Theme images by MichaelJay. Powered by Blogger.

04 January 2014

Resepi: Udang Masak Cabai

 
Udang masak sambal la tu. Penyediaan yang sangat mudah. Seperti biasa la...orang bujang punya stail masak. Khas untuk yang nak cepat siap. Cepat makan. Senang nak buat kerja lain pulok kan. Ok kita mulakan ye.

Bahan-bahannya adalah seperti berikut:
Udang...ikut la banyak mana nak,aku masak cukup2 untuk dua orang makan je.
Cili giling...beli ja yang dok ada di jual di kedai2 runcit yang berhampiran.
Gula dan Garam secukup perasaan tekak korang lah.

Tapi kalau nak sedap seeloknya guna cili basah kering yang telah di rebus,dan di blender bersama bawang putih dan merah. Kalau nak lebih nikmat rasa dia...jangan blender...guna batu giling tu. Tu pun kalau rajin nak buat macam tu.

Haaa ni aku tunjuk cara mudah ja. Panaskan minyak,tumis bawang dan masukkan ja cili giling tu... gaul2 sikit... tambah air sikit... agak2 cair2 pekat yang mampu mata terpesona memandang... cukup la kan. Masuk kan ja udang yang telah siap di bersihkan. Masukkan garam dan gula mengikut sukatan tekak pada yang nak makan. Gaul2... dah siap di hidang.


Tuu dia gambar sejak dari dalam periuk lg aku shoot. Tak pa la kan... aku bukan nya Masterchef pun nak letak dalam pinggan bunga2 bagai... buh lagu tu ja. Nama pun cara mudah ja kan. Sesuai pada yang bujang2 tu. Nak cepat siap,cepat makan. Kumpum sedap...tak caya,cuba la. 


Tajuk gempak. Bila klik. Alamak...!

Salam di tengah malam...
tak ada cerita menarik...
sekadar nak meluahkan perasaan je....

Cerita yang di tulis lain...
Klik pada link yang di beri...kuar menda lain..
Kadang2 tertekan jugak perasaan aku...huhuuuu

Dah...tu je...Selamat Malam.
Hahahaa hadoooiii....



03 January 2014

Aku punya cerita dua hengget

 
Menjalani kehidupan seharian yang indah bersama peneman setia ku,sebuah motosikal Modenas. Adakalanya bisa mengalunkan nada kriuuk.. kriuuk.. pada rantainya,owh sungguh syahdu. Tapi nyanyian itu sudah tidak kedengaran lagi. Kerna sudah di tukar dengan rantai yang baru. Atau dalam kata2 yang lebih senang nak di sebut....aku dah tukar rantai baru kehkehkeh.



Bukan ada cerita menarik apa pun. Saja gatal tangan nak menaip. Kira tengah dok bagi melatih jari jemari ku untuk melancarkan lagi patukan ayam pada keybord seken hen aku nih. Kelajuan dan speed sekarang sudah ada peningkatan dalam 10% la pada jangkaan aku kihkihkih.

Kudin: ko citer apa nih?
Aku: citer pasal menaip.
Kudin: dah2...dari ko dok merapu melelong ntah hapa2,
baik kita pekena mee sup kedai depan surau tu.
Aku: aku ada 2 hengget ja ni...
Kudin: ko tiap2 hari pun 2hengget ja yang ada.
Aku: ngeeee ^__^ (sambil menunjukkan wajah meraih simpati)
Kudin: aku bayar laaaa..
Aku: yang ni aku sukaaa :D

Handphone Giveaway by Syuhada1981.com

 

Handphone GiveAway by Syuhada1981.com


Klik Banner Untuk Join!

Salam sejahtera..

 Handphone Giveaway by Syuhada1981.com   akan berlangsung selama sebulan iaitu dari 1hb Januari - 31hb Januari 2014.


Syukur


Menjalani kehidupan seharian yang penuh dengan tugasan kadangkala terasa seakan satu tekanan. Cuaca yang tidak menentu juga adakalanya menyesakkan nafas. Namun aku besyukur kerana masih lagi di beri izin menghirup udara segar di muka bumi ini. Segala nikmat yang ada di muka bumi ini adalah milik yang maha esa.


Alhamdulillah segala tugasan yang di beri,dapat di laksanakan. Esok tugasan baru pula menanti. Tidak kira apa jua keadaan cuaca yang akan melanda di esok hari,panas atau hujan. Ucapkan syukur dengan nikmat yang di beri. Bukan ikhlas di mulut tapi ikhlas di hati. Selamat malam semua.....sebelum tidur,cuci kaki. (pesan orang tua2 tu)

02 January 2014

Pekena Ruti Arab jum

 
Cuaca cantik...redup dan mendung. Satu gabungan yang mantop tu. Cuaca cantik pertang2 macam ni kalau pekena Ruti Arab sedap woooo. Jum pekena ruti arab petang ni. tau ruti arab tu apa? nah tengok gambo di bawah.


Nah ini lah dia  namanya Ruti Arab. Gambar ini adalah hasil pencarian aku kat google imej ekekekee....pinjam je lah,boleh kot. Ini ruti arab kalau cicah kuah kari...peeeeergh...! maaarbeles wooo....hohohohooo. Pehtu kena teh tareeek. waduuuhh...! waduuuhh..syiok wo... ok byebye aku nk pegi pekena Ruti Arab.

