Theme images by MichaelJay. Powered by Blogger.

31 December 2013

Selamat Tahun Baru 2014


Sempat lagi ni. Di kesempatan ini ku ucapkan kepada semua Selamat Tahun Baru 2014. Semoga tahun baru ini kehidupan kita semua akan lebih cemerlang. Walau di hati ini ada sedikit terbakar,sedih dan pilu. Cuba juga mengukir sedikit senyuman ^_^


Is there a hidden meaning behind 'TWY'?  CLICK HERE 
If you're an animal lover, why not adopt a turtle?  CLICK HERE

RESEPI: Cara Mudah Menyediakan Sup Bujang

 

RESEPI: Cara Mudah Menyediakan Sup Bujang.

Ini kali aku kongsikan sedikit kemahiran aku tentang penyediaan sup dengan cara yang mudah. Amat sesuai pada mereka yang bujang2 yang nak cepat siap,tak lupa juga untuk mereka2 yang agak2 malas nak masak. Tapi selera nak menghirup sup tu ada.

Langkah yang pertama.
Caranya mudah saja. Tuangkan dua cawan air panas ke dalam mangkuk atau tupperware. Aku guna tupperware je...senang,ada penutup. Ni resepi untuk kira2 dua orang makan.


Langkah yang kedua.
Dapatkan satu KIUB PATI AYAM keluaran Knorr (pati ayam sebenar) pastikan anda membeli yang original ye...jangan beli yang cetak rompak. Dalam satu kotak tu ada 2 kiub.


Langkah yang ketiga.
Ambil satu KIUB PATI AYAM keluaran Knorr. Di potong dua. Kalau nak potong 4 pun ikut suka korang la. Kalau kecik sangat nanti kurang kaw la rasanya. Aku potong dua je satu kiub tu. 


Langkah yang keempat.
Dah siap potong dua. Ambil separuh dan masukkan ke dalam bekas yang di isi air panas tadi. Pehtu kita kasi gaul2kan dia hingga sebati...cewaaahh...! Tak payah tambah garam mahupun serbuk perisa. Dah sedap dah tu,tak caya rasa laaa.


Langlah yang kelima.
Dah siap gaul2 sampai sebati dalam tu. Ambil itu bawang goreng. Masukkan sedikit kedalam sup itu. Bawang goreng ni beli je kat kedai2 berhampiran. Bukan mahal mana pun.


Langkah yang keenam.
Ambil sedikit daun sup. Boleh di dapati dengan mudah di kedai yang ada jual sayur. Kalau nak sikit je...korang mintak je kat tokeh kedai tu,aku rasa mau je dia bagi. Alaaa apala sangat kan... kalau takat nk selai dua je kaan.


Langkah yang ketujuh.
Basuh dulu daun sup tu. Jangan le main hentam keromo je. Dah siap cuci....kita kasi cincang2 itu daun sup ikut rekabentuk yang anda suka. Aku suka rekabentuk cincai je heheheee


Langkah yang kelapan.
Dah siap cincang2 sama itu daun sup. Apa lagi...kasi tabur la dalam bekas air yang telah di bancuh dengan KIUB PATI AYAM keluaran Knorr tu tadi.


Haaaa...dah pun siap untuk di hidang. Sangat sedap jika makan bersama sama IKAN KEMBUNG GORENG KICAP BAWANG BERCILI...(cara mudah dan pantas juga cara penyediaannya) Resepi ini sangat sesuai untuk mereka2 yang sentiasa sibuk dengan tugasan harian. Cara penyedian yang cepat,mudah dan jimat lagi. Selamat mencuba ye....

Resepi Pautan....cara mudah dan pantas menyediakan
Ikan Kembung Goreng Kicap Bawang Bercili...KLIK DISINI

Rezeki Setelah Berumahtangga

 

 Suatu hari sedang aku syiok2 melayari FB...kawan aku datang bertandang. Saja dok melepak2 sembang2 kosong. Dalam pada sembang2 tu...aku sambil2 ja jenguk FB. tetiba ada la rakan dok share gambar ni.


  Kawan aku ternampak gambar ni dan berkata. "memang ada kebenarannya" Masa bujang dulu kita apa pun tak dak. Harap ada moto sebijik....dan gaji pun cukup setakat untuk sara diri sendiri ja. Tapi selepas berumahtangga,banyak benda kita ada. 

