Kali ni nak cerita sikit pasal AYAM. Hari2 biasa tak ada job wedding. Jadi tugas sebagai seorang jurufoto perkahwinan di tukar kepada Nature Photographer untuk hari2 biasa. Cewaaahh....!
“Sekiranya anda yang menetap di sekitar lembah klang dan masih tercari cari jurufoto/photographer untuk majlis anda. Anda sudah berada di tempat yang betul. Sekira anda memerlukan khidmat jurufoto / photographer untuk apa saja majlis sama ada Nikah,Sanding,Aqikah dan sebagainya, anda boleh terus menghubungi saya di talian 018-2668029 (Abang Karu) atau layari http://askarunaz.com/”
kita kongsikan la sekeping gambo ayam. Ibu ayam dan anaknya (Hen with chicks)
Sedikit Info tentang AYAM. Sumber dari Wikipedia
“Sekiranya anda yang menetap di sekitar lembah klang dan masih tercari cari jurufoto/photographer untuk majlis anda. Anda sudah berada di tempat yang betul. Sekira anda memerlukan khidmat jurufoto / photographer untuk apa saja majlis sama ada Nikah,Sanding,Aqikah dan sebagainya, anda boleh terus menghubungi saya di talian 018-2668029 (Abang Karu) atau layari http://askarunaz.com/”
kita kongsikan la sekeping gambo ayam. Ibu ayam dan anaknya (Hen with chicks)
Sedikit Info tentang AYAM. Sumber dari Wikipedia
Peristilahan
Perkataan "ayam" berasal dari leluhur bahasa Melayu iaitu protobahasa Melayu-Polinesia dengan *qayam yang bermaksud haiwan jinak. Oleh yang demikian, ia dikira perkataan asli dalam kosa kata bahasa Melayu. Di kalangan bahasa-bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu, perkataan "ayam" dalam bahasa Sunda, Bali dan Jawa Lama sama makna dengan bahasa Melayu, walhal dalam bahasa Iban perkataan "ayam" bermaksud haiwan kesayangan (contohnya, udok ayam = "anjing kesayangan").
Terdapat pelbagai istilah untuk ayam-ayam dengan sifat yang tertentu, seperti yang berikut:
ayam bogel/togel: ayam yang tidak berbulu
ayam (bulu) balik: ayam yang bulunya terbalik (keriting)
ayam cemani: ayam yang hitam seluruhnya
ayam katik: baka ayam yang kerdil, misalnya baka ayam serama
ayam lemba: ayam yang rendah badan
ayam meluruh: ayam yang keguguran bulu
ayam selasih: ayam yang bulunya berbintik-bintik hitam atau kelabu
Ayam jantan juga dikenali sebagai (ayam) jaguh, manakala ayam jantan yang dikembiri dipanggil ayam kasi. Tambahan pula ada istilah tertentu mengikut corak warnanya, seperti yang berikut:
ayam bangkas: ayam jantan yang borek (berbintik-bintik putih)
ayam belorong, ayam cenantan/kenantan/sinantan: ayam jantan putih
ayam biring: ayam jantan berkaki kuning
ayam jalak: ayam jantan yang rupanya seperti perling dan berkaki kuning
ayam pilas: ayam jantan yang hitam lehernya dan kakinya (bulunya berbintik-bintik)
ayam tedung: ayam jantan hitam yang besar dan tegak bulu suanya
Ayam jantan yang digunakan untuk berlaga umum dipanggil ayam sabung atau sabungan (juga ayam aduan). Ayam yang tidak dipakaikan taji dipanggil ayam pupuh. Ayam sabung yang enggan bertarung digelar ayam bacul.
Ayam betina yang belum pernah bertelur atau sudah hampir bertelur dipanggil ayam dara. Ayam betina yang tidak bertelur dipanggil ayam mandul dan ayam betina yang pernah bertelur tetapi sudah tidak lagi dipanggil ayam pencen. Anak ayam yang tidak dibesarkan oleh ibu ayam dipanggil ayam didik dan sebaliknya dijaga oleh manusia yang memeliharanya. Ayam kembar yang menetas dari sebiji telur dipanggil ayam sebandung.
Ayam yang dipelihara khusus untuk telur dipanggil ayam penelur atau ayam telur, manakala yang khusus untuk daging dipanggil ayam pedaging atau ayam daging (juga ayam peranggang atau ayam potongan). Ayam yang dipelihara secara ternak lepas dipanggil ayam kampung; begitu juga dengan dagingnya.
“Sekiranya anda yang menetap di sekitar lembah klang dan masih tercari cari jurufoto/photographer untuk majlis anda. Anda sudah berada di tempat yang betul. Sekira anda memerlukan khidmat jurufoto / photographer untuk apa saja majlis sama ada Nikah,Sanding,Aqikah dan sebagainya, anda boleh terus menghubungi saya di talian 018-2668024 (Abang Karu) atau layari http://askarunaz.com/”
Biologi umum dan habitat
Bagi sesetengah baka, ayam jantan dewasa dapat dibezakan daripada yang betina dengan balung yang lebih besar.
Ayam merupakan haiwan maserba (omnivor). Ayam liar lazimnya mengais tanah dengan cakar untuk mencari benih, serangga ataupun haiwan yang lebih besar seperti cicak, ular kecil ataupun tikus muda.
Ayam boleh hidup selama lima ke sepuluh tahun bergantung pada bakanya. Ayam yang tertua di dunia pernah tercatat merupakan Matilda si ayam betina yang mati akibat kegagalan jantung pada umur 16 tahun, menurut Guinness World Records.
Ayam jantan sering dibezakan daripada ayam betina dengan bulu ekor yang lebih panjang dan berkilat dan bulu sua yang runcing di leher, yang lazimnya berwarna cerah dan garang berbanding ayam betina yang sama bakanya. Akan tetapi dalam sesetengah baka, misalnya ayam Sebright, yang jantan bulu suanya tidak terlalu runcing, apatah lagi sama warna dengan yang betina. Jantina ayam dikenal pasti dengan memandang bentuk balung ataupun perkembangan cakar susuh atau jalu pada kaki ayam jantan (dalam sesetengah baka, anak ayam pun dibezakan jantina daripada warna).
Ayam dewasa mempunyai jambul yang berisi pada kepala yang dipanggil balung, dan kelepak kulit yang terjuntai pada paruh yang dipanggil pial. Kesemua bonggol daging yang terdedah pada kepala dan leher ini dipanggil karunkel. Ayam jantan dan betina sekali gus berbalung lagi berpial, tetapi lebih ketara pada yang jantan kebanyakan baka.
Sesetengah baka ayam mengalami mutasi yang berupa seakan-akan "janggut" iaitu bulu yang lebih lebat di bawah muka ayam. Ayam yang dibela jinak tidak mampu terbang jarak jauh, sungguhpun ayam yang ringan-ringan pada umumnya mampu terbang jarak dekat, misalnya secukup melompat pagar atau menghinggap pokok (iaitu tempat bertenggek semula jadinya). Sekali-sekala ada ayam yang terbang sekejap-sekejap untuk menjelajah sekeliling, tetapi pada umumnya hanya untuk melarikan diri dari bahaya. Sumber dari Wikipedia
“Sekiranya anda yang menetap di sekitar lembah klang dan masih tercari cari jurufoto/photographer untuk majlis anda. Anda sudah berada di tempat yang betul. Sekira anda memerlukan khidmat jurufoto / photographer untuk apa saja majlis sama ada Nikah,Sanding,Aqikah dan sebagainya, anda boleh terus menghubungi saya di talian 018-2668029 (Abang Karu) atau layari http://askarunaz.com/”