Blog Archive

Theme images by MichaelJay. Powered by Blogger.

24 February 2013

Menyampah Aku Tengok Blog Dia Nih

 


Aku jalan-jalan BW tadi. Ada singgah la kejap2 kat blog kengkawan tapi tak komen apa lagi...mengejar masa. Tapi dalam pada aku BW tadi ada la satu blog nih. Nampak macam sama tapi bukan dia. Huh...!!!! menyampah. Cuba korang tengok jap. Kompom aku rasa korang pun mesti rasa cam meyampah je. 

Kalau ikut rasa hati rasa cam nak lempang je. Tapi ta taw nak lempang muka sapa? Sabo je lah kan. Cuba korang tengok blog dia ni kejap. KLIK SINI. Cepat terjah blog tu. Sebelum dia tukar setting privacy. Jangan risau...bukan blog lucah. Cuma kalau korang tengok kompom korang rasa meyampah. Eksyen...belagak kemain lagi ha. 

Pehtu drop komen sini ek...! Tengok apa macam,ati ada sakit ka tadak. Sekian terima kasih.

Short Segmen Bloglist By Syahira Adisa

 
Short Segmen Bloglist By Syahira Adisa.....Klik Banner untuk join.
Tak ada kerja ni aku join segmen je la. Kali ni segmen yang di beri nama "Short Segmen Bloglist By Syahira Adisa"


 "Hari ini aku terlihat akan diri mu....tapi aku tidak mahu mendekati mu...
...sekian lama aku merindui seraut wajah itu......tapi hari ini aku dapat melihat nya.

aku hanya melihat gerak geri nye dari jauh,aku sedih melihat keadaan nye..
badan nye kurus...pakaian tidak terurus,sukar untuk ku gambar kan...

Sedihnya...hingga aku menitiskan air mata. Ketika kita bersama dulu...kau tak begitu,
aku seolah-olah rasa bersalah kerana membiarkan kau menanggung kepedihan itu...

Apalah daya ku...segalanya telah berlalu,kalau dulu...sudah pasti akan ku jaga
diri mu dengan sebaik baik nya,yang berlalu biar lah pergi

Aku tidak mahu kerana perpisahan itu,kau tidak mempedulikan diri mu lagi.
Sayangi lah diri mu...kerana aku,masih lagi menyayangi diri mu...."


Mail Lambong Corner !!!!

 
Mail Lambong Corner !!!! 
Beralamat Di Wakil Pos,Batu 12,Sungai Burung,
Tanjong Karang,Selangor. (berhampiran masjid)


Lempeng
Nasi Ayam Mail Lambong
Special Nasi Ayam Mail Lambong
Mee Jawa Mail Lambong

RM2.00
RM5.00
RM6.00
RM3.00

Aneka Pilihan Ramai Western Food !!!

Chicken Chop Kentang
Chicken Chop Nasi Putih
Chicken Chop Nasi Goreng

Chicken Steak Kentang
Chicken Steak Nasi putih
Chicken Steak Nasi Goreng

Beef Steak Kentang
Beef Steak Nasi Putih
Beef Steak Nasi Goreng

Lamb Chop Kentang
Lamb Chop Nasi Putih
Lamb Chop Nasi Goreng

Kentang Goreng
Kentang Goreng Set Jumbo

RM9.90
RM9.90
RM10.90

RM9.90
RM9.90
RM10.90

RM9.90
RM9.90
RM10.90

RM12.50
RM12.50
RM13.50

RM3.00
RM5.50 

Waktu Operasi 11 pagi hingga 10 malam.
Tutup Setiap Hari Isnin.

Aku dah rasa lempeng cicah sambal. Peeerrgghh....! memang marbeles..sedap beb.
Jom kita ke sana.....isi perut. Lapar nih.

Segmen : Ucapan Selamat Hari Lahir buat 'Si Gule' pada 19 Mac

 

Ucapan Selamat Hari Lahir buat 'Si Gule'

"Terbang tinggi cempaka sari,di tiup angin berlalu pergi.....tapi harum mu terpahat di sanubari. Walau kemana saja di kau pergi,senyuman mu tidak pernah luput di ingatan ini. Setia kau di sana...setia ku di sini,ini lah hadiah kita bersama yang paling berharga untuk mu di hari jadi"

Itu sajalah ucapan Selamat Hari Lahir dari saya. Kepada yang ingin mengikuti segmen ini sila klik banner.

