Theme images by MichaelJay. Powered by Blogger.

02 January 2013

Cara Menyelaraskan Bunyi Gitar

Salam buat semua teman2...terutamanya buat murid2 cekgu cap ayam heheee. Tanpa membuang masa lagi mari lah kita bermula sessi pembelajaran asas bermain gitar kita. 

Entry kali ini adalah bab untuk tunning gitar kita. Cekgu Cap Ayam akan ajar cara2 nak tune gitar. Kena kasi tune dulu. Kalau tak nnt tak boleh main. Bunyi kord sume salah nanti.

Kord asas pada gitar sewaktu tali bebas yakni tidak di tekan pada mana2 tali adalah seperti berikut. 

Bermula dari tali yang atas iaitu tali yg besar dari kesemua tali. Tali nombor 6 kord bebasnya adalah E. Tali nombor 5 adalah A. Tali nombor 4 adalah D. Tali nombor 3 adalah G. Tali nombor 2 adalah B dan tali nombor 1 adalah E.

Mula mula ejas tali nombor 6 iaitu tali yang atas tu mengikut kesesuaian jari korang tuk menekan tali tu nanti. Maksudnya tegang sangat pun jangan.....kendur sangat pun jangan. Agak2 je lah. 

Kalau tegang sangat nanti sakit jari jemari tu. Kalau kendur sangat nanti bunyi nya pulak tak sedap. Dan cara untuk tune kan gitar itu adalah seperti berikut. Mari kita tengok gambarnya dulu.


Sekarang pergi fret yang ke 5 dan tekan tali nombor 6. Kemudian ejas tali nombor 5 dan selaraskan bunyi supaya sama bunyinya dengan tali nombor 6 yg di tekan pada fret 5. Bila bunyinya sudah sama maka selesai sudah tune tali 6 dan 5.

Sekarang kita tune tali yang ke 4. Pergi ke fret yang ke 5 dan tekan tali nombor 5. Kemudian ejas tali nombor 4 dan selaraskan bunyi supaya sama bunyinya dengan tali nombor 5 yang di tekan pada fret 5. Bila bunyinya sudah sama maka selesai sudah tune tali nombor 4.

Sekarang kita tune tali yang ke 3. Pergi ke fret yang ke 5 dan tekan tali nombor 4. Kemudian ejas tali nombor 3 dan selaraskan bunyi supaya sama bunyinya dengan tali nombor 4 yang di tekan pada fret 5. Bila bunyinya sudah sama maka selesai sudah tune tali nombor 3. 

Untuk tunning tali yang ke 2 ada sedikit perubahan. Pergi ke fret yang ke 4 dan tekan tali nombor 3. Kemudian ejas tali nombor 2 dan selaraskan bunyi supaya sama bunyinya dengan tali nombor 3 yang di tekan pada fret 4. Bila bunyinya sudah sama maka selesai sudah tune tali nombor 2. 

Untuk tunning tali nombor 1 iaitu tali yang bawah tu....kita kembali semula ke fret yang ke 5 dan tekan tali nombor 2. Kemudian ejas tali nombor 1 dan selaraskan bunyi supaya bunyinya sama dengan tali nombor 2 yang di tekan pada fret 5. Bila bunyinya sudah sama maka selesai sudah tune tali nombor 1.

Dan dengan ini maka selesailah sudah kerja2 tunning gitar kita. Tunning cantek bunyi pun sedap di dengar.  Tapi kalau nak cara yang mudah sikit kita tunning dengan gitar tuner online ^_^ 


Nah yang ini senang. Siap dah di tulis tu tali 6(E) tali 5(A) tali 4(D) tali 3(G) tali 2(B) dan tali 1(E). Klik saja kat huruf yang mewakili bunyi bagi setiap tali. Dan petik saja tali gitar kamu tanpa tekan apa2 dan selaraskan saja bunyi supaya sama bunyinya dengan tuner yang ada tu. Senang kan.....x la pening2 kepala dah heheeee

Tapi Cekgu Cap Ayam pakai Auto Tuner (^_^). Ada macam2 jenis Auto Tuner ni. Yang kecik...yang besor. Yang mahal....yang murah. Ada yang macam ni...
Ada yang macam ni....
Dan macam-macam lagi lah. Tapi Cekgu Cap Ayam guna yang biasa2 ja.  Cekgu Cap Ayam guna Auto Tuner yang ni ......heheheee. 
Mahal sangat pun idok le... tp 40 hengget jugak leee. Range nya kita set kan kepada 440hz. Ni kira  range standard la nih. Cara nak guna pun mudah saja. Kepitkan saja kat kepala gitar tu....macam nih.
Pehtu kita petik saja la tali gitar tu sambil mata dok tengok kat meter. Kita petik tali sambil ejas tali gitar tu sampai meter tu tepat kat tengah2. Macam ni....
Haa nampak tu. Meternya berada di tengah2. Siap tunjuk lagi kord E. Model yang ni bila tune dia tepat di tgh2 akan kuar kaler ijoo. Kalau tak betul lagi tunenya kaler merah. Macam2 model ada Auto Tuner ni. Boleh dapatkan nya di mana2 kedai beskal gitar.

