Kejadian Misteri Di Rumah Pak Hamid


Suasana pagi di sebuah warong kopi. Kelihatan mereka adalah orang2 yang sama setiap hari. Dalam keriuhan mereka bersembang tiba-tiba saja mereka di kejutkan dengan satu suara. "cepat....! rumah Pak Hamid....rumah Pak Hamid,ada orang......ada orang"

Jeritan Si Mael tekukur yang sedang berlari lari anak itu mengejutkan mereka yang sedang sibuk menikmati sechawan kopi dan nasi lemak di warung pak aji Jeman. Termengah mengah si mael tekukur.

"ko kenapa ni mael?" tanya aji jeman. Mereka yang ada di situ juga tertanya tanya apa sudah jadi sama mael tekukur. Perlahan lahan si mael cuba menerangkan...sambil menarik nafas panjang. Lalu dengan keadaan macam orang semput dia menceritakan satu kejadian pelik telah berlaku di halaman rumah pak hamid.

"Tadi masa aku nk ke tambak kosong tanah pak akob,nak pegi menjerat burung....aku lalu depan rumah pak Hamid. Aku nampak ada dua orang lelaki. Tengah meniarap di halaman rumah pak hamid. Tapi gaya dia macam tengah berenang sambil terjerit jerit mintak tolong."   

"aku tanya diorang ....kenapa? tapi diorang macam tak nampak aku je. Aku panggil pak hamid...tapi rumah pak hamid macam tak ada orang je." tambah mael.

"Memang pak hamid tak ada kat rumah malam tadi. Dia ada bagitau aku malam tadi masa kat surau. Katanya dia nak kerumah menantunya  di kampung Desa Kasih tu. Dan dia kata dia sekeluarga akan bermalam di sana." jelas pak aji jeman.

Pak aji jeman tidak banyak soal lagi. "syam ko tolong jaga kedai kejap,aku nak ke rumah pak hamid." Lalu pak aji jeman dan beberapa orang kampung yang ada di situ pun pergi lah ke rumah pak hamid.

Sampai saja di sana mereka lihat ada dua orang yang tak di kenali  sedang meniarap di halaman rumah dalam keadaan seperti orang yang sedang berenang dalam keletihan. Keadaan mereka sangat menyedihkan. 

Mereka seolah olah berada di tengah lautan tanpa sampan,berenang renang keletihan...sedang daratan tidak kelihatan. suaranya pula tidak henti2 meminta pertolongan.

Melihatkan keadaan itu...Pak aji jeman sudah tahu apa yang telah berlaku. "diorang ni sebenarnya kenapa pak aji?" tanya si mael. "kalau kamu nak tau....mereka ni ada niat nak mencuri barang di rumah pak hamid ni. Sesiapa yang ada niat nak mencuri barang di rumah pak hamid ni...mereka tak kan jumpa jalan keluar. Pak hamid dah pasang pagar".

"pagar...? mana ada pagar." si mael keliru. "kamu mana nampak pagarnya....dah2,sekarang kamu pegi cari pak hamid suruh dia balik sekarang jugak." Lalu aji jeman meminta mael pergi ke desa kasih untuk mencari pak hamid dan menyuruhnya pulang dengan kadar segera. Mujur juga jaraknya hanya beberapa kilometer saja.

Tak sampai setengah jam...orang kampung sudah mula memenuhi ruang halaman rumah pak hamid. Dan tertanya tanya apakah yang telah berlaku? Siapakah mereka berdua itu?

Tak lama kemudian  pak hamid pun sampai. Dan setelah melihatkan akan keadaan itu,pak hamid kemudian kelihatan bagai membaca sesuatu. Terkumat kamit mulutnya. Kedua pemuda itu tadi kemudian tersedar. Bagaikan satu lena yang panjang. Kedua dua mereka terpinga pinga melihat penduduk kampung sudah penuh mengelilingi mereka. 

Kedua mereka kemudian mengakui yang pada malamnya itu mereka memang ada niat untuk mencuri di rumah pak hamid. Tetapi entah kenapa tiba-tiba saja mereka bagai berada di tengah lautan.

Si mael bertanya kepada pak hamid. Apa ilmu yang pak hamid pakai. Pak hamid hanya tersenyum tanpa memberikan sebarang jawapan.  

*nama watak di dalam cerita ini adalah rekaan semata2 tidak ada kena mengena samaada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. jika ada ianya adalah secara kebetulan sahaja. picture by google image.

