Sepi di Tepi Tasik
29082025
Di hujung senyap tepi tasik,
Seekor angsa putih berdiri cantik,
Matanya redup menatap air,
Seolah menyimpan seribu takdir.
Wajah merah berkerut tabah,
Menunggu damai dalam lelah,
Batu-batu jadi teman setia,
Rumput hijau menghampar mesra.
Air keruh tak cermin wajah,
Namun ia tetap pasrah,
Diamnya bukan tiada rasa,
Tapi tenang memeluk dunia.
Oh angsa sunyi yang megah,
Kau ajar erti sabar dan indah,
Bahawa dalam diam yang dalam,
Ada puisi yang tak terucap dalam kelam.