Tanaman Cili F568

|


Hampir dua tahun aku menjalani kehidupan di kampung. Jauh dari kota metropolitan. Hutan batu yang sentiasa sibuk. Cewaahh...!

 Tak banyak masalah pun hidup di tanah kelahiran sendiri ni. Cuma sumber kewangan tu tak sama la mcm kita makan gaji dlu. Cukup bln dapat la sebanyak itu.


Tapi di kampung ni mcm2 kerja boleh buat. Kebebasan waktu kerja,bebas waktu rehat pun iya juga. 

Cuma pendapatan kewangan itu kita tak dapat secara terkumpul macam gaji bulanan. Tapi bila di kira secara berkhemah..... eh banyak...! Lebih dari gaji bulanan masa kerja makan gaji dlu. Kerja apa ja di kampung? Macam2....ambik upah meracun,membaja,potong rumput... kira lebih kepada perkebunan dan pertanian.

Di peringkat awal aku di kampung, aku memulakan tanaman cili. Cili besor sebanyak 500 pokok. Permulaan dalam percubaan. 



Agak susah juga nk jaga tanaman cili ni. Jenis Hybrid F568. Tapi aku cuba juga la belajar sikit2. Alhamdulillah berjaya juga jaga tanaman ni dari peringkat semaian sampai la kutip hasil.



Dapat juga sikit2 ilmu tanaman dari kawan2. Sedikit sebanyak tau la juga kawalan serangga macam mana, apa baja nk pakai, bacaan baja nya. Nak cerita dgn lebih detail tentang baja dan racun kawalan serangga ni...masih kurang mahir, jadi akan dtg lah cerita. 

 Ok bye :)

.

No comments:

Post a Comment