Antara Hadiah yang bakal dimenangi:

- 100 penyertaan terawal akan dapat 1pcs Sticker Fridge Magnet / 1pcs Button Badges.
- 1 Waterproof Lomo Camera (Seorang pemenang)
- 2 helai Tudung Bawal (2 pemenang)
- Dessert Fork & Spoon set (10 set) (10 pemenang)
- 1 botol Eskinol Facial Cleansor (Seorang pemenang)
- 1 botol Air Madu Kira HAQ (Seorang pemenang)
- 10 Keychain/Souvenir (10 pemenang)
- 3 buah Novel (3 pemenang)
- 1 Celak Arab (Seorang pemenang)

Segmen tamat pada 19/3/2013


Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com



Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...




21 February 2013

Segmen : Lagu Favourite saya by Leeyana Amzar

 

Segmen : Lagu Favourite saya by Leeyana Amzar
Tak mau panjang2 cerita....jom join segman. Segmen Lagu Peberet saya. Nak join klik banner atau link yang di beri di atas. Syarat mudah saja. Lagu Peberet saya ialah........lagu


......KERNA KAU SATU DALAM SERIBU......


Kenapa lagu ni lagu Peberet aku?. Ok sebelum tu korang janji dulu jangan muntah ijo ye kihkihkih. Lagu ni adalah lagu peberet saya kerana lagu ini Aku Yang Nyanyi yeeeeaarrgghh...!. Cer dengar....cer dengar. Dengar dengan penuh penghayatan taw....sedap tak...sedap tak sore aku....? hiewhiewhiew.... (^_^)

KERNA KAU SATU DALAM SERIBU
Renungan Mata Mu Meresahkan
Membuat Aku Tak Menentu..
Ku Cuba Hindari Segalanya
Namun Apalah Upaya Ku
chorus:
Ku Ciptakan Nada
Ku Susun Irama,Buat Pengganti Diri
Moga Kau Mengerti,Moga Kau Fahami
Apa Maksud Hati Ku...
Maafkan Andai Ku Menggangu Mu
Bukan nya Niat Ku Begitu..
Izinkan Ku Mengingati Mu
Kerna Kau Satu Dalam Seribu..
Kerna Kau Satu Dalam Seribu..



Ciptaan: Atan Aryan
Vokal: Karukord Jagau's
Music Arrangemant: Kerasma Mkas


tag: SeriBulanBintang dan semua lah ahli yang ada dalam Bloglist GSF
Sekian Terima Kasih.....dengan bangganya aku menaip segmen ini di atas tilam vono secondhand.

*Published:via Canon Pixma MP287...empty ink.

20 February 2013

Blogspot Template Generator


Blogspot Template Generator
Salam buat semua. Untuk template yang aku guna sekarang ni aku cuma guna Online Blogger Template Generator je. 

Sory la ye....asyik berubah ubah sesaja hehee. Udah macam hobi le pulok. kihkihkih. Yang dah biasa bertandang ke sini rasanya mmg dh faham sgt la kan.

Blog aku ni tak ada tema. Tak ada baju yang kekal lama. Pakai kejap je dah salin baru. Tapi rasa rugi pulak aku tak print screen dan save sume dalam blog. 

Makanya tak ada la kenang kenangan untuk sume baju2 lama tu. Kali aku print screen untuk baju aku kali ni :) untuk di jadikan kenang kenangan....

Tapi kalau ada yang nak cuba boleh cuba di sini.


Ha lepas tu pandai pandailah ubah layout nk pakai 2 column ke 3 column. Lebar pun kita ikut la kita punya suka. Background juga boleh tukar untuk di kebanyakan tempat. 

Dah siap ejas segala macam border,color,padding,margin dan sebagainya. Generat saja la HTML kod yang di beri tu. 

Copy Paste saja kat blog kita. Tapi ingat ya backup dulu template lama. Kang tak menjadi kang haaa....menangis karang heheee...

Serba serbinya lah kita boleh tuka sendiri. Nak nampak cantik tu ikut lah pada Idea sendiri. Aku buat simple saja sudah. Udah mcm pesen lama pun hadooo hihihii..... Kepada yang nak mencuba ku ucapkan Selamat mencuba. Ku doakan semoga berjaya (^__^)


19 February 2013

Happy Birthday to Masrina Sidek

 
Happy Birthday to


Selamat Hari Lahir saya ucapkan..
Untuk tuan empunya Blog Masz Sidek
semoga dimurahkan rezeki dan 
berbahagia selalu hendaknya di samping
dipermudahkan segala urusan dan
dimakbulkan segala impian kamu
Insya'allah.....amiiinn


15 February 2013

Kejadian Misteri Di Rumah Pak Hamid

 

Suasana pagi di sebuah warong kopi. Kelihatan mereka adalah orang2 yang sama setiap hari. Dalam keriuhan mereka bersembang tiba-tiba saja mereka di kejutkan dengan satu suara. "cepat....! rumah Pak Hamid....rumah Pak Hamid,ada orang......ada orang"

Jeritan Si Mael tekukur yang sedang berlari lari anak itu mengejutkan mereka yang sedang sibuk menikmati sechawan kopi dan nasi lemak di warung pak aji Jeman. Termengah mengah si mael tekukur.

