepas pulok N3 terkini :)

23 November 2012

Yang Mana Satu Plihan Kalbu

 



Muka dia cantek tapi jalan pulok macam itik.
Pandai bergaya macam artis tapi dalam hati ada kudis.
Tengok muka memang tak ada rupa tapi cukop hormat orang tua.
Muka dia memang jambu tapi dia ni kuat cemburu.

Muka cantek berdahi licin tapi kedekut taik idung masin.
Bila berjalan gayanya macam model tapi kuat membebel.
Dia bukan orang kaya tapi kemana mana nak naik kereta saja.
Kurus tinggi,orangnya pun baik hati tapi memasak pulak dia tak reti.

Yang Mana Satu Plihan Kalbu?

Mutiara kata untuk hari ini.

"menikmati sechawan kopi panas bersama beberapa keping biskut merrie adalah lebih bermakna daripada menikmati beberapa ketul crepe durian yang ntah hapa2 ntah rasanya"
~edisi cemburu buta

20 November 2012

Apa hal pandang-pandang

 
"apa hal pandang-pandang.
 Ingat aku nih hapa..? 
Giget karang tau la"

18 November 2012

Happy Birthday to Mrs Velentine

 
Happy Birthday to Mrs Velentine. Pemilik blog All About Love. Tiada apa apa yang berharga dapat di berikan melainkan hanya ungkapan kata kata. Semoga ceria selalu dan berbahagia bersama keluarga tercinta. Happy Birthday to Mrs Velentine.


Maaf ye tak berkesempatan lagi nak BW. Cuti ni banyak program. Thank's pada yang sudi singgah. Kemudian nanti ada lapang saya singgah ye.

16 November 2012

Lebih Puas Menghisap Yang Besar

 
Untuk bahan bacaan 18 tahun ke atas sahaja. Budak budak adalah tidak di galak kan. Boleh juga di jadikan sebagai satu sindiran kepada yang suka sangat menghisap tu....tapi tak puas2 jugak lagi. Hari-hari nak menghisap. 

Maklum lah yang biasa tu kecik....yang ni besar. Mungkin dengan cara ini boleh membuatkan mereka lebih puas untuk menghisapnya. Silap2 mau pengsan. Terus berenti.

Aku dapat sumber ni pun dari FB. Mana ntah depa dapat aku pun tak tau. Meh tengok contoh yang di tunjukkan oleh seorang nenek ni. Ni kalau dapat sebatang ni silap2 mau tumbang nih.



^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^


Gambar ta kluar ke? tak pe...follow je kalau belum follow ...heheee maceeehh.

Korang fikir apa...? Jangan macam-macam. Blog aku suci lagi.....hehehheeee

15 November 2012

Malam Jumaat

Hari ini 15hb nov 2012. On FB....jenguk2 sana...jenguk2 sini. yang ada banyak anak dara dan teruna ja yang on line. Mana pegi kawan2 aku yang tegar menagar be pesbuk nih. Pehtu nampak la status kawan aku ni berbunyik begini...

"Dh 2,3 kali aku tukar mentol bilik nie...tekedip-kedip cahayanya...kt luar ujan lebat nie....ermmm..mlm nie,mlm jumaat kan....huuuaarrrgghhh..."

Dan dan ngantok....huh menyampah.....hahahhaaaa


Tempat rahsia simpan senjata

 
Tempat rahsia simpan senjata.
Kalau tengok pada gambar ni agak2 di mana dia letak...?


Haaa...kalau nak tau tengok video ni.

Haaa....banyak kan...? Sapa pun tak tau. Tapi skrng kita dah tau hehehee..

14 November 2012

Ikan Kembung Goreng Kicap Bawang Bercili

 

Ikan Kembung Goreng Kicap Bawang Bercili

Resepi rahsia Karukor Jagau. Ikan Kembung Goreng Kicap Bawang Bercili. Cara mudah dan pantas. Mula2 sedia kan 4 ekor atau lebih ikan kembung mengikut keperluan semasa. Siang dan cuci bersih2. Pehtu goreng sehingga garing. Takat mana garing nya tu ikut suka hati korang lah.

bahan2 seterusnya adalah seperti berikut.



Kemudian ambil cili dan bawang. Hiris halus2 ikut suka hati korang juga. Nak hiris besar2 pun x pe. Tips sila pakai cermin mata keselamatan semasa menghiris bawang demi mengelakkan pembaziran air mata.

Dah siap potong bawang da cili. Taruk je dalam piring pehtu tuang kan kicap. Dan siap untuk di hidang. Selamat menjamu selera. Resepi orang bujang hahahahhaaa...



