Air Mata Kebahagiaan


Setelah beberapa tahun berkahwin bersama seseorang yang tidak pernah di temuinya. seseorang yang tidak pernah di cintai nya. Perkahwinan nya di aturkan oleh kedua orang tuanya. 

Walaupun lelaki itu bukanlah orang yang di cintai. namun dia yakin....pasti  pilihan kedua orang tuanya itu adalah pilihan yang terbaik buatnya. Sejak awal perkahwinan hingga saat ini dia tidak pernah mendengar sedikit pun keluhan dari suaminya.  Suatu hari dia bertanya kepada suaminya.

"Abang....tolong katakan sekiranya selama kita hidup bersama.... saya tidak dapat memberikan kebahagian sepenuhnya kepada abang?"

Kemudian suaminya memandangnya dengan penuh tumpuan. Lalu suaminya pun berkata.

"ya....memang ada kekurangannya. Tunggu sebentar" lalu suami nya bangun dan menuju ke sebuah almari. Kemudian ia membuka laci dan mengambil sesuatu.

Si isteri hanya menundukkan muka. Mahu saja saat itu dia menitiskan air mata. Mungkin juga suaminya menyimpan di dalam hati akan segala kekurangan nya.

Kemudian datang si suami lalu berada di hadapan nya. Saat di mana si suaminya mencapai tangannya....maka saat itulah berderai air matanya. Tidak dapat di tahan lagi...entah di mana kekurangan nya dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. 

Suaminya kemudian meletak kan sesuatu di telapak tangan nya. Dia terkejut apabila melihatnya. ia sebentuk cincin. Tergamam seketika saat ia melihat wajah suaminya. Jelas kelihatan air mata suaminya sudah membasahi pipi.

lalu ia bertanya kepada suami nya.
"mengapa abang memberikan saya sebentuk cincin...? sedangkan baru sebentar tadi  abang mengatakan saya memang ada kekurangannya"

Dengan nada perlahan suaminya berkata..
"kamu kekurangan barang kemas....dan abang minta maaf kerana abang tidak mampu,sedangkan kamu adalah seorang isteri yang cukup sempurna di mata abang"

Terharu si isteri mendengar kata-kata suami. Bukan emas permata yang di idamkan nya....hanya kasih sayang dari seorang suami. Lalu si isteri memeluk erat suaminya. Bersama-sama menitiskan.....air mata kebahagiaan.

23 Comments

  1. Ala.. Sweetnya..... Terharu pun ada gak. Hu hu..

    ReplyDelete
  2. Ah... kakcik pulak yang ikut terharu.

    ReplyDelete
  3. sooo sweet... walaupun sedikit sedih

    ReplyDelete
  4. tacingnyeeeee.... ko berjaya buat aku bergenang airmata la kat sini..hikhik...

    ReplyDelete
  5. erkkk..seyez pla esei ko ne kan??huhuhuh...

    ReplyDelete
  6. payah nak jumpa suami pesen ni sekarang

    ReplyDelete
  7. so sweet..terasa sebak membacanya....cinta selepas kahwin sememangnya cinta abadi....

    ReplyDelete
  8. alahai sadis ngan terharu kejap...:)

    ReplyDelete
  9. huhu..terharu baca... nak suami cam tu~~~ :D

    ReplyDelete
  10. sweet...tapi emas, duit bukan ukuran kebahagiaan...tapi kalau dah ikhlas memberi, ikhlas jugalah menerima kan...

    ReplyDelete
  11. fuh..cerita cinta yg menyentuh hati!

    ReplyDelete
  12. budget mcm terharukan citernie...tapi tah knapa rasa mcm nak gelak bila laki dia kata kekurangan brg kemas.hehe..baik bini dia tak pernah minta2kan?

    ReplyDelete
  13. istri bukan nak barang kemas..yang penting kasih syg,perhatian si suami...

    cehh!! cakap mcm dah kawen la pulak..kikiki

    ReplyDelete
  14. teruja, sebab aku suami dan ayah. kasih sayang itu antara kunci kebahagiaan rtangga..

    ReplyDelete
  15. huhu
    bkn brg kemas yg jd idaman..cukup lah kasih syg dan kejujuran dr seorg suami/lelaki..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

 Visit My Album at