KOS JIMAT SELESAIKAN MASALAH LC 135 LEMBAB

Aku ada sebijik yamaha LC135. Dlu masa baru beli laju. Pockup pickup sedap. Mencanak canak peginya. Tapi bila dah lama-lama. Dia makin selo....selo....selo. Beberapa bulan lepas kelajuan nya cuma mencecah 80km sejam SAHAJA. Ku biarkan lagi....dan lagi...dan lagi. Last-last tinggal 60km sejam SAHAJA. Waaah...wah wah... makin selo laaah. Ahahahhaa. So sad.

Tak boleh pulas lebih. Asal pulas lebih sikit ja....bruuppp...bruupp...bruuppp. Macam nak mampuih. Meh nak kongsi sket bagaimana nak bagi perbaik. Buka pasang sendiri ja.

Mula2 kasi tanggal la baju2 dia tu...Penat wooo,banyak gila skru nak bukak baju LC nih. Pehtu tengok anak panah. Haaaaa tu la hidung dia tempat dia nak bernafas. Kedudukan bawah seat di depan tangki. 

Bukak menatang skru tu.... (tengok anak panah) ada 4 skru. 

Sudah bukak.....haaa tu nampak. Tapis dia kelabu asap sudah. Yang tu kita kasi ganti. Kalau rajin nak cuci pun tak pa. Cuci la.....lepas cuci kasi spray angin. Tapi aku tak cuci. Aku pi kedai sparepart. Beli baru ja lah.

Harganya RM12 SAHAJA. Tempat korang aku tak tau la berapa harga dia. Haaa ganti benda ni ja. Alhamdulillah....moto saya pulih kelajuannya seperti sedia kala. Tapi kalau korang suda ganti,tapi itu moto tak mau laju juga. Avang Karu kasi satu tips lagi. Hantar moto tu kat kedai berhampiran, korang trade in ja dengan moto baru. Naah selesai.....kikikikiiii

Ok selamat mencuba

1 Comments

  1. bang,klo LC standard guna air filter racing ade ape2 efek ke? and perlu ke setting carburator??

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

 Visit My Album at