Assalamualaikum dan slmt pagi. Pagi ni aku nk cerita satu kisah tentang pak tua... dari SEPERTI BIASA menjadi LUAR BIASA.
Pak Tua hidup sebatang kara. Punya sawah cuma 1 ekar saja. Sekadar cukup menampung belanja hari2 beliau seorang diri. Setiap hari pak tua bangun se awal jam 5pg. Setiap pagi pak tua akan ke kedai kopi. Kedai kopi Aji Rosli. Pak tua selalu duduk di meja belah tepi2. Sarapan pagi sekeping roti dan secawan kopi.
Lalu bertanya lah Aji Rosli "Pak Tua nak minum apa pagi ni?" lalu Pak Tua pun berkata "SEPERTI BIASA" . Aji Rosli sudah memahami...pasti Pak Tua mau secawan kopi cap kapal api. Itu lah rutin Pak Tua setiap pagi.
Kemudian pada suatu hari,dtg seorang gadis ke warong Aji Rosli dgn wajah yang berseri seri. Pak Tua memandang sambil berdiri. Lupa sebentar di mana kerusi. Wajah manis gadis misteri,sama seperti wajah arwah isteri pak tua yg sudah lama pergi.
Tak kala dalam minda separuh sedar pak tua. Datang Aji Rosli bertanya "pak tua mau minum apa?" dengan pantas pak tua berkata 'LUAR BIASA" . Aji Rosli jadi tertanya tanya....dlm hati "owh mungkin pak tua ubah selera...mau kopi tanpa gula"
Itu lah kisah Pak Tua dari SEPERTI BIASA menjadi LUAR BIASA. Terima Kasih pada semua kerana sudi membuang MASA. memBACA cerita yang sengaja aku reka2. lebiu oll....muah ciked
Tags:
Manggaradaw
fuh...penat khatam....tenkiu menceriakan pagi...dah, nk p bekpes jap...menu biasa...
ReplyDelete