Theme images by MichaelJay. Powered by Blogger.

17 April 2013

Happy Birthday to Shuhada

 


Happy Birthday to Shuhada....yang ke ehem...ehem... ^_^
Moga ceria2 selalu dan berbahgia bersama teman2 dan yang tersayang...cewaaahh.

Terima lah sepinggan cekodok untuk kudap2 petang.....sedap ni taw.


03 April 2013

Epal Hijau Bercerita

 
Pada saat itu...keadaan sangat kucar kacir. Semua orang lari menyelamatkan diri. Pada masa yang sama aku lihat Jenab yang berada di atas bangunan sudah hampir terjatuh dek kerana perbuatan kejam si penjahat tu.

Lalu aku dengan tenang terus berusaha sedaya upaya untuk menyelamat Jenab. Tapi seperti biasa...aku harus bertarung dulu dengan penjahat tu. Pertarungan kami sangat hebat. Banyak bangunan musnah.

Tiba2 aku terpandang yang Jenab sudah hampir2 jatuh. Kasihan sungguh aku melihat dia.


Aku pun apa lagi...terus menjerit. "Shilaaaaa.....tungguuuuu aku kan selamat kan kauuu"


Aku tesasul masa sebut nama tu. Maklumlah...makwe aku kan ramai. Nasib baik Jenab tak perasan masa tu. Aku pun terus untuk mendapatkan Jenab. Tapi malang penjahat datang menerkam aku. Terpacak aku ke dinding. Itu yang robek sikit belakang aku nih.


Pertarungan kami sangat hebat. Banyak bangunan rosak. Tapi apa kan daya. Setelah bertarung selama beberapa jam. Akhirnya penjahat tu tewas juga di tangan aku.


Dalam pada itu....ku lihat Jenab telah jatuh. Tanpa berlengah lagi aku terus terbang menyelamat kan Jenab. Dan aku berjaya menyelamatkan nya.


Orang awam yang berada di situ semua bertepuk tangan tanda gembira. Ku anggarkan kira2 dlm 10 ribu org yang bertepuk tangan tu ada kot. Dan mereka menganggap ku sebagai wira hari tu.


Lantas aku terus membawa Jenab ke tempat yang lebih selamat. Di taman bunga. Jenab begitu terharu. Dia bertanya siapakah aku. Tapi aku hanya mendiamkan diri. Biarlah ianya menjadi rahsia.

(sambil di iringi alunan lagu Biarlah Rahsia nyanyian Siti Nurhaliza....ni kira muzik background la masa tu)

Rabu tanpa kata,sepotong dua ayat berbicara

Yang lama di kenang,yang baru di sayang....
tersimpan rapi di dalam hati,bukan sekadar dalam almari.


Masih tak punyai banyak masa untuk BW.
Insya'allah di suatu masa nanti.....

02 April 2013

AtanAryan Kemalangan

AtanAryan. Mungkin ada yang masih ingat nama ini. Dan mungkin juga ada yang tidak mengenali siapa beliau. Tapi penggemar irama2 rock kapak pasti mengenali siapakah dia. Beliau adalah vokalis bagi kumpulan Aryan yang pernah popular dengan lagu Baiduri Cintaku pada suatu ketika dahulu.

Beberapa minggu yang lalu...pada 19 March 2013,beliau telah mengalami satu kemalangan. Cewaaahh..! udah macam orang surat kabo je aku nulis.....kohkohkoh. Yup...bro atan kemalangan. Mengalami kecederaan pada tulang rusuk.

3 keping tulang rusuk beliau mengalami keretakan. Semoga cepat bro....Amiiinn.

Dan sekarang beliau telah keluar dari hospital dan berehat di rumah untuk beberapa waktu sehingga beliau pulih.  Aku sempat juga melawat bro Atan ni semasa di Hospital. Pada masa yang sama ramai juga peminat2 beliau yang juga merupakan peminat2 irama rock kapak....datang melawat.

Sempat juga depa ni begambo. Aku pun tumpang je lah barang sekeping gambo kat situ....hehehee. Teringat aku zaman2 rock kapak aku suatu masa dulu. Oh...!  nostalgia sungguh haih..!



Dalam pada tu...aku pun menyelit lah juga begambo.....kohkoh.

Selain dari lagu Baiduri Cintaku,lagu yang berjudul Kepastian Abadi juga menjadi lagu yang aku minati. Syahdu...jiwang karat aku jadinya dengo lagu tu.



Boleh Juga KLIK SINI untuk mendengar sekurang2nya 10 buah lagu dari Kumpulan Aryan.

Dua buah lagu hasil ciptaan beliau dengan kerjasama Kerasma Mkas untuk Music Aranggment yang di nyanyikan oleh aku sendiri (senyum2...ah..! basah lagi ) Ia adalah sekadar koleksi peribadi. Tidak di keluarkan di mana2 pusat penyiaran radio. 

Antaranya ialah lagu Kerna Kau Satu Dalam Seribu. Aku suka betul lagu ni....heheheee
Kerna Kau Satu Dalam Seribu


Lagu kedua yang aku cuba nyanyikan hasil ciptaan beliau. Lagu Terungkai Satu Siksaan....agak lari sikit...sbb rasa mcm nak putus je urat kentut aku nyanyi lagu ni. Tak boleh nak tarik wooo....


Banyak sebenarnya lagu2 ciptaan beliau yang ada skrng ni tapi beliau lebih senang menjadikannya sebagai koleksi peribadi dan kebanyakan nya hanya di muat naik di facebook beliau saja.

Walauapapun jua. Saya mendoakan Bro Atan cepat sembuh dan dapat bekerja semula seperti biasa. Dan dapat mengilhamkan lagu2 yang ada bait2 kata yang meruntun jiwa. OK babaaiii...

Happy Birthday Untuk Lelamaisara dan Izan Mama Mia

 
Happy Birthday For Lelamaisara and Izan Mama Mia 31 March
Hepy Besday to Izan Mama Mia

Hepy Besday to Lelamaisara

Happy Birthday Untuk Lelamaisara dan Izan Mama Mia.... 31 March
Tiada kata2 indah yang dapat ku lakarkan. Hanya doa dan harapan agar kalian menjadi Ibu yang mampu memberikan ilmu yang baik untuk anak2 mu...dunia dan akhirat. Amiiinnn...
Terima lah semangkuk cendol. Ikhlas nih. Korang kongsi je lah ye. Lebih mesra gitew ^_^


Sambil di iringi lagu lama yang berjudul Selamat Pengantin Lama

Interested for our works and services?
Get more of our update !