Theme images by MichaelJay. Powered by Blogger.

26 December 2012

Apa Cerita Gitar Kita

 
Bulan ni tak banyak N3 aku. Bulan2 yang lain pun tak banyak juga hehee. Jenuh aku nak curik2 masa. Gila babas juga aku nk BW nih. Banyak blog tak sempat nak terjah. Tapi akan aku cuba perlahan lahan untuk singgah ke teratak kamu semua. Blog diorng nih pun banyak yang best2 juga. Masing2 ada cara penulisan yang tersendiri. Kira orang kata kita baca tak jemu la haih. 

Ok kita sambung sikit cerita secara ringkas saja. Baru2 ni jumpa tuan punya blog :: AKU,CINTA & CITA-CITA :: blogger dari perak. Mari kita tepuk tangan ^_^ ngeeee. Dari jauh dia datang. Terima kasih la sebab sudi jumpa KJ nih. Walaupun tak banyak masa yg ada. Tapi cukup untuk di jadikan sebagai satu kenangan.  Terima Kasih sekali lagi.

Bercerita tentang rupa paras blog aku nih....mcm biasa la. Identiti tak menentu....hehheee. Musim hujan sekarang ni. Kaler ijau kasi sejuk sikit mata memandang. Bab pelajaran bermain gitar tu kita slow2 belajar je. Gitar Cekgu Cap Ayam mengalami masalah jiwa. Kasihan beliau kehkehkeh.
Gitar ni terjatuh. Lehernya sudah renggang. Akibatnya tak boleh nak tunning dah. Jadi cemana nak tunjuk cara2 nak tunning kan. Asik lari tiun ja.....jadi aku pun cuba la jadi pomen. Aku taruk satu skru panjang kasi ikat ketat2. 
Nampak tu bahagian dalaman gitar tu...tejojol je batang skrunya tu heheee. Aku ingat aku pandai. Rupanya pandai dh mmg pandai dh cuma kurang bijak wakakaaa. Boleh tunning tapi tetap tak ada keseimbangan bunyi. Peeerrgghh...! menyampah. Kenapalah tak di hantar je ke kedai gitar. Macam la tak ada kedai gitar yang boleh repair hehehee.

Jadi untuk menyelesaikan permasalahan ini. Caranya mudah saja. Beli saja la gitar yang baru hehee. Yang lama tu nanti hantar kedai kasi repair. Jadi kepada yang nak cepat belajar gitar tu boleh la mengunjungi dulu mana2 laman web yang ada dok ajar. Cekgu Cap Ayam lambat sikit. Mungkin minggu depan baru dok ingat nak beli gitar baru. Pehtu baru start pelan2 kita belajo ye.


Segmen Tambah Follower Di Hujung Tahun

 

Macam lama dh x join segmen. Hari ni mau join segmen lah. Jom kita memeriahkan lagi. Klik Banner untuk turut serta bersama sama. 

Syarat2 penyertaan mudah saja. Nak tahu KLIK SINI


Tarikh tutup: 29 Disember 2012

Follower saya setakat ini 350 je
Target follower di masa depan 400 jd lah....segan la banyak2 heheee

21 December 2012

Happy besday to Wanieys

 


Happy besday to Wanieys

Moga di beri kesihatan yang baik,bahagia bersama keluarga tersayang dan dimurahkan rezeki.

Pada yang nak belajar gitar...sabar ye dulu. Nanti kita sambung lagi. Cekgu Cap Ayam agak sibuk sikit dalam minggu nih. Jangan komplen banyak2 ye..... Gaji Cekgu Cap Ayam yang dua kupang tu dah bayar ke belum hehehee :p

17 December 2012

Mengenal Kedudukan Jari Tangan Kiri

Kita sambung lagi pelajaran bermain gitar. Kali ini kita akan pelajari atau mengenal kedudukan jari tangan kiri. Kalau rasa susah nak ingat...ambik pen maker kasi tulis kat jari tu. Kasi tanda kat jari no 1 sampai 4.