Kembali menggamit memori

 
Hari ini bermulanya alam persekolahan. Kesibukan pada sebelah pagi mula terasa. Anak2 berwajah ceria.

Aku teringat zaman aku sekolah dulu. Banyak beza sungguh. Sewaktu zaman sekolah aku dulu,aku dan kawan2 akan berbasikal beramai2 ke sekolah seawal jam 6.30 pagi.

Jarak perjalanan dalam 5 kilometer. Memang seronok masa tu. Mula berbasikal kesekolah sejak dari sekolah rendah lagi,masa tu baru darjah 3 ngko haaaa. Masa tu tgh top basikal BMX.

Tapi skrng susah nak nampak murid2 berbasikal ke sekolah. Terutama di kawasan bandar. Kalau ada pun,jumlahnya terlalu kecil.

Di waktu anak aku bersekolah rendah dlu,jgnkn nak tengok murid ke sekolah naik basikal. Di sekolah tu tempat letak basikal pun tak ada. Masing2 di hantar oleh ibu bapa. Paling tidak pun naik bas sekolah. Nampak jauh berbeza keadaan tu.

Time aku sekolah dulu,tempat letak basikal yang berbumbung tu,sepanjang bangunan sekolah...itu pun tak cukup tempat. Sampai ada yang parking terkeluar dari landasan tu...hehehe.

Eh dah panjang ni,nnt kita sambung lagi ye. Byebye.

01 January 2014

Apa yang anda lakukan di hari cuti?

 

 Di hari cuti hari ini 01/01/2014 apa yang anda lakukan di rumah. Memasak Mengemas Membasuh  Menyapu  Menyiram bunga Menebas rumput atau Malas nak berbuat apa-apa. 

Bagaimana dengan mereka yang telah berumahtangga...? Membantu isteri dari pelbagai sudut kerja di rumah.  Atau lebih kepada meluangkan masa belengkor macam Ular Sawa.

Bagaimana mereka2 yang masih bujang? Adakah anda lebih senang meluangkan waktu lapang begini  dengan merepair moto saja? Moto kasi cuci...lap,polish sampai berkilat. Petang mau jalan2 ka....? Yang ada awek sudah ada jadual...mau keluar pukul berapa?. Yang masih solo...duduk rumah baca surat kabo.

Biar apa pun yang anda lakukan. Biarlah yang ada kebaikan untuk diri anda dan mereka di sekeliling kita. satu lagi walau di mana kita berada,solat lima waktu jangan kita lupa. Peringatan untuk diri sendiri juga tu.  Sekian...! 

7 easy life hacks you can try for an awesome 2014 CLICK HERE
There is definitely more to this than a typo, right? CLICK HERE

Permulaan Diari Hari Ini

Permulaan yang baik untuk pagi ini,tapi masih lagi seperti biasa. Bangun pagi...ke kedai kopi,kena ruti canai kuah kari...bukak henpon login FB. Ok tak ada cerita menarik. Bukak paper ni...ceritanya begini. Bukak paper tu..ceritanya begitu. Macam2 cerita...pusing2.

Tengahari masak macam biasa goreng ikan kembong je. Tapi masak ni time cuti je. Kalau time kerja memang tak cukup masa. Tapi faktor utama kemalasan lebih menguasai diri hehehe. Penat la balik kerja lagi nak siang2 ikan bagai. Beli je lah senang kan,tp kalau nak jimat,jangan selalu begitu.

Satu tips yang aku gunakan. Nak senang beli ikan agak banyak sikit. Jangan banyak sangat. Agak mencukupi bekalan tuk 3 atau 4 hari kira ok la. Lama sangat simpan pun tak sedap juga ikan tu nanti. Siang semua sekali...dah siap,simpan dalam peti esbok. Jadi senang...nk makan nanti tinggal goreng je. OK siap dah...byebye.

Permulaan Tahun Baru 2014

 
 Alhamdulillah. Telah masuk hari pertama tahun baru 2014. Hari ini 01/01/2014 Kepada yang menyambut hari kelahiran pada tarikh ini,saya ucapkan Selamat Hari Lahir. Tak lupa juga kepada mereka2 yang meraikan hari ulang tahun perkahwinan mereka pada tarikh ini...Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan.

 Kepada yang belum berkahwen. Selamat membujang...usaha lebih sikit ye. Semoga tahun ini dapat menamatkan zaman kebujangan itu. OK..berbalik kepada cerita kassim Selamat Tahun Baru.

 Cerita di sebalik Ambang 2014. Ye pastinya ada pelbagai cerita. Tak perlu di tulis lagi kerana kita telah di sebarkan dengan pelbagai maklumat dan cerita di laman2 sosial dan Media. Ada yang betul dan ada juga yang kasi pusing2 cerita.

 Buka mata...buka minda. Ada akal... fikir sendiri. Marilah kita bersama-sama...memperbaiki diri.  Sekian dahulu..entry pertama ku ...1 january....jam 2.30 pagi.  Assalamualaikum...!


There is definitely more to this than a typo, right? CLICK HERE
Want to buy a new pet? Adopt one instead to save these lives...CLICK HERE

Interested for our works and services?
Get more of our update !