"ko kenapa ni mael?" tanya aji jeman. Mereka yang ada di situ juga tertanya tanya apa sudah jadi sama mael tekukur. Perlahan lahan si mael cuba menerangkan...sambil menarik nafas panjang. Lalu dengan keadaan macam orang semput dia menceritakan satu kejadian pelik telah berlaku di halaman rumah pak hamid.

"Tadi masa aku nk ke tambak kosong tanah pak akob,nak pegi menjerat burung....aku lalu depan rumah pak Hamid. Aku nampak ada dua orang lelaki. Tengah meniarap di halaman rumah pak hamid. Tapi gaya dia macam tengah berenang sambil terjerit jerit mintak tolong."   

"aku tanya diorang ....kenapa? tapi diorang macam tak nampak aku je. Aku panggil pak hamid...tapi rumah pak hamid macam tak ada orang je." tambah mael.

"Memang pak hamid tak ada kat rumah malam tadi. Dia ada bagitau aku malam tadi masa kat surau. Katanya dia nak kerumah menantunya  di kampung Desa Kasih tu. Dan dia kata dia sekeluarga akan bermalam di sana." jelas pak aji jeman.

Pak aji jeman tidak banyak soal lagi. "syam ko tolong jaga kedai kejap,aku nak ke rumah pak hamid." Lalu pak aji jeman dan beberapa orang kampung yang ada di situ pun pergi lah ke rumah pak hamid.

Sampai saja di sana mereka lihat ada dua orang yang tak di kenali  sedang meniarap di halaman rumah dalam keadaan seperti orang yang sedang berenang dalam keletihan. Keadaan mereka sangat menyedihkan. 

Mereka seolah olah berada di tengah lautan tanpa sampan,berenang renang keletihan...sedang daratan tidak kelihatan. suaranya pula tidak henti2 meminta pertolongan.

Melihatkan keadaan itu...Pak aji jeman sudah tahu apa yang telah berlaku. "diorang ni sebenarnya kenapa pak aji?" tanya si mael. "kalau kamu nak tau....mereka ni ada niat nak mencuri barang di rumah pak hamid ni. Sesiapa yang ada niat nak mencuri barang di rumah pak hamid ni...mereka tak kan jumpa jalan keluar. Pak hamid dah pasang pagar".

"pagar...? mana ada pagar." si mael keliru. "kamu mana nampak pagarnya....dah2,sekarang kamu pegi cari pak hamid suruh dia balik sekarang jugak." Lalu aji jeman meminta mael pergi ke desa kasih untuk mencari pak hamid dan menyuruhnya pulang dengan kadar segera. Mujur juga jaraknya hanya beberapa kilometer saja.

Tak sampai setengah jam...orang kampung sudah mula memenuhi ruang halaman rumah pak hamid. Dan tertanya tanya apakah yang telah berlaku? Siapakah mereka berdua itu?

Tak lama kemudian  pak hamid pun sampai. Dan setelah melihatkan akan keadaan itu,pak hamid kemudian kelihatan bagai membaca sesuatu. Terkumat kamit mulutnya. Kedua pemuda itu tadi kemudian tersedar. Bagaikan satu lena yang panjang. Kedua dua mereka terpinga pinga melihat penduduk kampung sudah penuh mengelilingi mereka. 

Kedua mereka kemudian mengakui yang pada malamnya itu mereka memang ada niat untuk mencuri di rumah pak hamid. Tetapi entah kenapa tiba-tiba saja mereka bagai berada di tengah lautan.

Si mael bertanya kepada pak hamid. Apa ilmu yang pak hamid pakai. Pak hamid hanya tersenyum tanpa memberikan sebarang jawapan.  

*nama watak di dalam cerita ini adalah rekaan semata2 tidak ada kena mengena samaada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. jika ada ianya adalah secara kebetulan sahaja. picture by google image.

14 February 2013

No Idea Wednesday

 
No Idea Wednesday....boleh gitu?

