Theme images by MichaelJay. Powered by Blogger.

31 December 2013

RESEPI: Cara Mudah Menyediakan Sup Bujang


RESEPI: Cara Mudah Menyediakan Sup Bujang.

Ini kali aku kongsikan sedikit kemahiran aku tentang penyediaan sup dengan cara yang mudah. Amat sesuai pada mereka yang bujang2 yang nak cepat siap,tak lupa juga untuk mereka2 yang agak2 malas nak masak. Tapi selera nak menghirup sup tu ada.

Langkah yang pertama.
Caranya mudah saja. Tuangkan dua cawan air panas ke dalam mangkuk atau tupperware. Aku guna tupperware je...senang,ada penutup. Ni resepi untuk kira2 dua orang makan.


Langkah yang kedua.
Dapatkan satu KIUB PATI AYAM keluaran Knorr (pati ayam sebenar) pastikan anda membeli yang original ye...jangan beli yang cetak rompak. Dalam satu kotak tu ada 2 kiub.


Langkah yang ketiga.
Ambil satu KIUB PATI AYAM keluaran Knorr. Di potong dua. Kalau nak potong 4 pun ikut suka korang la. Kalau kecik sangat nanti kurang kaw la rasanya. Aku potong dua je satu kiub tu. 


Langkah yang keempat.
Dah siap potong dua. Ambil separuh dan masukkan ke dalam bekas yang di isi air panas tadi. Pehtu kita kasi gaul2kan dia hingga sebati...cewaaahh...! Tak payah tambah garam mahupun serbuk perisa. Dah sedap dah tu,tak caya rasa laaa.


Langlah yang kelima.
Dah siap gaul2 sampai sebati dalam tu. Ambil itu bawang goreng. Masukkan sedikit kedalam sup itu. Bawang goreng ni beli je kat kedai2 berhampiran. Bukan mahal mana pun.


Langkah yang keenam.
Ambil sedikit daun sup. Boleh di dapati dengan mudah di kedai yang ada jual sayur. Kalau nak sikit je...korang mintak je kat tokeh kedai tu,aku rasa mau je dia bagi. Alaaa apala sangat kan... kalau takat nk selai dua je kaan.


Langkah yang ketujuh.
Basuh dulu daun sup tu. Jangan le main hentam keromo je. Dah siap cuci....kita kasi cincang2 itu daun sup ikut rekabentuk yang anda suka. Aku suka rekabentuk cincai je heheheee


Langkah yang kelapan.
Dah siap cincang2 sama itu daun sup. Apa lagi...kasi tabur la dalam bekas air yang telah di bancuh dengan KIUB PATI AYAM keluaran Knorr tu tadi.


Haaaa...dah pun siap untuk di hidang. Sangat sedap jika makan bersama sama IKAN KEMBUNG GORENG KICAP BAWANG BERCILI...(cara mudah dan pantas juga cara penyediaannya) Resepi ini sangat sesuai untuk mereka2 yang sentiasa sibuk dengan tugasan harian. Cara penyedian yang cepat,mudah dan jimat lagi. Selamat mencuba ye....

Resepi Pautan....cara mudah dan pantas menyediakan
Ikan Kembung Goreng Kicap Bawang Bercili...KLIK DISINI

13 comments:
Write Comment
  1. orang bujang punya sup.. sedap jugak nih.. heee.. bak mai sikitt

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi admin. i dh try recepi u. mmg sdp and mnjd. i like. lain la sikit mknn harian nnti hehe Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.


      >>> Slim & Fit Semulajadi!<<<

      Delete
  2. Sempoiii ar...org bujang la katakan

    ReplyDelete
  3. memang simple sangat la ni.. hehe..

    ReplyDelete
  4. tak payah guna api yea...
    senang beno..hehehe

    ReplyDelete
  5. perghhh giler simple... sesuai utk aku yg kekadang pemalas ni.. kekadang jer tau bkn slalu.. haha.. ;p

    ReplyDelete
  6. Sup paling simple nih.. hikhik.. tengkiu².. 😄😄

    ReplyDelete
  7. ya betul baru betul-betul simple sup bujang ........

    ReplyDelete
  8. ahahahhahahahha simple gile. terrgelak2 ha baca. bagus gak utk sy yang tak reti masak ni hehehehe tenkyuuuuuuuu

    ReplyDelete
  9. kalau pakai serbuk ayam keluaran knorr acano plak . ? blh ke ? haha bukan kiub tp serbuk .

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..sama jer.. yg penting chicken stock.. baru jer try haa..

      Delete

Interested for our works and services?
Get more of our update !