Anita Sarawak

Anita Sarawak (lahir 23 Mac 1952) atau Ithnaini binte Mohd Taib merupakan seorang penyanyi kelahiran Singapura, yang pernah menerima anugerah dari "Asian Entertainment Establishment" kerana perkhidmatannya kepada industri hiburan. Selain daripada banyak anugerah piring emas yang diterimanya, Anita pernah juga dipilih sebagai 'Dewi Utama' (The Top Diva) di Asia.
Dilahirkan kepada seorang penerbit filem dan pelakon terkenal dan ibunda yang merupakan seniwati filem Melayu yang mashyur iaitu Allahyarham S. Roomai Noor dan Allahyarhamah Siput Sarawak. Ibubapanya berpisah apabila Anita berusia sembilan bulan. Dia merupakan anak tunggal hasil perkahwinan Roomai Noor dan Siput Sarawak, walaupun mempunyai 15 adik beradik angkat, termasuk pelakon dan bekas model terkemuka Noor Kumalasari. ~sumber: Wikipedia~


Post a Comment

Previous Post Next Post

 Visit My Album at