11 November 2012

IMEJ HANTU PALING GLEMER 2012

 
Kenapa aku kata ini IMEJ HANTU PALING GLEMER 2012. Mana tak glemernya kuar kat kosmo ha....boleh tengok sini sila klik KOSMO ONLINE

Jalan jalan melayari internet sambil sambil BW jumpa cerita tentang imej ni kat blog abg JR. Rupanya kat blog kawan ni pun adooo. Klik nih Blog ce ceghite

Jalan2 lagi jumpa lagi kat laman2 forum. fuuuhh....! banyak2 imej hantu aku rasa dalam bulan ni imej ni paling glemer.  Pasal imej hang glemer aku pinjam sat buh kat side bar. Bulih kot nooo :) jangan mimpi sudah hehehee


BILA TAK BAGI MENGATA BILA DAH BAGI

 
Bila tak bagi mengata,bila dah bagi buat harta. 
Itu lah sikap sesetengah orang kita. Tak la semua macam tu cuma ada la segelintir macam tu. Tapi rasa macam kebanyakan macam tu kehkehkeh.

Kita ni iye2 keluarkan modal untuk membeli sesuatu barang yang memang kita perlu untuk menggunakannya. Ada orang pulak,tak payah belilah....pinjam je. 

Kita yang ada ni kalau tak bagi pinjam mula la mengata kita macam2. Tapi bila dah bagi pinjam...di gunakannya macam harta dia. Tak reti2 nak pulang ke...?

Biasa tak berlaku perkara seperti itu dalam kehidupan seharian kita. Ada tak....? ada tak...? Geram je kan...rasa nak gigit2 je hahahahaa...

09 November 2012

Gadis Makan Katak Hidup Di Jepun

 
Gadis Makan Katak Hidup Di Jepun. Peeerrgghh...! nak temuntah ijo aku. Kalau ye pun nak makan kasi mati la dulu. Ini katak nya gerak2 lagi haduuuiii. Tak rasa macam kejam ke...? Nih satu lagi....kalau di masak dulu apa salahnya.
Hot Issues: Jom tengok Finding Nemo in 3D
Hot Issues: Apa yang akan berlaku di Petronas ?
Hot Issues: Ingin Tahu Hubungan Fida & Zalif
Hot Issues: Kenali siapa Vasili Arkhipov
Hot Issues: Tiada lagi Window Live Messenger menjelang 2013

Ni korang boleh tengok sendiri videonya. Tapi sapa yang tak boleh tahan tengok tu siap2 la besen mana tau muntah ijo korang nanti. Aku memang tak lalu.


07 November 2012

Gambar Artis Popular Tayang Bontot Tersebar

 


Gambar Artis Popular Tayang Bontot Tersebar. Bukan nak mengaib kan sesiapa. Kalau dah jalan tu tak betul nk buat cemana. Jika di lihat betul2 pada gambar itu saya percaya ianya di ambil sewaktu beliau berada di luar negara.

Aku tak nak letak gambar tu kat dalam blog aku ni sebab blog aku ni masih suci lagi heheheee. Tapi korang boleh tengok gambar tu klik DI SINI. Aku percaya yang korang pasti sgt2 kenal siapakah artis tersebut.

Kepada yang telah melihat gambar itu. Bagaimana kah perasaan anda? Mungkin juga ada geram,marah dan sebagainya. Moga kita tergolong dalam golongan insan yang sentiasa dalam keadaan sabar.

06 November 2012

KATAK YANG KEBINGUNGAN

 


Katak Yang Kebingungan

Seekor katak dewasa jantan sedang bercakap dengan seekor katak remaja. Katak remaja ini di berita kan ada permasalahan dan dalam kebingungan. Katak dewasa jantan bertanya kepada kata remaja ini akan apakah permasalahan beliau itu.

Lalu katak remaja pun berkata. Masalahnya begini. "Seekor katak dewasa mampu melakukan lompatan pada kadar jarak yang di anggarkan kira2 5 inci jauh nya. Yang menjadi persoalan nya ialah berapakah jarak lompatan yang mampu di lakukan oleh seekor katak betina yang kira2 sedang sarat mengandung dalam 52 hari gitew?"
katak

Nah....! katak dewasa jantan pula kebingungan. Lalu pulang lah katak dewasa jantan bertanya kepada katak betina yang merangkap suri rumah tangga nya. Setelah di ajukan soalan yang sama. Katak betina pula menjadi bingung dengan persoalan itu.

Lalu dengan segera katak betina pergi berjumpa katak bidan. Sampai saja di rumah katak bidan dengan tak sabarnya katak betina terus bertanyakan soalan yang sama. Kemungkinan besar katak bidan yang berpengalaman ini dapat menjawab persoalan itu. Penuh tekun katak bidan mendengar persoalan itu. Sambil terkebil kebil katak bidan menjawab "Kepala hotak kau. Katak mana yang mengandung?"

