Kisah Suami Isteri ~ Cantek / Hensem


Sepasang suami isteri baru saja mendirikan rumahtangga. Perkahwinan mereka bukan lah kerana terpaksa. Tapi atas dasar cinta suka sama suka. Kehidupan mereka sangat bahagia. Suaminya seorang yang berkerjaya. Isteri nya pula seorang peguambela. Cukop serba serbi mereka ada. Dari kereta kuda sampai lah ke basikal tua.

Pada suatu pagi. Sedang mereka menikmati suasana dingin embun pagi. Si isteri berkata2 kepada si suami. "hensem sungguh la abang ni. Bertuah saya dapat suami hensem macam ni" tersenyum bangga si suami tidak terperi. menerima pujian dari si isteri. Berkata2 di hati suami. Ingin rasanya menguji kesabaran si isteri.

"eerm biasalah...ayang tau tak...? orang kata... suami yang hensem untuk isteri yang tidak cantek" Sambil tersenyum si suami berkata2. Tapi si isteri tetap tersenyum manja. Kerana dia tahu suaminya hanya bergurau saja. Walaupun dia sedar wajahnya menggerutu berjerawat batu bagaikan parut kelapa. 

Si isteri tidak lah terasa,apatah lagi untuk memendam rasa. Tapi si isteri menanam cita2. Bercita2 untuk melicinkan kulit muka. Selicin wajah puteri bunga cempaka. Puteri di zaman kesultanan melayu lama. Dan dia akan terus berusaha tanpa sedikit pun ada perasaan berputus asa.....demi suami tercinta.
Kisah Suami Isteri I Cantek VS Hensem
Dan kemudian pada suatu masa. Si suami terpaksa bekerja di luar negara atas arahan tempat beliau bekerja. Di jangka 3 bulan lamanya. Si isteri kata tak mengapa. Kerana dia yakin dengan kejujuran suaminya. Maka pergilah suaminya ke luar negara selama 3 bulan lamanya.

Dan tempoh 3 bulan itulah si isteri telah berusaha untuk mengejar cita2nya. Pelbagai produk di cuba untuk memulihkan wajahnya. Dan akhirnya si isteri berjaya. Wajahnya kini putih dan licin bak puteri bunga seri cempaka. Pipi nya yang dahulu bagaikan parut kelapa kini sudah tiada. Hatinya berbunga2....tak sabar rasanya menunggu kepulangan suami tercinta.

Saat yang di tunggu kini telah pun tiba. Saat kepulangan suami yang terpaksa bekerja ke luar negara. Sesampainya sahaja si suami di halaman rumah mereka,alangkah terkejutnya si suami melihat isterinya. Cantek isterinya tidak terkata. Seperti biasa....macam cerita2 cinta....maklumlah dah lama tak jumpa...berpelukanlah  mereka,melepas rindu katanya. 

Si suami pun kemudian berkata kepada isterinya "Cantek sungguh la isteri abang ni. Bertuah abang dapat isteri cantek macam ni" Tersangatlah bangga si suami dengan kecantikan isterinya. Lalu si isteri pun berkata "eerm biasalah...abang nak tau tak? orang kata....orang la kata,isteri yang cantek untuk suami yang tidak hensem"

Si Suami: "eh....! lebih kurang macam ayat abang yang dulu je"
Si Isteri: " eh...ye ke...? x perasan laa ^_^ heheheee"

37 Comments

  1. takut suami hensem..ramai yg minat nanti..:)

    ReplyDelete
  2. sporting sungguh isteri, boleh terima gurauan gitu.

    ujung2..kena balik. ^__^

    ReplyDelete
  3. tp kebenarnyer tak selalu yg hensem pasangan nyer cantik jugak, kadang2 ada sebaliknya jugak.. sbb cantik juga hensem tu sgt subjektif... kn?

