Racun Dalam Diri




Saat kamu mengenali si dia adalah pada waktu kamu sedang keseorangan. Kemudian kamu meninggalkan nya pada saat nama kamu mula di julang.

Hancur luluh hati si lelaki itu. Terhuyung hayang si dia mencari diri. Sedang kamu leka kerana terlalu asyik berada di puncak kegemilangan.

Sehingga pada saat kamu tergelincir jatuh. Si lelaki itu tetap setia menanti. Menanti agar kamu kembali memenuhi kesunyian itu.

Dan kamu seakan tidak percaya dengan kesilapan langkah yang kamu atur sendiri. Yang memberi padah sehingga menjadikan kamu untuk bangun sendiri pun tidak mampu.

Kekesalan itu mungkin tidak ada guna nya lagi. Tapi sidia yang kamu lupakan itu terus memapah kamu agar dapat terus berdiri dan menyedari diri.

Siapa Kamu..?

Kamu lah seorang yang mudah lupa. Kamu cuba bangkit dan ingin menikmati sekali lagi saat-saat indah berada di puncak. Dan sekali lagi kamu meninggalkan si lelaki itu.

Tetapi si lelaki itu tidak lagi seperti dulu. Akan menangis teresak esak seperti kanak2. Si lelaki itu meneruskan kehidupannya dengan tenang. Sedangkan kamu sudah tertanam racun di dalam diri.


15 Comments

  1. byk isi tersirat di sebalik entry ini.
    hanya tuan badan saja yang tahukan.. :)

    tapi betullah, bunyi mcm kucewa..!
    sabo naa...

    ReplyDelete
  2. Hai,JOM JOIN?
    http://teenagersareawesome.blogspot.com/2012/11/year-end-giveaway-2012.html

    ReplyDelete
  3. dah follow sini..thanks sbb follow shida :)

    ReplyDelete
  4. Aku x phm bahasa2 puitis ni...amek sastera smpai form 5 jek...mls nk sambung form 6...huhu..

    ReplyDelete
  5. alololo fening sekejab kalau bab2 puitis2 samalah cam deqla nuh..huhu kecewa ker??

    ReplyDelete
  6. penuh simbolik sampai tak paham..hehhehe

    ReplyDelete
  7. Tersirat sungguh isi entry ni..Tp siyes mmg M x brapa paham la KJ...

    ReplyDelete
  8. erm..tersirat dan tersurat..hanya tuan pnya bdn ja yg phm..huhuhu tp nmpk lah mcm ko x wat acah mak labu..huhu

    ReplyDelete
  9. terus bangun usah pandang ke belakang ;-)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

 Visit My Album at