Nah...! Katak betina menjadi semakin bertambah bingung dengan persoalan itu. Lalu pulang dan bertanyakan kepada katak jantan dewasa. "katak mana yang mengandung?" Nah....! katak dewasa jantan pula menjadi semakin bertambah bingung. Lalu katak jantan pergi mencari katak remaja tadi.

Kemudian katak jantan bertanya kepada katak remaja "Katak mana yang mengandung?" Terkebil kebil mata katak remaja. mana ada katak mengandung. hah dah la tu. ni kalau aku sambung lagi cerita ni bukan korang je yg bingung. nnt dengan haku2 sekali bingung.

Kopi Susu

 
Salam dan selamat pagi
Menikmati keindahan suasana pagi
bersama sechawan kopi sambil di perdengarkan
alunan lagu yang begitu klassik.

Tidak lupa juga beberapa keping biskut merrie
Oh...! nostalgia....nostalgia..


TUTORIAL MENGHINDAR NYAMUK

 


Malam yang sepi begini sungguh membosankan. Mata ni pulak kebil2. Tidurnya tak mau. Menci sungguh haih. Jadi kan dengan tak pasal2 aku aku dapat ilham yang berguna untuk di kongsikan bersama.

Tutorial Menghindar Nyamuk. Peeeeerrgghh...! tutorial yang menjadi sejarah dalam kamus tutorial. Blom ada lagi aku rasa yang buat tutorial nih.

Ok tanpa membuang masa kita teruskan ye. Pernah tak berlaku dalam pada diri anda tak kala sedang syiok2 mata hampir layu2 tu tetiba ada bunyi ngeeengeenggeeee tepi telinga. Nyamuk la tu terbang2 tepi telinga. Sakit jiwa kan dengar bunyi nya tu.

Nah inilah bendanya. amat berkesan ni. Cobalah.


Kasi cucuh dulu. Bila sudah keluar asap seperti itu makanya nyamuk sudah tak berani dekat lagi. Makanya anda dapat tidur dengan nyenyak dan nyaman sekali tanpa gangguan. hehehheee

Eh...! aku dah check tau kat wikipedia bab tajuk tutorial ni apa. Dia kata 

A tutorial is a method of transferring knowledge and may be used as a part of a learning process. More interactive and specific than a book or a lecture; a tutorial seeks to teach by example and supply the information to complete a certain task.

Atau dalam bahasa melayunya

Tutorial adalah kaedah memindahkan pengetahuan dan boleh digunakan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran.Lebih interaktif dan tertentu daripada buku atau kuliah, tutorial bertujuan untuk mengajar melalui teladan dan membekalkan maklumat untuk menyelesaikan tugas tertentu.

Jadi aku rasa bahan penulisan aku tak lari tajuk kan. kehkehkeh.... Salam mesra buat semua ye....a'ah tak mo marah2. 

05 November 2012

Racun Dalam Diri




Saat kamu mengenali si dia adalah pada waktu kamu sedang keseorangan. Kemudian kamu meninggalkan nya pada saat nama kamu mula di julang.

Hancur luluh hati si lelaki itu. Terhuyung hayang si dia mencari diri. Sedang kamu leka kerana terlalu asyik berada di puncak kegemilangan.

Sehingga pada saat kamu tergelincir jatuh. Si lelaki itu tetap setia menanti. Menanti agar kamu kembali memenuhi kesunyian itu.

Dan kamu seakan tidak percaya dengan kesilapan langkah yang kamu atur sendiri. Yang memberi padah sehingga menjadikan kamu untuk bangun sendiri pun tidak mampu.

Kekesalan itu mungkin tidak ada guna nya lagi. Tapi sidia yang kamu lupakan itu terus memapah kamu agar dapat terus berdiri dan menyedari diri.

Siapa Kamu..?

Kamu lah seorang yang mudah lupa. Kamu cuba bangkit dan ingin menikmati sekali lagi saat-saat indah berada di puncak. Dan sekali lagi kamu meninggalkan si lelaki itu.

Tetapi si lelaki itu tidak lagi seperti dulu. Akan menangis teresak esak seperti kanak2. Si lelaki itu meneruskan kehidupannya dengan tenang. Sedangkan kamu sudah tertanam racun di dalam diri.


04 November 2012

Penunggang Moto Paling Selamba Di Lebuh Raya



Sebelom tu bior aku nasihat kan dulu kepada pencinta motosikal. Anda adalah di larang meniru aksi ini jika tiada sebarang latihan. Aksi ini di lakukan oleh seorang lelaki berkulit hitam yang aku tidak ketahui namanya. 

Yang aku nak cerita yang sebenarnya adalah tentang aku. Teringat aksi2 sebegini zaman dolu2. Aku biasa buat nih. Bukan takat seblah tangan je. Dua2 belah tangan aku lepaih gitu je.