    ReplyDelete
  4. owh.. org la yg kata ni?? aku tgk ramai jugak pompuan cantik dpt laki tak hensem, lelaki hensem dpt pompuan x cantik. tak payah dinilai kot. nilai dulu hati budi tu. huhu.. apapun aku suspek betol kat bini dia, kalo aku kena perli gitu mmg time2 tu jugak dah kenakan dia blk, xyah tggu smpai 3 bln.. hahaha.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pulak jumpa suami isteri yg sama cantik sama padan.. last2 bercerai sbb tak serasi katanya. masing2 bertemu jodoh lagi, si cantik berkahwin lg dgn lelaki berusia sgt kurang hensemnya, si kacak pula bertemu jodoh dgn soulmate yg jauh kurang cantik berbandik bekas isterinya.
      kesimpulannya, kecantikan hati budi dan akhlak lah yg menjamin kerukunan rumahtangga, bukan kecantikan rupa semata.

      Delete
  5. psstt.. ko jgn ingat aku salah..saja letak suspek, ala2 apek ckp, bkn ku xtau beza suspek ngan respek.. hihi.. x bgtau kang ko tu cpt je alert pastu nk betolkan.. :p

    ReplyDelete
  6. suweeetnya..haha..tp kdg2 tu btl jgk tgk pngtntin lki kurang nsem bni dia mak ai cntik..kdg2 ada jgk sama2 cntik.hehe

    ReplyDelete
  7. ceh..sampai hati suami ckp cmtu..sib baik isterinya ambil sbg motivasi.. tapi sy pun salu nampak pasangan yg sorg sgt cantik, pasangannya biasa sj. tapi ada juga ternampak pasangan yg sama sgt cantik sama.

    ReplyDelete
  8. tak kecik ati plak si isteri tu....diambilnye plak sebagai motivasi diri..bagus...:)

    ReplyDelete
  9. hahah last2 same cantik same padanlah kan =)

    ReplyDelete
  10. ala... aye blur sket ni..maklum le Harimau kalah semalam!

    ReplyDelete
  11. Jagau, motif??? Cer xplain lbh lanjut sket.
    Tp btul jgk, bila istri kurus, hubby plak mengandung mcm 14bln, tp bila isterinya gedem, hubby plak kudut mcm tk cukup makan.

    ReplyDelete
  12. Jagau, nak cake nutella? Sedap!!!

    Eh, leh tolong hapdet address kt fb GSF tk? Apadaaa...susah la, nk hntr belalang kunyit ni.

    ReplyDelete
  13. Motif nya..tak perlulah pandang rupakan..
    yang penting kesetiaan dan kejujuran...
    betoi dak..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoh..! lupa..lepas ni ingat nak buat doyan roll..hahahahaha..

      nak tak...?

      Delete
  14. Kes pulang paku buah keras la ni..jadi cintai la isteri tu bukan pada rupa semata-mata.,

    ReplyDelete
  15. sedap ja membaca..saling berkasih sayang lah tu...dah kena belasah..kan maksud saya ke2nya telah saling mengenakan ungkapan yang sama...so sedap ja membaca..)

    ReplyDelete
  16. haha terkena balik.tu gurauan positif namanya.

    ReplyDelete
  17. MUka dia mcm parut kelapa ke? Hahaha. Yg bentuk mcm biawak tu ke? Atau yang letrik?

    ReplyDelete
  18. Isteri yg cantik utk suami yg tak hensem?...Eh, mcm kena batang hidung JR aje...hehehehe..

    ReplyDelete
  19. terpesona sungguh ayat2 tuan hamba...mcm pujangga dahulu kala.

    tu la org kata..dolu2 lah kann...suami isteri ni saling melengkapi... :)

    ReplyDelete
  20. hihi...sweet je
    rupa paras xpenting kot
    yg penting dalaman tu..

    ReplyDelete
  21. kihkihkih
    kira sama2 x ensem n cantik lah tu..tu lah sama sepadan.haha

    ReplyDelete
  22. amboi.bukan main lagi sweet kau hari ni ye..hahahha

    ReplyDelete
  23. so suwiiitttt...rupa xpenting asanya yg ptg hati ikhlas beb hikss

    ReplyDelete
  24. hihihi...sweetnya...rupa tak penting...yg penting ikhlas dari hati suci..

    ReplyDelete
  25. Haha sngup bini wt transformasi semata2 nk buktikn kta org bhawa bini cntik tok laki yg xhensem.haha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

 Visit My Album at