Leman


Jam sudah menunjukkan tepat jam 12.00 tengah malam. Selepas pekena teh "O" di warong aji Jumrik,Leman menyatakan hasrat mahu pulang saja....lg pun aji Jumrik nk tutop dh warong nya,lewat malam dah pun. Agak lama juga Leman melapok sambil jual temberang di warong itu.

Rumah Leman tak la jauh sangat...lebih kurang 500 meter saja jaraknya dengan warong aji Jumrik. Jadi Leman hanya berjalan kaki saja. Malangnya sesampainya saja Leman di depan pintu rumahnya...baru si Leman sadar,kunci rumahnya tertinggal di warong aji Jumrik.

Segera Leman mengeluarkan henpon cap ayam nya....Leman cuba menalipon aji jumrik,mungkin aji Jumrik boleh mengghantarkan kunci itu. Nak berpatah balik ke warong tu Leman tak berdaya,malas betul rasanya. Sayangnya talian rangkaiannya tak berapa elok...dan mungkin juga kerana henpon cap ayamnya. Berkali kali Leman mendail namun tak berjaya.

Suasana yang sunyi di tengah malam itu membuatkan Leman semakin gundah...nak masuk rumah pun tak boleh. Angin sepoi2 yang bertiup dingin itu membuatkan hati Leman semakin kacau. Tiba-tiba telinga kirinya terasa satu hembusan lembut yang menaikkan bulu romanya. Segera Leman menoleh kekiri...dan terkejut besar Leman apabila ia mendapati satu lembaga berwarna kuning,besar lagi bulat perotnya dari perot si Leman.

Lembaga itu pun berkata....
"Numpang tanya pak. Tau ngak rumahnya itu kang Sudir..?"
"Masya'allah dari atas sampai bawah pakai warna kuning ni kenapa ?
ha lagi satu..kot ye pun bagi  la salaam" 
"iya pak maaf pak assallamualaikum"
"wa'alaikumsalaamm...."

1 Comments

Previous Post Next Post

 Visit My Album at