Faham Ke Tak Faham

Mungkin ia cerita biasa2 saja. Bukan cerita luar biasa. Menceritakan tentang seseorang yang bertemu dengan seseorang. Tapi ia bukan lah kerana keinginan seseorang itu untuk bertemu dengan seseorang itu. Tetapi ianya juga adalah kegembiraan seseorang kerana dapat bertemu seseorang. Pertemuan yang di rancang oleh seseorang. Tapi ia pulang keseorangan.  Eerr..!faham ke korang....?
picture by flickr dot com

"Aku memang tak sangka. Dah lama aku tak jumpa dia.
Kelmarin aku jumpa jugak dia. memang aku tak sangka...dah tujuh bulan rupanya."
"Owh ye ke? apa yang tujuh bulan tu?" ◕_◕
"Dah tujuh bulan dia mengeram. Dua bulan lagi menetas la tu"
"Owh ye ke? haiwan apa mengeram lama macam tu?" ◕_◕
"Bukan haiwan la munguk..! kawan aku laaa...usia kandungannya dah masuk tujuh bulan"
"Owh ye ke? dah ko kata mengeram...muskil gak aku. Errr bila dia kawen?" ◕_◕
"Dia telah mendirikan rumahtangga kira2 setahun yang lalu"

Sambil di iringi background muzik

"Sungguh aku tak sangka. Kecantikan nya masih seperti dulu"
"Owh ye ke ?" ◕_◕
"Tapi aku tidak mahu memujinya di situ.
Aku hanya mengukirkan sedikit senyuman
dan dia membalasnya dengan senyuman nya yang semanis kurma itu"
"Owh ye ke ?" ◕_◕
"Ko nih dari tadi owh ye ke....owh ye ke. Aku lempang jugak karang"
"Owh ye ke? eh sory2...aku tuka..aku tuka ..◕‿◕ Eeerr aku tanya sikit boleh?"
"Tanya apa?"
"Sebenarnya....aku tak faham....ko citer apa nih?"
"Laaaa...tak paham ke? ...lantak ko lah tak paham"

Aku pun berlalu pergi bersama seribu tanda tanya. 
Kenapa dia tak faham. Huh....kat mana la aku nak meluahkan perasaan nih. 
Eerr..!faham ke tak faham?.

21 Comments

  1. erkkk...blur..xpe..malam ni jumpe sy lam mimpi je...

    ReplyDelete
  2. hahaha
    tu pbualan ko dgn si Kudin otromen tu ke Jagau?
    elok ko lempang je dia..pulun2 ko cite dia x phm gak.hahaha

    btw tenang je dgr ko pnya background music tu :)

    senyuman semanis kurma xpe Jagau..berseri! jgn senyum ketat dah la.hahahaha

    ReplyDelete
  3. jadinye pempuan preggy tu menarik perhatian sebab dia sweet..
    macam dangerous je bunyi nya..
    ke saya sama macam si kawan tu, tak faham story..hins

    ReplyDelete
  4. xmo komen apa-apalah sbb nak bk video tu pun line semput jer... cuma nk bgtau,..cantik gambar bunga matahari tuu..tapi yg dekat icity lg cantik,..ada liplap liplap...

    ReplyDelete
  5. haha...mmg tak paham ni....pening nak memikirkan siapa yg pregnant sape plak yg bertanya...dan sape yg tak paham...:P

    ReplyDelete
  6. Alamak...video tu sangkut2 pula....

    ReplyDelete
  7. hehe... kelakar la.. saya baca pun tak paham..

    ReplyDelete
  8. owhhh baru ku faham kenapa dia tak faham faham bila org suruh dia fahamkan, asyik ler kata tak faham, sampai naik tak faham baca entry faham ke tak faham ni, padanlah dia tak faham bila org cuba fahamkan dia di tempat lain sebab dia siang siang dah kata tak faham, sebab entry faham ke tak faham ni lah, so skang semakin tak faham....faham?

    ReplyDelete
  9. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah.. jumpa siapa tu jagau? ada belated birthday wish utk awak http://tsukinano.blogspot.com/2013/03/gsf-happy-birthday-karukord-jagau.html

    ReplyDelete
  10. faham! faham! er? tak faham! tak faham! hahaha..

    ReplyDelete
  11. cume phm yg bunge matahari tu cantik sgt. hehe.

    ReplyDelete
  12. adakah perempuan itu pernah menjadi pujaan hati KJ???
    itu yg saya mcm paham le..

    ReplyDelete
  13. faham2...


    buah hati lama KJ kan..ehehhehe


    ReplyDelete
Previous Post Next Post

 Visit My Album at