Blog Archive

Theme images by MichaelJay. Powered by Blogger.

24 December 2014

Bridal Collection Shoot With 30 Top Model

Talent #1
Event: Eryzal Edry
Model: Syahira Mahmood
MUA: Amin Noor
Busana: D'Budget Perkahwinan


23 December 2014

Kuala Lumpur Bike Week 2014 #1

 
December 19 - December 20
Lanai Matic,Jalan Ampang,Kuala Lumpur, Malaysia
Video By Karukord Jagau's~Camera Handheld


20 December 2014

Sunset Di Bandar Klang

 
Tarikh: 02-12-2014
Masa: 06:59 petang

Balik dari kerja nmpk suasana menarik di situ.
Shoot guna henpon saja.  Editing untuk background muzik-Ella-Rama-rama




16 December 2014

Bila Hati Mula Berbicara

Bila kita suka...kita akan kata apa?
Mungkinkah kita akan kata suka...?
Mungkin juga kita cuma berikn ekspresi wajah yg kita suka.
Ada juga yang suka tapi dia tak tunjuk yang dia suka.
Ada juga yang suka tapi memang tak tau bagaimana nak bagitau yang dia suka.
Ada juga yang suka tapi selalu tunjuk macam alaaa....menyampahnya.
Ada juga yang cepat dan terus kata suka...tapi kadang2 sukanya tak lama.
Walau siapa pun kita...jangan semua benda kita buat ikut suka-suka hati kita ja.
Sebab tak semua benda yang kita suka...orang lain akan suka juga.
Tapi kalau kita jatuh cinta...itu tanda kita memang suka kat dia. Yang perlu kita tau...dia suka ke kat kita...?
Kalau dia tak suka macam mana? Haaa diam2 duduk...biar hati berbicara.
Pehtu ambik cermin..pelan2 cakap...
"Padan muka"
imej google

14 December 2014

Selamat Pengantin Baru Iqa Halim

 
Selamat Pengantin Baru buat penyampai berita ‪#‎nightline‬ ‪#‎TV3‬ Iqa Halim 
Danial Khoriri semoga berbahagia hingga hujung nyawa....amiiinn
14 December 2014



Manipulasi

Percubaan manipulasi...
Hurmm sayangnya gambar asal entah kemana.
Yang ni pun nasib aku ada up dlm Facebook.
Kalau tidak tak ada la koleksi manipulasi aku..
Hasil seni pada March 2014

Silhouette 06 April 2014

 
Silhouette 06 April 2014 di Jeti Bagan Datoh,Perak.
Bersama dua orang kawan aku. Ni kira peringkat mencuba cuba.

 



Ini la member aku yang ada masa tu.... tp ni bukan gambo silhouette ye.
Ni sesaja merapu... ghost effect katanya.

Labah-labah,Belalang dan Nyamuk

 
Labah-labah,Belalang dan Nyamuk
Shoot pada 30 April 2014

Masih menggunakan Macro Extension.
Pencarian labah-labah di sebelah malam.
Ada juga nyamuk sekor. Rabun kot dia. Dok senyap ja
Belalang pun ada sekor ja.






Labah Labah

 
Labah-labah
Shoot pada 19 April 2014 

Labah-labah ni kat pintu rumah je.
Hanya menggunakan Macro Extension.
Tapi susah juga nak shoot dia ni.
Tak reti duduk diam hehehee.
Sekali kena lampu speedlight...
haa bepinoor bigi mata. Comel kan.






Masjid Shah Alam

 
Masjid Shah Alam.
Ni percubaan pertama bermain dengan warna.
Shoot dalam bulan April 2014

13 December 2014

Sen Sen Di Mana La

 
Mata tak mau tido... haish,
Bukak youtube terjumpa pulok lagu ni.
Sepatah haram aku tak faham...tp syiok gak dengar.
Dengar punya dengar ada la sebaris ayat yang aku bole sebut.
Sen sen di mana la...? hahahaa sen sen aku ada... tapi idok la banyak..tapi hadooo

泣いてもいいんだよ/ももいろクローバ


21 November 2014

Selamat Hari Lahir Cikgu Adhadi

 
Salam satu malaysia.
salam juga buat semua... tidak kira di mana berada,di malaysia mahupun di luar negara.