37 Comments

  1. Baru padan muka mereka berenang atas darat hahaha...

    ReplyDelete
  2. Akak pernah baca kat suratkhabar pasal sorang pencuri di pantai timur yg keletihan tak jumpa jalan keluar dari rumah yg nak dirompaknya tu. Rupanya tuan rumah ada buat "pagar" juga. Pencuri tu tak jumpa jalan keluar & keletihan 2 malam di rumah tu, tak makan & minum.

    ReplyDelete
  3. haa kak dinas....lama x nmpk...blog pegi mana? :)

    ReplyDelete
  4. mana seramnya ni..hihi..hebat eh pak hamid.blh pgar rumah.hehe

    ReplyDelete
  5. misteri la tu namanya Deqla ooii... :D

    ReplyDelete
  6. Ooo... kisah ni ada logiknya. Org2 lama ni selalu ada pagar rumah derang mcm ni. Umah kawan saya penah ada jiran dia masuk utk mencuri. Pastu teraba2 kat tingkap sebab tak nampak tingkap tu walaupun tingkap tu depan mata.

    ReplyDelete
  7. saya ada cerita pasal tingkap....nnt lah kalau rajin saya tulis :D

    ReplyDelete
  8. hahahaha..mne part yg seram tuu..hehe

    ReplyDelete
  9. "misteri simpang kanan"...eh tak aleh2 pulak..hhahaha...
    nasib baik pagar yg dipasang oleh pak hamid bukan jenis harapkan pagar pagar makan padi...kalu tak pak hamid pulak yg berenag2 tak dapat balik umah...heheheheh

    ReplyDelete
  10. kalo misteri ni biasenya seram2 je..ni sikit pun x naik bulu ketiak aku..camne nk rasa seram??? hahaha...

    ReplyDelete
  11. hahaha janji tajuk gempak....kihkihkih

    ReplyDelete
  12. menarik cerita ni....walaupun takde seram tapi dah cukup misteri...ntah nape la diorg ni kalau misteri je nak seram...aku pon tak faham...

    ReplyDelete
  13. berenang didaratan..wah...tapi tak seram...masukkan elemen seram byk sikit yer jagau...hahahaha

    ReplyDelete
  14. padan muka...nak mencuri sgt! kan dah kena.

    ReplyDelete
  15. saya ernah dengar pakcik2 cerita pasal "pagar" ni, mmg ada kan benda ni, yer la orang dulu2 mana nak pasang cctv.

    ReplyDelete
  16. aku tengah fikir kat mna misterinyer..
    hehehe

    ReplyDelete
  17. hahahahahaha...!
    selamat xseram....

    kalau mael lambung mgkin seram... ni mael terkukur..haha

    ReplyDelete
  18. hahahaha semangat ai baca tau ingt kot nk seram..adehhh
    eh asal nama dia Mael terkukur eh..pelik je bunyi dia.haha

    ReplyDelete
  19. hahaha..baru ko tau! mencuri lg..kikiki.

    ReplyDelete
  20. eeeeeee.....seramnya.
    mael terkukur ehhhh..hihihi...tp ok laaaa, cerita yg baik

    ReplyDelete
  21. Di kampung JR di Penang dulu juga ada seorang pak aji yg ada "ilmu pagar" macam tu. Siapa yg cuba nak masuk rumahnya dengan niat jahat, mereka boleh masuk tapi tak jumpa jalan keluar sampai ke pagi. Selalunya pak aji itu akan memulihkan pencuri2 itu dgn menepuk bahu mereka dan kemudian mengajak mereka masuk minum ke rumahnya sambil berpesan jangan buat lagi kerja tu....

    ReplyDelete
  22. zaman ni masih berlaku kan..take care selalu

    ReplyDelete
  23. salam... zaman sekarang pun rasanya ada yg pandai guna ilmu pagar2 ni kan... utk keselamatan rumah...

    ReplyDelete
  24. NAK MENUNTUT ILMU DGN PAK HAMID LA..HIHIHI

    ReplyDelete
  25. padan muka!! tapi mmg pernah jumpa kes mcm ni..ada budak nak curi mangga kat rumah jiran..smp pagi x jumpa jln keluar..

    ReplyDelete
  26. uitssss....seramnyer hakhakhakhak

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

 Visit My Album at