Jari jemari itu akan melakukan tugas menekan tali gitar pada bahagian leher...mengikut susunan kord yang akan di main nanti. Tak ingat bahagian leher gitar tang mana..? Ok boleh klik sini

Perhatikan pada gambar ini. Ini gambar rajah tangan kiri.

Cuma perlu ingat jari 1,2,3 dan 4 sahaja. Kita nak pegang gitar tu nanti kedudukannya akan jadi begini.


Eh..! korang dh baca citer ni...? kalau blom klik la kejap.
Citer best tau. Sambil membaca sambil menderma. (^___^)


Ok cukup le tu dulu sessi pembelajaran kita kali ini dari Cekgu Cap Ayam. Nanti len kali kita sambung lagi ye. Kalau rasa2 sume dh faham dengan keperluan asas ni...rasanya bolehlah cekgu terus kan nnt dengan pembelajaran cara2 tuk tunning gitar pula. 

Kena kasi tunning dulu. Kalau tak cemana nak main kan kalau tunning tak betul. Ok jumpa lagi ye. Byebye.....

15 December 2012

Mengenal Bahagian Gitar

 
Salam semua murid2. Ya entry kali kita akan sambung semula pembelajaran kelas muzik kita ya. Pelajaran kita hari ini ialah Mengenal Bahagian Gitar. Ok semua kasi keluar balik gitar yang di simpan dalam lemari ke dalam laci ke tu.

Yang belum beli lagi tu. Masih ada masa lagi. Cekgu cap ayam mengajar lambat. Jangan risau....masih sempat lagi kalau nak gi beli ^_^

Sekarang mari kita lihat gambar di bawah ini. Cekgu cap ayam telah siapkan nama2 bahagian gitar itu.

OK dh nampak....yang bahagian tuning tu aku kasi nama putar2 je senang. Kita belajo simple2 ja. Jangan susah2. Lagi pun Cekgu cap ayam tau yang tu ja. Jadi jangan tanya macam2. Kang cekgu pulak yang kena study balik tak pasal2 hahhaaa. 

Ok murid2 yang baru ka lama ka ....dah masuk kelas ni ,Cekgu nak tanya sikit. Dah bayar yuran ka belum..? 

Kalau blom klik nih.


Yuran PIBG.


Gaji Cekgu Cap Ayam.

Sekian Terima Kasih. Nanti kita sambung lagi. Cekgu cap ayam nak siap2. Malam ni ada kompeni dinner :D

14 December 2012

Kisah Suami Isteri ~ Cantek / Hensem


Sepasang suami isteri baru saja mendirikan rumahtangga. Perkahwinan mereka bukan lah kerana terpaksa. Tapi atas dasar cinta suka sama suka. Kehidupan mereka sangat bahagia. Suaminya seorang yang berkerjaya. Isteri nya pula seorang peguambela. Cukop serba serbi mereka ada. Dari kereta kuda sampai lah ke basikal tua.

Pada suatu pagi. Sedang mereka menikmati suasana dingin embun pagi. Si isteri berkata2 kepada si suami. "hensem sungguh la abang ni. Bertuah saya dapat suami hensem macam ni" tersenyum bangga si suami tidak terperi. menerima pujian dari si isteri. Berkata2 di hati suami. Ingin rasanya menguji kesabaran si isteri.

"eerm biasalah...ayang tau tak...? orang kata... suami yang hensem untuk isteri yang tidak cantek" Sambil tersenyum si suami berkata2. Tapi si isteri tetap tersenyum manja. Kerana dia tahu suaminya hanya bergurau saja. Walaupun dia sedar wajahnya menggerutu berjerawat batu bagaikan parut kelapa. 

Si isteri tidak lah terasa,apatah lagi untuk memendam rasa. Tapi si isteri menanam cita2. Bercita2 untuk melicinkan kulit muka. Selicin wajah puteri bunga cempaka. Puteri di zaman kesultanan melayu lama. Dan dia akan terus berusaha tanpa sedikit pun ada perasaan berputus asa.....demi suami tercinta.
Kisah Suami Isteri I Cantek VS Hensem
Dan kemudian pada suatu masa. Si suami terpaksa bekerja di luar negara atas arahan tempat beliau bekerja. Di jangka 3 bulan lamanya. Si isteri kata tak mengapa. Kerana dia yakin dengan kejujuran suaminya. Maka pergilah suaminya ke luar negara selama 3 bulan lamanya.