Guna menda ni tak payah nak tekan2 tali dah. Petik dan ejas saja tali gitar tu. Senang kan.....hehheee. Cekgu Cap Ayam guna yang ni....kuikuikui. Errkk..! tapi kena la amek tau juga cara2 nak tune manual cam yang Cekgu Cap Ayam ajor kat atas tu. 

Ok sekian dahulu sessi pembelajaran kita pada kali ini tentang bagaimana mahu tune kan gitar kita. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Kepada sesiapa yang mahu menderma sebanyak 20sen sila KLIK SINI maceeehhh (^__^). Kalau nak klik iklan kat bawah ni pun boleh juga. Tak dak sapa nak marah haih ....  :)


27 comments:
Write Comment
  1. panjang sgt..malas nak baca bleh? huhu~ :p

    ReplyDelete
  2. he he ni bukan cikgu cap ayam berpengalaman juga....En Jagau ni.......trengggggggggg...Am Dm

    ReplyDelete
  3. Nak tune bangsi mcm mana...ada cara ke??? (Sebab bila tiup tak jadi lagu...maklumlah tak reti buat lagu..)

    ReplyDelete
  4. huhu...panjangnye...Happy new year che'gu!

    ReplyDelete
  5. wah...40 ringgit je ke bro auto tuner tu? mcm murah lah...huhu

    ReplyDelete
  6. cekgu sy nak berenti belajar sbb gitar dah takde. abg dah bawak balik rumah dia. lambat sgt kelasnya. kihkihkih..

    ReplyDelete
  7. sekgu saya dah try main gitar time bujang2 dulu,abis ibu jari bengkak2..tapi tak pandai2 juga..hahahaha

    terima kasih sekgu..
    haha.

    ReplyDelete
  8. cikgu saya xmo main gitar..
    nak main drum..
    boleh hempok2..hahahaha

    ReplyDelete
  9. aiyo kite xreti nak main alat music hihi

    ReplyDelete
  10. walaupun aku ada jugak main gitar sebelum ni, tapi kenapa aku tak tau tentang keujudan benda tu???? wah memang mudah nak tuning kalau ada benda ni..

    ReplyDelete
  11. alamakk.. mcm susah jek... x jadi la blajar main gitar..cekgu ajar la vokal.. bole prektis bagi sore tak sumbang dah.. nk karok next gathering nanti.. bole?? haha :p

    ReplyDelete
  12. erghhh..susahnya bab gitar ni..xmo belajar la jagau..hehehehe...nak dgr je..dgr gitar senang je..xkisah la sumbang ke apa..asalkan berbunyi..ehehe

    ReplyDelete
  13. Tali no 4 dan no 3 tu konfius skit. Tertukar ke?

    ReplyDelete
  14. Aduiii aduii aduii ..pening kepala M la cikgu..

    ReplyDelete
  15. tang pelarasan tali nie selalunya kalau nak main abah akan cekkan..so dia dah takder mmg nurul tak geti..try tgk2 cket2 mana tahu leh paham

    ReplyDelete
  16. adoi....panjangnyer..nak hafal semua..malas laa jagau nak belajar,...gitar mia nie..jenis bunyi sendiri hahahaha....siap ada lagu terus...

    sorry jagau...mungkin ada yg nak belajar tuu...tq

    ReplyDelete
  17. alaaaa..gune yang mesin 2 ja lah senang kan..:)

    ReplyDelete
  18. Kursus gitar kat mn area cheras?nak bljar la..sapa2 yg thu ek..

    ReplyDelete
  19. thanks gan tutorialnya.

    ReplyDelete
  20. terima kasih cikgu cap itik .....bru sdap skit men gitar ni....

    ReplyDelete
  21. Haha.. Trimas cikgu cap chicken.. Ayah saya beli gitar ada tuner.. Tapi bila battery low kalau nak tune dia larikk terus.. Nak tune pun tak reti.. Hihihihikkk

    ReplyDelete

Interested for our works and services?
Get more of our update !