Naik basikal je ku jadikan contoh.

Suatu malam saya makan di sebuah restoran seafood bersama anak saya. Sambil2 makan kami sembang2 sikit...kemudian anak saya bertanya kepada saya "bah hari ni keputusan SPM ye bah?" saya cuma menggangukkan kepala tanda ya. Memang pada hari itu adalah hari keluarnya keputusan SPM.

Lalu terlintas pula di fikiran saya akan sesuatu....dan saya bertanya kepada nya. "tau tak macam mana nak jadi pelajar cemerlang?" sambil tersenyum dia berkata "entah..." ringkas aja jawabnya. Waaaahh...! saya pun mula lah nak bagi tips....macam la saya ni pandai sangat....hehehe tak pe la,bagi semangat sikit :)

Saya tanya dia ingat lagi tak masa dia kecik2 dulu macam mana dia pandai mengayuh basikal. Dia tanya saya balik....apa kena mengena naik basikal dengan pelajar cemerlang. Waaahh...! bagus pandai sungguh dia bertanya. Saya cuba mengingatkan kembali kisah dulu2 sewaktu dia pandai naik basikal.

Abah dan mak cuma ajar cara nak mengayuh. Tapi Aina (nama anak saya) sendiri yang buat kayuhan....bukan abah atau mak yang kayuh kan. Dan aina tanpa rasa jemu mencuba sehingga aina pandai mengayuhnya sendiri. Dan setelah aina berjaya ,aina rasa seronok. Tiap2 hari aina asik nak naik basikal je.

Anak saya hanya tersenyum. Mungkin ada sesuatu yang bermain di fikiran nya. Saya tanya dia....tau tak sekarang macam mana aina boleh pandai naik basikal ?."rajin berusaha" sambil menyengih aja dia menjawab. Masa tu seronok kan bila dh pandai naik basikal. Sambil tersenyum dia berkata "seronok....hari2 nak naik basikal je".

Begitulah juga kaedahnya bagi seorang pelajar. Guru mengajar dan memberi tunjuk ajar....tapi kita lah yang harus mengusahakannya. Kalau cikgu mintak kita buat satu lukisan....kita boleh tanya macam mana cara2 nak melukis....tapi bukan mintak dia atau orang lain yang lukiskan. Biar lah lukisan itu tak cantik,tak lawa....tapi ia adalah hasil usaha kita sendiri. Teruskan melukisnya lagi....lama2 cantik lah nanti.

Kita akan rasa betapa seronok nya bila kita berjaya nanti....macam mana seronoknya aina bila dah pandai bawak basikal. Hah naik basikal aja yang saya jadikan contoh.....hehehe. Buat masa sekarang mungkin ada rasa malas,tak semangat dan macam2 lagi lah tambah2 lagi bila ada banyak kerja sekolah. Sabaarr kerana keseronokan itu hanya akan aina rasakan bila dah berjaya nanti. Macam mana seronok nya aina bila dh pandai bawak basikal. Waaahh...! basikal lagi....hehheee

Anak saya ketawa je bila teringat macam mana dia boleh pandai bawak basikal...saya dan isteri hanya mengajar nya saja...dan dia sendiri yang mengusahakan nya. Dari riak wajahnya saya tau.....tentu dia dapat mesej yang saya cuba sampaikan padanya. Mudah2an anak saya boleh menjadi pelajar cemerlang.....amiiiinnn.

Picture By Lembayung Senja

30 Comments

  1. Ibubapa adalah Cikgu yang terbaik untuk anak.Simple je contoh yang Jagau bagi, tapi sangat dalam maksudnya tuh.:)

    ReplyDelete
  2. salam kunjungan semula... tq berjln2 di blog saya

    selalunyer anak2 ni perlukan sesuatu utk dijadikan motivasi...
    sesuai sungguh contoh yg diberi td pd aina... mudah dia paham

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena bg yang mudah di faham je...kalau tak...pening dia nnt :)

      Delete
  3. Macam2 pendekatan utk motivated anak. Dan tak semua pendekatan itu sesuai utk semua org. Misalnya pendekatan saya lebih kpd 'reversed psikology', yg membuatkan mereka cuba melawan utk membuktikan kpd saya andaian saya tak betul. Dan insyallah, ia memberi kesan yg lumayan. Misalnya tahun lepas anak saya dpt 5A dlm UPSR. Anak yg paling pemalas, tak pernah pergi tuisyen dan cuma studi last minute pula dpt 7A 2B dlm SPM yg diumumkan semalam.

    ReplyDelete
  4. salam kenal juga ye..
    kita sebagai ibu/bapa kena jadi role model utk anak2 kan. lia pun tgh belajar utk selami hati anak2 sbb takut jugak skrg mcm2 kes kan.

    ReplyDelete
  5. yup, betul tu, setuju ya amat. guru hanya akan bagi ilmu dan kitalah yg patut berusaha mempraktikkannya sehingga terus berjaya..barulah kita akan tersenyum gembira di akhirnya kan..:)

    thanks yer follow saya, i will follow u back..:)

    ReplyDelete
  6. setuju...tak sabar rasanya nak mendidik anak sendiri...moga diberi kesempatan itu :)

    ReplyDelete
  7. Terima kasih dengan panduan .semoga diberikan kesempatan pada saya & suami nanti.Insya-Allah :))

    ReplyDelete
  8. Salam Jagau ..

    Anda seorang abah yang best.. Pandai guna reverse saikologi .. Kagum.. Moga anak anda sentiasa menjadi kebanggaan anda..

    ReplyDelete
  9. aminn.mudah-mudahanlah jd anak yg solehah & bijak pandai :D

    ReplyDelete
  10. Oohh.. saya sungguh tersentuh dn cerita ni. Nnt boleh la saya gunakan metafora yg sama utk menyaiko kan anak saya plak. Hehe.

    ReplyDelete
  11. teknik ajaran yang bagus n boleh dicontohi hehe

    ReplyDelete
  12. abang Jagau's ajar anak merempit best juga...rempit yang berkhemah...mula..rempit..biasa lepas tu...rempit ternama....ha ha kita buka sekolah rempit nak ke....

    ReplyDelete
  13. Betul, menarik betul pengajaran n3 ni..

    Bkan hanya dlam plajaran..tp.. Setiap apa yg dlakukan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting mesej yg nk di sampaikan tu....rajin dan usaha pasti membuahkan kejayaan :)

      Delete
  14. eeeemmmm ... betul tu..nanti mama pun nak ajar mia kayuh basikal..

    ReplyDelete
  15. amin..moga2 dia berjaya & jd ank yg solehah :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

 Visit My Album at