Agak lama juga aku tak berblogging. Blogwalking mmg tak daya dah. Mungkin kerana
terlalu fokus pada bidang seni photo. Yups... mmg fokus sesangat... hecelemeekk...!

Ok cukup takat tu dulu pembuka kata. Tak perlu nak membebel panjang2.  Muntah ijo korang baca karang.

Selamat Hari Lahir Cikgu Adhadi.... yang ke...? eheem...ehemm
Siapa beliau...? ya beliau lah guru aku yang banyak belanja aku makan mengajar aku dalam bidang photo. Dan pada 20hb November.. adalah hari lahir beliau.


Inilah orangnya...insan yang banyak membantu aku mempelajari bidang seni photo. Tapi gambar ni di shoot oleh Kak Wita. Smart gambar ni. Sorry kak wita... ambik dulu,mintak izin kemudian...hehehee

Kepada yang berminat untuk mempelajari seni fotografi,boleh menghubungi dan melayari laman beliau di http://adhadi.com/ untuk dapatkan maklumat lanjut serta jadual kursus yang diadakan. Serius beb..sangat berbaloi.

Ok next time aku akan kongsikan serba sedikit kisah di sepanjang perjalanan aku naik moto LC ke kuala lumpur. Ahahaa bukan2.... bukan naik moto,kisah perjalanan aku dalam dalam bidang seni foto. Jangan la cepat melatah... saja nak kasi panjang sikit ayat....kuikuikui.

Akhir kata selamat maju jaya buat semua saudara2ku... dan sekali lagi Selamat Hari Lahir Cikgu Adhadi,selamat maju jaya dan tenang dalam menghadapi segalan rintangan.

*saya tak suka cheese cake...tp kalau org belanja makan... saya makan byk2 dan ucap terima kasih daun keladi,kalau boleh belanja la lagi ^_^

17 November 2014

Berabuk

 
lama sungguh x berblogging...
kan dh tersalah td. lom habis taip lg dh terpost...hahahadoooii

Ilang idea aku...nk tulis apa ntah td...kbai
isok2 je la sambung.. heheee

05 March 2014

Rabu Tanpa Kata



Klik untuk tumbesaran


Capture Time: 13:15:29
Capture Date: 03 March 2014
Location: Subang Jaya
Exposure: 1/120 at f10
Focal Lenght: 28mm
ISO Speed Rating: ISO 200
Model :Canon EOS 550D
Lens: EF-S18-55mm f/3.5

04 January 2014

Resepi: Udang Masak Cabai

 
Udang masak sambal la tu. Penyediaan yang sangat mudah. Seperti biasa la...orang bujang punya stail masak. Khas untuk yang nak cepat siap. Cepat makan. Senang nak buat kerja lain pulok kan. Ok kita mulakan ye.

Bahan-bahannya adalah seperti berikut:
Udang...ikut la banyak mana nak,aku masak cukup2 untuk dua orang makan je.
Cili giling...beli ja yang dok ada di jual di kedai2 runcit yang berhampiran.
Gula dan Garam secukup perasaan tekak korang lah.

Tapi kalau nak sedap seeloknya guna cili basah kering yang telah di rebus,dan di blender bersama bawang putih dan merah. Kalau nak lebih nikmat rasa dia...jangan blender...guna batu giling tu. Tu pun kalau rajin nak buat macam tu.

Haaa ni aku tunjuk cara mudah ja. Panaskan minyak,tumis bawang dan masukkan ja cili giling tu... gaul2 sikit... tambah air sikit... agak2 cair2 pekat yang mampu mata terpesona memandang... cukup la kan. Masuk kan ja udang yang telah siap di bersihkan. Masukkan garam dan gula mengikut sukatan tekak pada yang nak makan. Gaul2... dah siap di hidang.


Tuu dia gambar sejak dari dalam periuk lg aku shoot. Tak pa la kan... aku bukan nya Masterchef pun nak letak dalam pinggan bunga2 bagai... buh lagu tu ja. Nama pun cara mudah ja kan. Sesuai pada yang bujang2 tu. Nak cepat siap,cepat makan. Kumpum sedap...tak caya,cuba la. 


Tajuk gempak. Bila klik. Alamak...!

Salam di tengah malam...
tak ada cerita menarik...
sekadar nak meluahkan perasaan je....