Cuma yang silapnya. Time aku buat aksi cenggini je...tak de orang nak amek gambo. Jadi udah tak de le bahan bukti yang menunjukkan kehebatan aku tu. Apa boleh buat. Jadi kenangan aja leeeee....

kompom depa x caya citer aku nih heheheee



SEGMEN:6 pekara tentang saya II

 




Jom kita join segman ini


6 perkara tentang Karukord Jagau

1: Suka bercerita di kedai kupi
2: Suka jalan2 tapi bukan melancong ke luar negara ye
3: Suka pada pemandangan alam sekitar tapi tidak termasuk tempat pelupusan sampah
4: Suka memandu laju dengan motosikal estet aku yang hanya mampu mencatat kelajuan sekadar 80km sejam
5: Suka membaca tapi bukanlah minat yang utama 
6: Suka cerita Acah Mak Labu

Tag:

Sekian Terima Kasih

Segmen Bloglist Akhir Tahun by Liyana Syafiqah

 


klik banner ye kalau nak turut serta


segmen ini bermula 20 Oct 2012 hingga 23 Nov 2012

jom join segmen ni....syarat mudah je

SEGMEN FOLLOW SAMPAI PENING

 



Jom Join segman ini....KLIK BANNER

Syarat mudah je.

Follower saya 297






Senyum la sikit

 


Senyum La Sikit. Buat muka toye tu kenapa...
Pagi ahad yang sunyi dan buhsan
Jom g sarapan.....

02 November 2012

Mood Saya Ke Jepun Jumpa Miyuki Nakajima

 

Kenal ke siapa Miyuki Nakajima ni? Ala yang baru2 ni korang dengar dia nyanyi kat sini. Blom kenal....meh kita bekenalan. Ini laporan dari Mood saya yang ke jepun baru2 ini. Wawancara dan temu bual beliau bersama En Wikisiapedia :)

"Orangnya manis2. Rambut ikal2 gitew. Siapakah gerangannya orang ini wahai En Wikisiapedia?" Sambil tersenyum simpul dengan tenang En Wikisiapedia menjawab.
Miyuki Nakajima  (born February 23, 1952) is a Japanese singer-songwriter and radio personality. She has released 37 studio albums, 40 singles, 2 live albums and multiple compilations to date. Her sales have been estimated at more than 21 million copies.

Eeek...! nganga jap aku....betul ke tu lahir tahun 1952. Kok masih ganteng keliyatan nya tuh hehehee..... En Wikisiapedia tamo citer panjang. Lalu di kasinya sehelai kertas. Mau tau apa isi dalam kertas tersebut. Nah...! bacalah.

Selamat Kembali Ke Tanahair Rumah Manis Rumah

 
Selamat Kembali Ke Tanahair/Rumah Manis Rumah. Mood aku sudah kembali setelah 3 hari berada di jepun. Mood aku gi melancong. Mood aku tu tak berapa suka kelaut. Apa barang mood kelaut. Cari ikan ke? hekhekhek.

Mintak maaf la ye sebab buat korang pening kepala dok nengok bahasa jepun tu. Kesian korang sebab tak faham. Tapi bukan korang je yang tak paham. Dengan aku2 sekali tak paham ekekekkee.

Dun wury....Mood aku sudah balik dari melancong. Kasi dia rehat dulu. Selepas itu nanti mood aku ada cerita  menarik di sepanjang pelancongan beliau di jepun.

Kudin: Ngko nak tau tak...?
Aku: Apa dia...?
Kudin: Aku rasa menyesal je tiap kali bukak blog ko nih.
Aku: Hahhahaaaaaa.....

01 November 2012

中島みゆき「恩知らず」ミュージックビデオ

 

昨夜は悲しみでいっぱい
私はとても思い出に残る保存....
今日、私は持って....
でも、疲れ切った、私はそれにもかかわらず、それを破線。
あなたの精神はまだである
私は最善をしておこう
とがある.........
美しさ

地上の星 中島みゆき

 
地上の星   中島みゆき 
Nakajima Miyuki   star on the ground


あなたが忠誠の名前をわざわざでし友人を満たしている場合は、
美徳の名の前に
正直の名前あなたの汚点を保つ、
弱点は、善の名の叱責,
感情を表に出さない 被害を受け 感を維持するために、
無料の彼は友人が、困難な探索で兄と真の友達ではなかったことを知っています。



西村由紀江 常に

 

確かだすべてのこと
は実行できなくなります
運命の世界のため..
そして我々は明日目覚めるとき
睡眠今夜から..
私たちはまだここにい..
愛してるよ...
私はあなたがいなくて寂しい..
しかし、私はちょうどあなたをシャドウでした..
なぜ舌しびれ..
式の無い..
私は..しかし、まだ何も答えを知りません..
私はまだこれが好き..
それでも忠実考慮しなさい..

Interested for our works and services?
Get more of our update !