Spesifikasi WATER PURIFIERS DELUXE

|

PERFECT FOR PROFESSIONALS

Sahabat yang sempurna untuk di tempat kerja.
Dilengkapi dengan sistem penapisan 6-peringkat.





1. Direka untuk tempat kerja
2. Penapisan 6-peringkat dengan 4 penapis
3. Tangki air keluli tahan karat
4. Ciri keselamatan kunci kanak-kanak
5. Dulang air boleh di tanggal 
6. Pembersihan mudah
7. Penunjuk air panas dan sejuk

Outright RM 4245.28   
Rental RM 122.64 / month

BUY NOW - BELI SEKARANG

Spesifikasi



ModelCUCKOO DELUXE
Filter Steps6-Stage Filtration with 4 Filters
Filter & Replacement PeriodSediment FilterEvery 4 Months
Pre-Carbon FilterEvery 8 Months
Natural FilterEvery 12 Months
Nano Positive FilterEvery 12 Months
Tank CapacityCold 2.8L
Hot 4.0L
Purified (Standby Tank)5.3L
Power ConsumptionCold 120W
Hot 500W



Read more ...

Kisah beli lauk di bazar Ramadhan.

|

Kisah beli lauk di bazar Ramadhan.

Pernahkah anda sedar atau memerhatikan cara penjualan lauk pauk di bazar Ramadhan? Atau korang main beli ja. Katakan sayur masak kuah....kalau beli RM2.00 banyak mana? Kalau RM3.00 banyak mana? Kalau RM4.00 banyak mana? Cara sukatan mereka tu macam mana? Yang aku sedar dan jelas kebanyakan rata2 main agak2 gitu ja.

Sekadar bercerita sedikit sebanyak yang dapat aku lihat. Tak ku ceritakan gerai yang mana? Setiap kali ke bazar Ramadhan membeli lauk,aku buat rotation bagi setiap gerai yang menjual lauk yang kena dengan tekak aku. Maknanya gerai yang sama aku akn singgah beli untuk tempoh selang dua tiga hari.

Pembelian pada hari pertama, aku menonong singgah pada peniaga lauk pauk. Dan aku nak beli lauk paru masak kicap sambal, aku di tanya "nak berapa ringgit?" Aku terdiam kejap,sebab mikirkn RM2 banyak mana? RM3 banyak mana? RM4 banyak mana? Sample pun tak ada ni. Okey lah...aku kata "bagi rm2" Aku perati la...berapa senduk dia nak bagi. Nampaknya dua senduk setengah. (senduk kecik ja)

Selang beberapa hari aku ke gerai yang sama,dan membeli lauk yang sama. paru masak sambal,aku di tanya "nak berapa ringgit?" aku kata "bagi rm3" Aku perati betul2...berapa senduk dia nak bagi. Nampaknya dua senduk setengah juga. (senduk kecik ja

Selang beberapa hari kemudian aku ke gerai yang sama juga,dan membeli lauk yang sama. paru masak sambal,seperti biasa aku di tanya "nak berapa ringgit?" aku kata "bagi rm4" Aku perati betul2...berapa senduk dia nak bagi. Nampaknya dua senduk setengah jugak....kahkahkah. (senduk kecik ja)

Hari2 yang seterusnya aku bila nak beli... aku cuma kata "RM2 jaa" Bukan gerai tu ja....gerai yang lain2 pun begitu jugak, boleh kata semua main agak2 ja kihkihkih. Masakan sayur berkuah contohnya.... RM2 ke RM4 macam tak ada beza ja... nampak mcm sama banyak kikikii. 

Apa2 pun selamat berniaga kepada semua. Semoga kita semua di limpahi rezeki yang mencurah curah...amiiiin.


Read more ...

Sunset di pinggir sawah

|

Gambar di tepi rumah saja. Shoot pakai phone ja. Tarikh 06102018 waktunya nak dekat maghrib dh ni, Simpan sini untuk perkongsian tatapan
Read more ...

Tanaman Cili Fertigasi

|

Bukan nak cerita bagaimana cara tanaman cili fertigasi. Kalau nak cerita cara2 penjagaan tanaman ni mau sampai ke esok aku naip tak sudah hehehee.

Sekadar menempel kan gambar kenangan untuk di kongsi bersama. Tanaman cili ni kalau menjadi memang lumayan,kalau tak menjadi...menangis tak berirama woooo....hohohooo




Read more ...

Pondok kecil dan nelayan

|


Ini adalah pondok pertama yg aku sendiri buat dgn menggunakan ikatan skru.

Boleh di tanggalkan satu persatu.  Semua bahagian aku siapkn di rumah,sesudah siap....aku buh ja dalam keta sebatang2 senang.

Sampai di kebun aku pasang sendiri. 

Gambar ni simpan sini,dalam phone penuh dah. Untuk kenangan saja. Gambar guna talipon cap ayam saja. Banyak lagi gambar nk bubuh ni.


Ini gambar tak de kena mengena ngan kebun lah. Penat dok tengok kebun ja....aku lari la sat pi bagan.tempat kwn aku kerja situ. Kerja menaikkan ikan. Kebetulan masa aku sampai tu ada satu bot nelayan baru sampai jugak. Jadi shoot la sekeping guna talipon ja.

Dah tu ja...k bye :)


Read more ...

Tanaman Cili F568

|


Hampir dua tahun aku menjalani kehidupan di kampung. Jauh dari kota metropolitan. Hutan batu yang sentiasa sibuk. Cewaahh...!

 Tak banyak masalah pun hidup di tanah kelahiran sendiri ni. Cuma sumber kewangan tu tak sama la mcm kita makan gaji dlu. Cukup bln dapat la sebanyak itu.


Tapi di kampung ni mcm2 kerja boleh buat. Kebebasan waktu kerja,bebas waktu rehat pun iya juga. 

Cuma pendapatan kewangan itu kita tak dapat secara terkumpul macam gaji bulanan. Tapi bila di kira secara berkhemah..... eh banyak...! Lebih dari gaji bulanan masa kerja makan gaji dlu. Kerja apa ja di kampung? Macam2....ambik upah meracun,membaja,potong rumput... kira lebih kepada perkebunan dan pertanian.

Di peringkat awal aku di kampung, aku memulakan tanaman cili. Cili besor sebanyak 500 pokok. Permulaan dalam percubaan. 



Agak susah juga nk jaga tanaman cili ni. Jenis Hybrid F568. Tapi aku cuba juga la belajar sikit2. Alhamdulillah berjaya juga jaga tanaman ni dari peringkat semaian sampai la kutip hasil.



Dapat juga sikit2 ilmu tanaman dari kawan2. Sedikit sebanyak tau la juga kawalan serangga macam mana, apa baja nk pakai, bacaan baja nya. Nak cerita dgn lebih detail tentang baja dan racun kawalan serangga ni...masih kurang mahir, jadi akan dtg lah cerita. 

 Ok bye :)

.
Read more ...

Selamat Hari Ibu

|


Selamat Hari Ibu. Mak dah lama tak ada.....Al-Fatihah.
Tapi tak kan lupa sampai bila2. Masakkan mak ....masak apa pun sedap.
Goreng telur makan dengan kicap pun sedap. 
Read more ...