Kerana kau di ciptakan ....bukan untuk ku.



Ku lakukan segalanya untuk mu...
Segala kepayahan yang ku lalui itu demi untuk mu..
Ku lakukan itu semua tanpa sebarang alasan...
Dan aku tak pernah merasakan ianya satu bebanan...
Ku luangkan masa yang ada hanya untuk mu..
Ku kongsikan gelak tawa ku hanya untuk mu...

Ku simpan segala keperitan hidup ku...
Bagi ku itu bukan untuk mu...
Apa yang ku mahu hanyalah kegembiraan dalam hidup mu..
Segala yang ku lakukan penuh dengan keikhlasan..

Namun hati ini semakin layu....
Kerana kau tak pernah merasakan semua itu..
Segala yang ku lakukan....
Segala yang ku korban kan...
Bagai tiada erti...

namun aku tetap mendoakan akan kebahagian mu..
Aku bukan pahlawan...gagah berjuang..
hingga menjadi insan yang di segani dan di hormati..
Aku bukan insan seni...yang sering menjadi pujaan...
Aku hanya seorang insan biasa....
Seseorang yang sering memendam rasa...

Terima kasih atas kegembiraan yang kau berikan..
Walau hanya sebentar...ia cukup bermakna bagi ku...
Dan akan menjadi suatu kenangan yang cukup indah...
Ku terima segala ketentuan ini...
Kerana kau di ciptakan ....bukan untuk ku..

2 Comments

  1. mmg jiwang karat nih..
    kalo dh mmg xde jodoh..usaha mcm mn pun ttp x bersatu..tp kalo mmg dah tertulis jodoh tu ttp akan dtg wapun pun jauh beribu batu.huhu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

 Visit My Album at