Kisah Suami Isteri-Menerima Saja Seadanya

Enam bulan sudah Hamdan menjadi seorang duda. Hatinya cukup gundah gulana. Perkahwinan pertama tidak dapat bertahan lama. Di simpan nya saja segala cerita duka. Yang ada kini hanya azam untuk berkahwin buat kali kedua.

Nafsu yang sering menggila... membuatkan hatinya akan menerima sesiapa saja. Tak kira rupa asal mampu membuatnya bahagia. Keinginan nya itu tercapai jua akhirnya. Bertemu dengan seorang janda yang sudi menerima seadanya. Halus mulus kulitnya...hidup seorang diri,dan masih belum melahirkan zuriat lagi. Sudah setahun menjanda...kerana jodoh sudah tiada.

Gembira Hamdan tidak terkira....ingin saja di langsungkan segera. Baru beberapa minggu Hamdan mengenalinya...namun hatinya yang gundah gulana itu tidak sabar untuk berumahtangga buat kali kedua. Akhirnya....keinginan nya itu tercapai jua. Di langsungkan dalam satu majlis yang serba sederhana.

Setelah beberapa hari menikmati kemanisan hidup bersama isteri baru nya. Bermula lah episod satu cerita. Isterinya meminta izin untuk bekerja di sebuah pasaraya. Alasan mahu membantu suami nya demi menjana ekonomi bersama. Permintaan kedua sebuah motosikal sebagai kemudahan untuk isterinya ketempat kerja.

Segera Hamdan membeli tapi hanya membayar duit muka. Isterinya berjanji untuk membayar bulanan nya. Setelah semuanya tersedia....isterinya mula membuka cerita. Hutang along berbunga berlipat ganda...membuatkan nya terpaksa bekerja. Hutang itu sudah lama.. sebelom Hamdan mengenalinya.

Tertunduk Hamdan mendengar cerita. Maka bekerja lah isterinya setiap hari tanpa bercuti walau sehari. Pergi kerja seawal jam 9 pagi. Segala hasil duit gaji....di bayar hutang yang masih banyak berbaki. Hamdan merasa sedikit kecewa. Apa tidaknya....ansuran moto perlu di bayar. Bukan menjana ekonomi bersama....tetapi menambahkan lagi beban yg ada.

Setiap malam Hamdan makan di kedai saja. Sama seperti hari2 yang biasa di laluinya sewaktu berstatus duda. Hari-hari isterinya bekerja lebih masa. Setiap hari hampir jam sebelas malam baru isterinya tiba. Nak masak dh tentu tak ada masa...tambahan pula kepenatan seharian bekerja. Apakan daya....Hamdan menerima saja seadanya.

25 Comments

  1. tapi sampai bila....adakah itu erti bahagia???

    ReplyDelete
  2. sabar & tabah lah.. moga dimurahkan rezeki & dipermudahkan segalanya nanti.. kita sentiasa diduga.. sesungguhnya ada hikmah di sebalik semua perkara.. insyA..

    ReplyDelete
  3. Sekurang2nya Hamdan masih bernasib baik lagi bini baru dia tu tak suruh dia saja yg tolong bayarkan hutang along tu. Kan. Malam2 ada jugak kawan tidoq walaupun mungkin takda aktiviti kerana letih sangat. Ehh pandai2 ja akak ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betui2....untung jugak la ...da lg teman tidoq :)

      pandai kak Dinas... (^____^)

      Delete
  4. Sekurang2nya isterinya bekerja dgn cara yg halal. Ada wanita krn hutang berlambak mencari jln pintas memperdagangkan wajahnya untuk dibuat kenduri oleh lelaki2 hidung belang. Nauzubillah....

    ReplyDelete
  5. Salam.

    yup, sekurang-kurangnya isteri dia kerja, bukan ambil kesempatan. Mungkin isteri dia pun cari lelaki sebagai suami sebab nak ada sokongan dalam menguruskan segala hutang-hutang.

    ReplyDelete
  6. ada hikmah tiap pe berlaku..tabah ye hamdan.ecehh

    ReplyDelete
  7. ni dugaan dia. sabar banyak2. insyallah, selalulah berdoa mintak Allah permudahkan urusan di dunia dan di akhirat.. mengadulah pada Allah.. :)

    ReplyDelete
  8. hadoiiiiii...kes parah ni...blh ker menerima seadanya????

    ReplyDelete
  9. setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya .. ada percaturan dari allah yg kita x ketahui .. bersabarlah kerana ini ujian darinya .. ;)

    ReplyDelete
  10. Dugaan kita berbeza-beza.Semua pasti ada hikmahnya.Hamdan perlu sama-sama membantu kot, supaya hutang tu segera langsai dan mereka dapat hidup aman bahagia.

    ReplyDelete
  11. moral of the stori?
    selidik dulu sblm kawin.muahaha

    apa yg pnting?
    kerjasama lps kawin.hehehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

 Visit My Album at