Cerita yang di tulis lain...
Klik pada link yang di beri...kuar menda lain..
Kadang2 tertekan jugak perasaan aku...huhuuuu

Dah...tu je...Selamat Malam.
Hahahaa hadoooiii....



03 January 2014

Aku punya cerita dua hengget

 
Menjalani kehidupan seharian yang indah bersama peneman setia ku,sebuah motosikal Modenas. Adakalanya bisa mengalunkan nada kriuuk.. kriuuk.. pada rantainya,owh sungguh syahdu. Tapi nyanyian itu sudah tidak kedengaran lagi. Kerna sudah di tukar dengan rantai yang baru. Atau dalam kata2 yang lebih senang nak di sebut....aku dah tukar rantai baru kehkehkeh.



Bukan ada cerita menarik apa pun. Saja gatal tangan nak menaip. Kira tengah dok bagi melatih jari jemari ku untuk melancarkan lagi patukan ayam pada keybord seken hen aku nih. Kelajuan dan speed sekarang sudah ada peningkatan dalam 10% la pada jangkaan aku kihkihkih.

Kudin: ko citer apa nih?
Aku: citer pasal menaip.
Kudin: dah2...dari ko dok merapu melelong ntah hapa2,
baik kita pekena mee sup kedai depan surau tu.
Aku: aku ada 2 hengget ja ni...
Kudin: ko tiap2 hari pun 2hengget ja yang ada.
Aku: ngeeee ^__^ (sambil menunjukkan wajah meraih simpati)
Kudin: aku bayar laaaa..
Aku: yang ni aku sukaaa :D

Handphone Giveaway by Syuhada1981.com

 

Handphone GiveAway by Syuhada1981.com


Klik Banner Untuk Join!

Salam sejahtera..

 Handphone Giveaway by Syuhada1981.com   akan berlangsung selama sebulan iaitu dari 1hb Januari - 31hb Januari 2014.


Syukur


Menjalani kehidupan seharian yang penuh dengan tugasan kadangkala terasa seakan satu tekanan. Cuaca yang tidak menentu juga adakalanya menyesakkan nafas. Namun aku besyukur kerana masih lagi di beri izin menghirup udara segar di muka bumi ini. Segala nikmat yang ada di muka bumi ini adalah milik yang maha esa.


Alhamdulillah segala tugasan yang di beri,dapat di laksanakan. Esok tugasan baru pula menanti. Tidak kira apa jua keadaan cuaca yang akan melanda di esok hari,panas atau hujan. Ucapkan syukur dengan nikmat yang di beri. Bukan ikhlas di mulut tapi ikhlas di hati. Selamat malam semua.....sebelum tidur,cuci kaki. (pesan orang tua2 tu)

02 January 2014

Pekena Ruti Arab jum

 
Cuaca cantik...redup dan mendung. Satu gabungan yang mantop tu. Cuaca cantik pertang2 macam ni kalau pekena Ruti Arab sedap woooo. Jum pekena ruti arab petang ni. tau ruti arab tu apa? nah tengok gambo di bawah.


Nah ini lah dia  namanya Ruti Arab. Gambar ini adalah hasil pencarian aku kat google imej ekekekee....pinjam je lah,boleh kot. Ini ruti arab kalau cicah kuah kari...peeeeergh...! maaarbeles wooo....hohohohooo. Pehtu kena teh tareeek. waduuuhh...! waduuuhh..syiok wo... ok byebye aku nk pegi pekena Ruti Arab.

Kembali menggamit memori

 
Hari ini bermulanya alam persekolahan. Kesibukan pada sebelah pagi mula terasa. Anak2 berwajah ceria.

Aku teringat zaman aku sekolah dulu. Banyak beza sungguh. Sewaktu zaman sekolah aku dulu,aku dan kawan2 akan berbasikal beramai2 ke sekolah seawal jam 6.30 pagi.

Jarak perjalanan dalam 5 kilometer. Memang seronok masa tu. Mula berbasikal kesekolah sejak dari sekolah rendah lagi,masa tu baru darjah 3 ngko haaaa. Masa tu tgh top basikal BMX.

Tapi skrng susah nak nampak murid2 berbasikal ke sekolah. Terutama di kawasan bandar. Kalau ada pun,jumlahnya terlalu kecil.