Dan tempoh 3 bulan itulah si isteri telah berusaha untuk mengejar cita2nya. Pelbagai produk di cuba untuk memulihkan wajahnya. Dan akhirnya si isteri berjaya. Wajahnya kini putih dan licin bak puteri bunga seri cempaka. Pipi nya yang dahulu bagaikan parut kelapa kini sudah tiada. Hatinya berbunga2....tak sabar rasanya menunggu kepulangan suami tercinta.

Saat yang di tunggu kini telah pun tiba. Saat kepulangan suami yang terpaksa bekerja ke luar negara. Sesampainya sahaja si suami di halaman rumah mereka,alangkah terkejutnya si suami melihat isterinya. Cantek isterinya tidak terkata. Seperti biasa....macam cerita2 cinta....maklumlah dah lama tak jumpa...berpelukanlah  mereka,melepas rindu katanya. 

Si suami pun kemudian berkata kepada isterinya "Cantek sungguh la isteri abang ni. Bertuah abang dapat isteri cantek macam ni" Tersangatlah bangga si suami dengan kecantikan isterinya. Lalu si isteri pun berkata "eerm biasalah...abang nak tau tak? orang kata....orang la kata,isteri yang cantek untuk suami yang tidak hensem"

Si Suami: "eh....! lebih kurang macam ayat abang yang dulu je"
Si Isteri: " eh...ye ke...? x perasan laa ^_^ heheheee"

05 December 2012

Mari Belajar Bermain Gitar

 

Mari Belajar Bermain Gitar bersama Karukord Jagau. Owh aku bukan cekgu ye. Aku cuma nak mengajak korang bersama sama dengan aku belajar bermain gitar. Maknanya aku pun tengah belajar juga ni.

Moga2 dapat menghiburkan hati yang masih gundah gulana. Tak banyak sikit pun jadilah. Asal boleh ada bunyi krong kreng krong kreng pun jadi lah ye.

Ok baik lah mari kita teruskan Sesi pembelajaran kita yang pertama. Penyediaan Gitar. Berikut ini adalah bahan2 yang di perlukan bagi sesi pembelajaran kita ye.

Bahan2 nya adalah seperti berikut. 
Sediakan sebuah...
Kompang
Kompang
Bukan....bukan, salah tu. Bukan kompang. Kita bukan nak belajar kompang ye. Kita nak belajar bermain gitar. Makanya kita kena ada sebuah gitar. Jadi kepada yang tak ada pegilah beli dulu ye. Masih ada masa ni.

Tak payah beli yang mahal2. Beli yang murah2 aja. Dah pandai besok ha beli la yang mahal2 tu. Dan jangan lupa belikan tuk aku sekali.

Lagi satu beli gitar tong aja. Tak yah susah2 nak beli gitar karen bagai. Asal bunyi sudah. Lagi pun kita kan baru nak belajar. Ada terer sikit nanti baru beli gitar karen. Dan jangan lupa tuk belikan aku sekali...heheee.

Beli yang macam ni je. Cantik pun cantik.


Gitar

Ok sudah ada gitar. Simpan dulu. Simpan la dalam laci ke dalam lemari. Ikut suka korang lah nak simpan kat mana. Nanti malam besok ada lapang2 kita start sama belajar ye. Cekgu cap ayam nak pegi makan dulu. Kedai mamak memanggil manggil dah tu hahahaaa. 

*published via Canon Pixma MP145 printer. 

04 December 2012

Happy Birthday Kak Dieyna

 
Happy Birthday Kak Dieyna

Happy Birthday Kak Dieyna !

Pemilik Blog Wardah Ilmu

Moga sentiasa berbahgia di samping keluarga tercinta.
Terima lah sebuah lagu yang pernah fofulaaarr di zaman Dolu2 kala.


Interested for our works and services?
Get more of our update !