Kita Satu


Untuk pertama kalinya aku menemukan kejujuran..ketelusan.. dan ketulusan hati.. moga semuanya berkekalan dan berjalan lancar seperti yang dirancangkan... 

walau kita tidak pernah merancang... aku percaya pada setiap ketentuan tuhan... untuk pertama kalinya sahabatku melihat aku bahagia... aku dapat merasakan kebahagian itu.. dan aku mahu terus bahagia.

Akan aku ciptakan cinta dan kasih sayang pada segenap ruang... akan aku binakan sebuah ikatan yang tulus ikhlas... akan aku binakan sebuah mahligai bahagia berlandaskan kerendahan dan ketulusan hati... Duhai kasih.. 

Bantulah aku agar tarikh keramat yang  pernah aku lalui ini, kita jalani bersama tanpa aku mengulangi kesilapan lalu. Tanpa aku lalui jalan cerita yang sama. 

Walau cuacanya sama...harinya berbeza. Jangan pernah kau berpaling dariku... Jangan pernah kau biarkan aku terus hanyut dengan kesalahan ku sendiri. 

Sambutlah tanganku... Bimbinglah aku... Bantulah aku mengubat kelukaan dihatiku ini.


24 Comments

  1. Alaahai... Untuk sapa la ditujukan Luahan rasa ni ek?

    ReplyDelete
  2. ehem ehem.
    sayu je?
    wa pun tgh terluka ni

    hm

    ReplyDelete
  3. Wah, semoga bahagia itu terus mekar disiram kasih dan sayang, semoga ia takkan layu ketandusan kasih Ilahi. ;)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. wahhh sedih2 plak ni knp...
    moga bahagia datang menjelma yer..aminnn...

    ReplyDelete
  6. biasa happy ja, apasal, sedih mendalam ni Bro KJ. Apapun onak ranjau orang muda memang inilah antara rencah kehidupan ya. tabahkan hati ya..

    ReplyDelete
  7. amboi Jagau..
    sedih la plak baca entry nih..

    erk kepada siapakah entry ini di tujukan wahai Jagau's? =p

    ReplyDelete
  8. pak su baik...sygnya kalau org tu berpaling dr pak su....dia yg rugi

    ReplyDelete
  9. hope jumpe org yg seideal yg bakal memberi sinar bahagia....

    ReplyDelete
  10. uikkk..jiwa2 pula hari ne c jagausss..tangkap leleh siott..hihi

    ReplyDelete
  11. jgn sedih2. Insyaallah.. ada jalannya. (sila nyanyi lagu maher zain versi BM).:)

    ReplyDelete
  12. Dah jumpa wanita idaman ke? Ni mesti jumpa kat kenduri kat pahang ari tu kan? Hehehe. Semoga berjaya dgn hubungan ni ye.

    ReplyDelete
  13. kemana jagau's ku yang ceria dahulu. udah berubah tingkah ka?? huhu Usah bersedih, jika bunga disirami dibajai pasti ianya mekar subur.. Jika racun yang diberi, pasti layu.. so, madu di tangan kananmu, racun ditangan kirimu, mana yang satu yang akan kau berikan padanya.. haha ubah lirik skit..

    p/s : pasal widget tu, buat sekali lagi.. kadang2 internet loading lambat dia tak menjadi.. good luck

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum abgjagau..bertukar lagi,hahahaha.takda jawi dah ke? huu >_<

    Napa semua duk sayu n sedih ni..takkan sebab 'bantu ak mengubat luka dihati?'

    Lana tak nak buat kesimpulan sendiri, abgjagau je tau maksud sebenar entry, ehehe. Pa pun, meh meh, lana iringkan dengan doa kebahagian dan keselamatan tuk abgjagau ngan anak ya >_<

    #Susunan ayat yang sangat menarik.. :)

    ReplyDelete
  15. adakah? sudah terisi kekosongan?

    ReplyDelete
  16. ngah sedihker?huhu syahdujer munyiknyer.nurul tak geti sajak2 n syair atau puisi2 nie.hihi

    ReplyDelete
  17. Puitisnya....luahan hati yang paling dalam...

    ReplyDelete
  18. alolo...tacing masha baca tau..huhu~

    ReplyDelete
  19. sayu hiba terluka kecewa...pehal nie...??

    ReplyDelete
  20. alololo... sayunya baca luahan ni...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

 Visit My Album at