Cerita tentang ular. Ada bermacam jenis ular. Ada ular sawa,ular tedung,ular kapak,ular lidi dan sebagainya. Setengah daripadanya pula mempunyai saiz yang sangat besar. Ada juga yang kecil tapi berbisa. Tak kurang juga yang mempunyai corak dan warna yang menarik.
Ular Lidi kecil dan pantas tapi sayang tak boleh buat penyapu...walaupun namanya Ular Lidi. Ular Sawa tak kuat makan. Asalkan makanannya bersaiz besar sudah cukup untuk membuatkan dirinya kenyang untuk jangka masa yang lama. Tak perlu nak makan hari2.
Bermimpi di patuk ular pula sering kali di kaitkan dengan akan bertemu jodoh. Mungkin juga.... orang tua2 kata. Terpulanglah pada pandangan masing2. Walauapapun jalan ceritanya. Walau di mana pun kita berada. Ular sering berada di sekeliling kita.
Bezanya ular ini tidak ada bisa. Tapi bisa menyakitkan hati. Kerana ular yang ni ada kaki. Ia di panggil kaki ular. Mengapa....? kerana dia pandai mengular. Nah ini lah yang sering ada di sekeliling kita. Di tempat kerja atau di mana2 dalam sedar tak sedar....kehkehkeh.
Selalu kita dengar orang akan kata "dia kena patuk ular" bila seseorang itu mengalami kecederaan kecil atas serangan sang ular. Bukan kah ular itu ada gigi taring. Dan ular tidak mempunyai paruh seperti burung atau ayam untuk patuk mematuk.
Jadi soalan seterusnya: Ular mematuk atau menggigit....? (nah...! soalan lagik)
Jawapan yang di huraikan dengan ringkas dan padat bagi soalan tersebut akan menerima Ucapan Tahniah juga :) Hadiah besor2 tak de ekekkekee.
Tags:
teka teki
a'aa kan.. tiba2 terkompius plak..
ReplyDeleteaah betul tu.tapi cara ular menyerang tu die patuk mangsa.macam ayam patuk beras..hahahaaa..
ReplyDeletebtw salam kenal.done follow awak..
http://azlyiejah.blogspot.com
hmmmm sambil berpikir nih... nk kene cari dlm kamus ke nih ek... selalunyer org tulis di patuk ular... mungkin sbb cara dia mematuk tuh kot... heheheh
ReplyDeletesurrender lah
ni kena tanya cikgu sains..ular mematuk kena menggigit..tp klu tgk gaya dia serang mangsanya..mematuk la..kan dah jd cikgu sains plk..:)
ReplyDeletedigigit ular kot..hehe...
ReplyDeletedisebut patok bkn sbb punya paruh mcm burung tp cara patokan tu mcm burung. ular patok pun dah trs kuarkan taringnya kot, tu pasal bila kena dah berdarah sbb taringnya yg bisa tu la. kot la kan..tu apa yg aku pikir..jwpn lain cikgi tanye ank murid lain yer cikgiii.....
ReplyDeletehaishh mmg xblh bab2 ular ni..geli..hihi
ReplyDeletedia patuk guna lidah dia kut....hahahhaa...ular ada gigi tp gigi tu gigit mangsa nnt ada kuar cecair bisa supaya mangsa lemah
ReplyDeletepandai2 jer...ker tgk kat National geographic
ular menerkam.haha
ReplyDeleteHahaha...
ReplyDeleteJap Jagau .. Nak guna talian hayat pakcik google.. :)
erm.. konpius jugak bila baca..Hee..
ReplyDeletepatuk dengan ular mmg sinonim..tak akan gigit kot..
xpun, membibir...sebab ular ada bibirkan..? hahaha
heheh tapi kalau org tanya nurul jawab digeget sama ular.hahaha
ReplyDeleteyang mengular2 betul kot.hehe
mematuk lah kot....
ReplyDeleteok try ja ..kalau serang musuh ular akan mematuk tapi kalau nak makan binatang kegemaran ular spti tikus, ular mengigit dan takkan lepaskan hingga perlahan ditelan apabila binatang tu dah lemah. KJ tak tahulah kalau ada jawapan lain, biasa KJ kita ni ada KBKK...)
ReplyDeleteuiii geli lah citer psl ular. patuk kot slalu org sebut.
ReplyDeleteHahaha..ular mmg ada d sekeliling kita. Skang ni pun CiM sdg brsiaran dgn telefon selULAR
ReplyDeleteehhh aku jawab geget arrr...kira toll lah jawapan aku2.hahaha..geil aku ngan ular..aku pelik siapa yang boleh pegang ularnie..kental sungguh jiwa tuh..yakkk!
ReplyDelete