 Kereta,rumah,perabot...dan macam2 lagilah. Rezeki sentiasa ada untuk anak2,isteri dan keluarga. Cuma yang aku tak menahan tu ayat kawan aku yang last sekali. 

"itu baru satu isteri...ngko bayangkan kalau ada empat isteri...lagi banyak pintu rezeki terbuka tau" 

hamboiii...! kemain lagi cita2...nk dapat dua pun belom tentu senang lagi ceeekk...ooiii.

PENTING: Sesiapa yang hisap rokok "J"? Tunjukkan mereka artikel ini. KLIK SINI

30 December 2013

Back To School

 
Hari aku ke sekolah anak aku. Bukan apa...sekadar menemankan anak aku membeli buku. Time2 mcm ni tak sibuk sangat. Kalau dah bukak sekolah nanti baru nak membeli...sesak wooo. 

Teringat aku masa zaman2 sekolah aku dulu. Seronok betul rasanya. Ingat lagi masa sekolah rendah. Start darjah satu,aku kemain pemalu lagi. (sekarang pun pemalu lagi)

Masa darjah satu sampai tiga....tak leh lawan cakap budak2 darjah enam. Jalan tunduk ja. Tak berani woo. Mengkala dah sampai darjah Enam...haaa tu dia,aku pulak jadi macam maharaja,konon2 dh besar dah. ekekekee

Image Google

Masuk sekolah menengah pun macam tu. Di peringkat awal...jalan tunduk je. Muka takut...muka takut. Tapi bila dh lama sikit,hamboooih kemain lagi hehehee. Orang lama kononnya. Heeeceehh...!

Dan seperkara lagi masa zaman sekolah ni....aku rasa macam tak sabar nak cepat besar. Tak sabar nak rasa umur cepat cecah 20an. Mau cepat dewasa kononnya. Hahahaaa....korang ada rasa macam tu tak? Ada kan...ada kan...alaaa ada tuuuu.

Tapi sekarang ni lain pulak,cepatnya usia bejalan....nak mintak lambat la pulok...hehehehee


Jiwa Huru Hara

Bangun pagi,siap2 pi kedai kopi pekana roti. Bukak paper..baca2 banyak cerita pasal kenaikan harga. Dengaq orang sebelah kiri sembang pasal peningkatan kos sara diri. Kiri kanan cerita tak banyak beza.

Balik rumah bukak pesbuk...cerita pun banyak lebih kurang ja. Aku pun kadang2 tumpang share sama cerita tentang masalah dunia.

Kecewa2...yang begaji besaq senang cakap la. Yang gaji bawah dua ribu,jangan kata nak beli rumah batu,nak makan pun kena catu. Malas nak cerita berjela jela. Semua orang pun tau apa cerita Malaysia kita.

Termenung aku seketika. Teringat aku akan pesan ibu. Sebaris ayat sepotong kata. Apa pesan ibu itu biarlah rahsia. Menjadi ubat tak kala aku berduka lara. Aaaahh...! tak kuasa aku nak mengarang panjang2. Meh sini kita tengok gambo kucenk ni   (^_^)


09 December 2013

Hantu Kudut (Mobile Version)

 
Internet baru ada OK sikit.
baru dapat upload cerita Hantu Kudut ni untuk Mobile Version punya.
Sebuah cerita Hantu Komedi berbahasa banjar.



Sekian Terima Kasih

08 December 2013

Kau Bunga Ku

 
Ada cerita tentang bunga...owh...! kau bunga ku

Bunga di tepi sawah padi,
Cintanya pada alam semulajadi.

Yang ni bunga raya jenis apa ntah..aku tak tau...
kelopak bunga dia tekerucut.

Segar-segar gituuu

Elok ja dia begulung...ye doook?

Nostalgia-nostalgia

Udoh macam sesungut belom cas je aku nengok.

Ada cerita di balik bunga

Mau tau apa ceritanya?

ada.... ada.... ada...

apa yang ada? gambar bunga jaa

Kisah sebenarnya....
"Aku Bukan Mat Bunga"
dah...tu jaa



06 December 2013

Hujan Di Kuala Lumpur



Hampir setiap hari hujan di Kuala Lumpur.
Kepada mangsa banjir...tabah lah menghadapi dugaan.

Assalamualaikum....!

Interested for our works and services?
Get more of our update !