Di waktu anak aku bersekolah rendah dlu,jgnkn nak tengok murid ke sekolah naik basikal. Di sekolah tu tempat letak basikal pun tak ada. Masing2 di hantar oleh ibu bapa. Paling tidak pun naik bas sekolah. Nampak jauh berbeza keadaan tu.

Time aku sekolah dulu,tempat letak basikal yang berbumbung tu,sepanjang bangunan sekolah...itu pun tak cukup tempat. Sampai ada yang parking terkeluar dari landasan tu...hehehe.

Eh dah panjang ni,nnt kita sambung lagi ye. Byebye.

01 January 2014

Apa yang anda lakukan di hari cuti?

 

 Di hari cuti hari ini 01/01/2014 apa yang anda lakukan di rumah. Memasak Mengemas Membasuh  Menyapu  Menyiram bunga Menebas rumput atau Malas nak berbuat apa-apa. 

Bagaimana dengan mereka yang telah berumahtangga...? Membantu isteri dari pelbagai sudut kerja di rumah.  Atau lebih kepada meluangkan masa belengkor macam Ular Sawa.

Bagaimana mereka2 yang masih bujang? Adakah anda lebih senang meluangkan waktu lapang begini  dengan merepair moto saja? Moto kasi cuci...lap,polish sampai berkilat. Petang mau jalan2 ka....? Yang ada awek sudah ada jadual...mau keluar pukul berapa?. Yang masih solo...duduk rumah baca surat kabo.

Biar apa pun yang anda lakukan. Biarlah yang ada kebaikan untuk diri anda dan mereka di sekeliling kita. satu lagi walau di mana kita berada,solat lima waktu jangan kita lupa. Peringatan untuk diri sendiri juga tu.  Sekian...! 

7 easy life hacks you can try for an awesome 2014 CLICK HERE
There is definitely more to this than a typo, right? CLICK HERE

Permulaan Diari Hari Ini

Permulaan yang baik untuk pagi ini,tapi masih lagi seperti biasa. Bangun pagi...ke kedai kopi,kena ruti canai kuah kari...bukak henpon login FB. Ok tak ada cerita menarik. Bukak paper ni...ceritanya begini. Bukak paper tu..ceritanya begitu. Macam2 cerita...pusing2.

Tengahari masak macam biasa goreng ikan kembong je. Tapi masak ni time cuti je. Kalau time kerja memang tak cukup masa. Tapi faktor utama kemalasan lebih menguasai diri hehehe. Penat la balik kerja lagi nak siang2 ikan bagai. Beli je lah senang kan,tp kalau nak jimat,jangan selalu begitu.

Satu tips yang aku gunakan. Nak senang beli ikan agak banyak sikit. Jangan banyak sangat. Agak mencukupi bekalan tuk 3 atau 4 hari kira ok la. Lama sangat simpan pun tak sedap juga ikan tu nanti. Siang semua sekali...dah siap,simpan dalam peti esbok. Jadi senang...nk makan nanti tinggal goreng je. OK siap dah...byebye.

Permulaan Tahun Baru 2014

 
 Alhamdulillah. Telah masuk hari pertama tahun baru 2014. Hari ini 01/01/2014 Kepada yang menyambut hari kelahiran pada tarikh ini,saya ucapkan Selamat Hari Lahir. Tak lupa juga kepada mereka2 yang meraikan hari ulang tahun perkahwinan mereka pada tarikh ini...Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan.

 Kepada yang belum berkahwen. Selamat membujang...usaha lebih sikit ye. Semoga tahun ini dapat menamatkan zaman kebujangan itu. OK..berbalik kepada cerita kassim Selamat Tahun Baru.

 Cerita di sebalik Ambang 2014. Ye pastinya ada pelbagai cerita. Tak perlu di tulis lagi kerana kita telah di sebarkan dengan pelbagai maklumat dan cerita di laman2 sosial dan Media. Ada yang betul dan ada juga yang kasi pusing2 cerita.

 Buka mata...buka minda. Ada akal... fikir sendiri. Marilah kita bersama-sama...memperbaiki diri.  Sekian dahulu..entry pertama ku ...1 january....jam 2.30 pagi.  Assalamualaikum...!


There is definitely more to this than a typo, right? CLICK HERE
Want to buy a new pet? Adopt one instead to save these lives...CLICK HERE

Interested for our works and services?
Get more of our update !