Sama ada kita sedar atau tidak....ada berlaku di antara kita dalam keghairahan di alam cyber....pelbagai laman sosial yg sedia ada membuatkan kita kadang2 lupa siapa diri kita. Sudah berumahtangga...sudah ada anak...tapi terlupa seketika takala melayari laman2 web sosial. Gembira rasa di hati bila melihat si dia yang di tunggu2 sedang on9. Terlupa seketika yang si dia itu suami/isteri orang. Kerana sedikit kemesraan yang di cari.
Anda perlu sedar....saat bilakah penyakit ini mula datang pada anda. Yang belum berumahtangga agak sukar nk dapat penyakit ni. Tp bagi mereka yang telah berumahtangga,sama ada baru atau pun lama...virus ini mudah merebak. Kamu sering kelihatan mesra di laman sembang bersama si dia,suatu hari kamu lihat si dia mesra juga dengan yang lain....perasaan cemburu mula timbul sedikit demi sedikit dalam diri. Nah...! kamu sudah ada sedikit perasaan cinta pada si dia. Itu akan membunuh kamu jika tidak di rawat..
Segeralah kamu pejam kan mata...renung kembali,fikirkan di mana silapnya. Jangan kerana sedikit keistimewaan yang ada pada si dia...kamu lupa pada seribu keistimewaan yang ada pada pasangan hidup kamu. kembali lah semula ke arah cita2 kamu yang lalu....cita2 ke arah rumah tangga yang bahagia,yang pernah kamu impikan dahulu.
Pastinya kamu dan pasangan kamu suatu ketika dahulu pernah berjanji akan saling berkongsi hidup dan berjanji akan melaksanakan tanggung jawab masing2 dengan sebaik2 nya....baik dari zahir mahu pun batin. Sedia menerima segala keadaan.... baik susah mahu pun senang. Sikap bertolak ansur antara satu sama lain mampu menghindari perselisihan faham. Perlu sama2 ingat...kesenangan dalam hidup belum tentu kan kekal lama...kepayahan dan keperitan hidup pula adakalanya memberi seribu kenikmatan.
Alam rumah tangga itu berada pada satu perjalanan yang panjang. Dan di sepanjang perjalanan itu lah masing2 perlu ada kekuatan dalam mengharunginya. Di sepanjang perjalanan itu juga masing2 perlu membuktikan kekuatan dan keteguhan cinta pada pasangan kamu....andainya kamu dan pasangan mu kuat bersatu dalam mengharungi segalanya....insya'allah... kebahagiaan milik kalian hingga ke akhir hayat.
Tags:
Motivasi
walau suka on9...my hubby tetap no1...
ReplyDelete