Jadi kita main conteng2 je la (^_^)

11 February 2013

Nak Tahu Blog Anda Berat Atau Ringan?

 
timbang berat blog anda

Nak Tahu Blog Anda Berat Atau Ringan? Pasang la loding timer for blog. Boleh dapatkan di  ! ✿BLOGGER BLOG TUTORIAL✿ !. atau klik saja di sini. Pasang di blog anda. dan kemudian boleh lihat sendiri blog anda mengambil masa berapa lama untuk loading. Dan anda boleh membuat pilihan widget mana yang perlu di keluarkan jika blog anda terasa semacam berat je .

Blog aku ni kalau anda terasa macam berat je....tolong la angkat sama2. Kan pepatah ada mengatakan berat sama di pikul ringan sama di jinjing :D sekian terima kasih.

08 February 2013

Pelangi Di Curi Si Hati Berduri

 


Bunga....aku tahu...
Senyuman kamu adalah kesedihan kamu.
Hilai tawa gembira kamu itu
Adalah tangisan di lubuk hati kamu.

Sang helang di atas awan....
Melebarkan sayapnya dengan gah sekali
Tapi ingat wahai sang helang
Sekali jatuh tak siapa peduli...

Kembangan bunga tidak terjaga
Satu persatu menjadi layu...
Bunga yang baru di tepi perigi
Kau puja ia setiap hari
Ternyata kamu sudah lupa diri
Memuja bunga yang tidak memberi erti.

Peluh jantan menitis ke bumi
Kudis kudis buta sudah bertahta
Kemana pergi si air mata
Tertumpah ia begitu saja
Jernih airnya tapi seperti tidak berharga

Sang pujangga juga tertanya tanya...
Kemana pergi pelangi senja
sedangkan mentari masih ada sinarnya
Rupanya....Pelangi Di Curi Si Hati Berduri



Picture: Image Google
Youtube: Takut-Amaliaalias

03 February 2013

Tips Membeli Barangan Daripada Pemborong

 


Tips Membeli Barangan Daripada Pemborong. Kepada yang baru nak menceburi bidang jualan. Maksudnya berniaga secara kecil kecilan lah. Ni aku kongsikan sedikit pengalaman aku yg seciput nih. Tapi mungkin besar manfaatnya. 

Suatu ketika dahulu aku ni suka berniaga secara sambilan. Niaga jual baju t'shirt je. Tapi tak ada kedai,jual pasar malam je. Lebih senang. Pehtu tak payah lesen2 bagai. "yang ni contoh jangan tiru".

Se eloknya biarlah ada lesen berniaga yang sah. Apabila kita berada di sebuah pusat pemborong pakaian. Kita harus tahu memilih. Barangan apakah yang akan laris terjual nanti. Jadi perlu ada bersama rakan yang berpengalaman dalam memilih produk yang bakal di jual. 

Taukeh pemborong ni biasanya boleh kenal sama ada seseorang itu baru nak mula berniaga,atau orang lama. Tengok muka pun dah boleh tau dah. Anda yang baru nak mula berniaga nih bila masuk saja ke mana2 pusat pemborong tentu akan rabun mata,kabur2 je nak pilih barang apa,jenama apa. 

Makanya si tauke akan cepat2 memberi cadangan barangan apakah yang baik dan mudah di jual serta menghasilkan keuntungan yang lumayan. Hah jangan terpedaya. Kerana apa aku kata jangan terpedaya. Kerana barang yang dia kata senang nak jualtu....itu lah barang yang tak laku. 

Sebab apa? sebab di kedai dia pun tak laku...jadi nak kasi cepat habis stock yang dia ada makanya peniaga2 muka baru yang tak berapa nak faham ni lah yang jadi mangsa. "Ini barang baik,kain cantek...mmg senang jual punya nih" katanya. Kita yang tak berapa nak tau nilai pasaran barangan tu pun belilah secara borong.....banyak pulak tu.

Sudah beli makanya jadilah ia perhiasan saja di gerai kita. Orang tak nak beli. Tapi bukan lah semua tauke2 pemborong tu begitu. Hanya ada la segelintir yang begitu. Ini cerita berdasarkan pengalaman. Pengalaman yang telah terjadi kepada biras aku. Jadi kalau tak berapa tau dengan harga pasaran bagi setiap barangan. Eloklah pergi bersama dengan mereka yang lebih berpengalaman dalam memilih barangan.

Cerita ini adalah berkisahkan dari pengalaman sebenar. Dan ianya bukan saja terkena pada biras aku saja. Aku pun dah terkena sama. Ceeeeeh...! hampeeeeh tul laa....

Interested for our works and services?
Get more of our update !