Sayu hati Awang apabila mengingatkan kembali kisah kehancuran rumahtangga nya. Usia perkahwinan yang sudah mencecah 15 tahun....di seri kan dengan 3 orang cahaya mata...namun kini dia redha,mungkin jodohnya bersama Maznah hanya setakat itu saja.
2 tahun sebelum penceraian itu berlaku.... Maznah meminta izin untuk bekerja di sebuah restoran. Pada mulanya hasrat Maznah mahu meringan kan beban tanggungan Awang yang hanya bekerja sebagai pemandu lori. Dengan rela hati Awang membenarkan nya. Dan di sini lah bermula episod RETAK dalam rumahtangga mereka.
Maznah terpedaya dengan janji manis dari seorang lelaki yang sering datang ke restoran tempat dia bekerja. Lelaki itu sudah berumahtangga,dan dia sering mengadu nasib kepada Maznah...sering menceritakan kekurangan isterinya. Tidak seperti Maznah yang sering di pujinya kerana bentuk badan bagaikan si anak dara walaupun sudah ber anak 3.
Kerana sering di puji,akhirnya Maznah lupa diri....kini sudah jatuh hati. Si lelaki berjanji akan melepaskan isterinya dan mengahwini Maznah asal saja Maznah sudah bergelar janda. Maznah buat perangai gila. Lupa diri ...lupa dunia. Tidak hormat lagi pada suaminya kerana inginkan status janda. Si Awang sedar...dia tiada rupa....dia cuba bersabar,dan menasihati akan isterinya....namun segala usahanya sia2.
Awang tidak dapat lagi bersabar...dan akhirnya,perceraian pun berlaku. Maznah membawa ketiga tiga anaknya meninggalkan Awang sendirian bertemankan si air mata. Kemana pergi tiada berita,Maznah pergi meninggalkan nya begitu saja. 8 bulan selepas itu,Awang bertemu jodohnya....lalu mendirikan rumahtangga. Sedikit sebanyak....ia mampu mengubat luka.
Setelah hampir dua tahun Awang tidak mendapat berita dari bekas isterinya. Suatu hari,si Awang singgah di sebuah gerai menjual goreng pisang. Terkejut Awang apabila dia mendapati si penjual itu adalah Maznah....bekas isterinya. Mahu saja menitis air mata Maznah apabila melihat seraut wajah yang ada di depan nya. Maznah menceritakan segala galanya kepada Awang.
Kisahnya si lelaki yang mahu kan Maznah dulu tidak menerima kehadiran anak2 Maznah. Sedangkan Maznah mana mungkin akan meninggalkan anak2nya. Dan akhirnya cintanya dgn lelaki itu putus begitu saja. Demi meneruskan hidup...Maznah menjual goreng pisang di tepi jalan. Maznah sudah tidak bekerja di restoran itu lagi kerana malu dengan rakan sekerja.
Mahu saja Maznah kembali ke pangkuan Awang. Tapi Awang sudah berumahtangga...mana mungkin isterinya yang sedia ada itu mahu bermadu. Namun Awang berjanji akan membantu memberikan sumber kewangan untuk anak2nya. Dan di saat Awang melangkah meninggalkan gerainya....saat itu juga lah gugurnya satu persatu titisan air mata penyesalan Maznah yang tersimpan.
Tags:
Kisah Masyarakat
Bukan penyesalan...tapi ambil pengajaran...
ReplyDeletemudah terpedaya..mudah lupa diri akibat pujian..akhirnya diri sendiri yg merana
ReplyDeletesama-sam kita ambil sebagai pengajaran
ReplyDeletehmmm... berfikir sebelum bertindak . sayangkan perkahwinan yang kita bina tu.... sayangkan anak - anak yang masih kecil untuk menerima sebuah perpisahan~
ReplyDeleteeeiyss dah folo sini... tengs ziarah teratak siFAQIR 'ilmu
ReplyDeleteThank's to Aine Ainun,Diana,Whitecappuccino,dyabunga and eeiyss.
ReplyDelete(^__^)slmt petang semua...moga ceria2 selalu yee...
Hurmmm..camne nak komen ni Jagau ..
ReplyDeleteNi namanya.. Yang di kejar x dpt, yang di kendung berciciran..
huhuhuuuu...
ReplyDeletepenyesalan yg tiada guna lagi....
ReplyDelete