Sebelum berumahtanga mereka tidak pernah bercinta. Hanya sekali pernah bersua muka. Setelah tahu si gadis itu anak siapa.
Si pemuda segera memberitahu pihak keluarga. Akhirnya pinangan di terima. Setelah itu tibalah masa mereka hidup berumahtangga.
Segala cabaran hidup di hadapi bersama. Susah senang di lalui bersama tanpa sedikit pun keluhan. Bahkan pasangan ini bersyukur dengan apa yang ada. Hidup lah pasangan ini hingga lahir lah sepuloh orang anak. Dengan sabar mereka membesarkan anak2 mereka dengan penoh kasih sayang.
Setelah sekian lama. Anak2 pasangan ini telah meningkat dewasa. Hingga kesemuanya telah selamat berumahtangga. Dan kini pasangan ini menikmati saat2 kegembiraan bersama cucu2 tersayang. Cucu2 nya ini lah penyambung Warisan Keluarga.
Kini tiba nya usia tua. Si isteri telah sampai saatnya tidak boleh bangun,tidak boleh bercakap,dan tidak boleh melakukan apa-apa sekali pun. Hanya terlantar di tilam dengan harapan kasih sayang dari suami akan kekal hingga ke akhirnya. Jelas sekali kasih sayang suaminya ternyata tidak pernah luntur.
Setiap hari akan di mandikan isterinya. Setiap hari makanan akan di suap kan.Si suami tidak pernah mengeluh. Baginya..isterinya telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sempurna di matanya. Syukur juga kerana mereka telah membesarkan anak2 yang tidak lupa pada jasa kedua orang tua. Anak2 silih berganti membantu menguruskan si ibu.
Sampai waktunya si isteri pergi buat selama lamanya. Tangisan anak2 kedengaran di setiap sudut. Si suami dengan tenang dan menerima pemergian itu dengan penuh redha. Setelah segalanya selesai...si suami tersenyum.
Senyuman si suami bukan kerana ada nya peluang untuk berumahtangga sekali lagi. Tetapi senyuman si suami itu tadi kerana ....beliau telah menunaikan janjinya akan memberikan kasih sayang sepenuh hati dan menjaga isterinya dengan sebaik mungkin hingga ke akhir hayat.
Tags:
Kisah Masyarakat
eermm...org dulu2
ReplyDeleteZaman Mak bapak aku dulu ...
ReplyDeletekisah masyarakat...macam2 cerita ada.
ReplyDeletehmmm.....
ReplyDeletesebagai rambut,
tersimpul mati......
hai dancing mermaid :)
ReplyDeleteredhakanlah pemergiannya dalam erti kata yg sebenar-benarnya... serahkan hati mu kepadaNYA.. insyaallah DIA tak pernah melupakanmu.. dan DIA akan menggantikan segala yg kau hilang dengan yg lebih baik.
ReplyDeleteermm...
ReplyDelete