AtanAryan Kemalangan

AtanAryan. Mungkin ada yang masih ingat nama ini. Dan mungkin juga ada yang tidak mengenali siapa beliau. Tapi penggemar irama2 rock kapak pasti mengenali siapakah dia. Beliau adalah vokalis bagi kumpulan Aryan yang pernah popular dengan lagu Baiduri Cintaku pada suatu ketika dahulu.

Beberapa minggu yang lalu...pada 19 March 2013,beliau telah mengalami satu kemalangan. Cewaaahh..! udah macam orang surat kabo je aku nulis.....kohkohkoh. Yup...bro atan kemalangan. Mengalami kecederaan pada tulang rusuk.

3 keping tulang rusuk beliau mengalami keretakan. Semoga cepat bro....Amiiinn.

Dan sekarang beliau telah keluar dari hospital dan berehat di rumah untuk beberapa waktu sehingga beliau pulih.  Aku sempat juga melawat bro Atan ni semasa di Hospital. Pada masa yang sama ramai juga peminat2 beliau yang juga merupakan peminat2 irama rock kapak....datang melawat.

Sempat juga depa ni begambo. Aku pun tumpang je lah barang sekeping gambo kat situ....hehehee. Teringat aku zaman2 rock kapak aku suatu masa dulu. Oh...!  nostalgia sungguh haih..!



Dalam pada tu...aku pun menyelit lah juga begambo.....kohkoh.

Selain dari lagu Baiduri Cintaku,lagu yang berjudul Kepastian Abadi juga menjadi lagu yang aku minati. Syahdu...jiwang karat aku jadinya dengo lagu tu.



Boleh Juga KLIK SINI untuk mendengar sekurang2nya 10 buah lagu dari Kumpulan Aryan.

Dua buah lagu hasil ciptaan beliau dengan kerjasama Kerasma Mkas untuk Music Aranggment yang di nyanyikan oleh aku sendiri (senyum2...ah..! basah lagi ) Ia adalah sekadar koleksi peribadi. Tidak di keluarkan di mana2 pusat penyiaran radio. 

Antaranya ialah lagu Kerna Kau Satu Dalam Seribu. Aku suka betul lagu ni....heheheee
Kerna Kau Satu Dalam Seribu


Lagu kedua yang aku cuba nyanyikan hasil ciptaan beliau. Lagu Terungkai Satu Siksaan....agak lari sikit...sbb rasa mcm nak putus je urat kentut aku nyanyi lagu ni. Tak boleh nak tarik wooo....


Banyak sebenarnya lagu2 ciptaan beliau yang ada skrng ni tapi beliau lebih senang menjadikannya sebagai koleksi peribadi dan kebanyakan nya hanya di muat naik di facebook beliau saja.

Walauapapun jua. Saya mendoakan Bro Atan cepat sembuh dan dapat bekerja semula seperti biasa. Dan dapat mengilhamkan lagu2 yang ada bait2 kata yang meruntun jiwa. OK babaaiii...

20 Comments

  1. semoga cepat sembuh...erk..yg dalam gambor tu, ce kabo yang mana satu KJ...

    ReplyDelete
  2. Bila tengok gambar tu kan..
    Macam kemalangan tu bukan jadi sekarang......
    Rambut masih macam zaman rock kapak kan memasing....
    Semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  3. semoga beliau cepat sembuh...saya ni kenal lagu jer...tapi orangnya memang x ler... he he he...

    ReplyDelete
  4. memang rock habis la.papepon moga beliau cepat sembuh.

    ReplyDelete
  5. alamak, solehah xlayan la lagu cmni jagau. adeyhhh

    ReplyDelete
  6. Sampai sekarang saya masih suka lagu2 rock kapak, apa lagi jika rima hard rock...

    ReplyDelete
  7. hmmm..x kenal sgt kumpulan tu...
    moga dia cepat sembuh
    ramai yg ziarah dia....

    ReplyDelete
  8. huh mak ai...maintain lg dressing rock kapak tu....apa2 pun semoga beliau cepat sembuh.... :)

    ReplyDelete
  9. weyh.. zaman bila ni...? rock oooo..... kohkoh...ko yg ber'key tu ke jagau ?? tak berapa cam la pulak muka ko.. kohkohkoh...

    ReplyDelete
  10. semoga beliau cpt sembuh..xnmpak pun muka jgau.haha

    ReplyDelete
  11. semoga beliau cepat sembuh..aku tgk gambar ni terus teringat filem Rock oooo

    ReplyDelete
  12. semoga beliau cepat sembuh..

    takjub hokeh masih ada orang boleh bawa fesen rambut baju mcm ni di zaman moden bgni...fuh! tabik

    ReplyDelete
  13. rambut yg kembang2 tu mmg ori ke eh..
    hihih

    ReplyDelete
  14. alah tak dapat nak tengok video tu..

    ReplyDelete
  15. rock kapak beb!! wahhh jagau dkalamgan mereka. CiM tk kenalla, tp tanya en.hubby diapun jwb
    "baiduri cintaku"....

    wah, nmpknya sezaman ngan hubby CiM ni

    ReplyDelete
  16. moge cepat sembuh. rock ooooooo. :)

    ReplyDelete
  17. moga sepat sembuh..mak aii semuanya rockers..huhu

    ReplyDelete
  18. Salam KJ's..
    Huhu..kurang mengenali beliau.. kena google ni..
    semoga beliau cepat sembuh.

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah sekarang bro Atan dah semakin sembuh.. elok je bro Atan snap pic pastu upload kat fb, hehe..

    ReplyDelete
  20. semoga cepat sembuh..baru lepas tengok cerita rock u..rindunya zaman dulu..even masih baby pung..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

 Visit My Album at