Theme images by MichaelJay. Powered by Blogger.

31 January 2013

Under Construction

 

28 January 2013

Tak Komen Pun Tak Pe,Like Jadi Lah

Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebijik di atas peti,
Soalan nya siapakah yang membawa pisang emas itu belayar?
Dan siapakah pula yang meletakkan pisang itu sebijik di atas peti?





















27 January 2013

Tak Jumpa Timizero

 
Baru nak BW td tp kenapa x de. Haiyaaa....apa kena nih.
Ada sapa2 tau kenapa jadi lagu tu.
Berkali kali cuba tapi x boleh juga masuk blog Timizero.
Aku ada tukar apa2 setting ke? Huh mana ada...huhuhuu
Hah x sempat dah nk BW,lain kali lah sambung...
Banyak program lagi nih...huh penat2.

22 January 2013

Kosong

 
Cer scroll sampai bawah....


























































































Ada apa2 tak...? x de kan...
dah tajuk nya pun kosong...jd x de apa2 lah (^__^)

18 January 2013

Menggamit Memori Silam

 

Dolu2 aku suka betul men menda nih. Alat komunikasi yang sungguh luar biasa...pada aku la hehehe. Dua tin susu yang di tebuk di bawahnya. Kemudian di pasangkan dengan dawai. Gambar di atas di pasang tali. Zaman aku dolu2 pakai dawai. Tarik tegang2...pehtu sorang cakap sini...sorang cakap kat sana. Peeerrggh...! teknologi....teknologi... 
Abis la dawai yang mak aku ikat dari pokok ke pokok tuk sidai baju tu aku guna. Janjinya nak pakai kejap ja. Tapi ada la kot dalam seploh minit....dawai kemana,tin susu pun ntah kemana. Kesian mak aku....penat dia mencari balik dawai yang ntah kemana pegi sbb nak ikat balik ke pokok. Kalau tidak nak jemur pakaian yang baru cuci tu cemana...tempat nak sidai tak ada....huhuuuu

Dan di zaman serba maju sekarang ini rupa2nya masih ada lagi teknologi lama ini yang masih di guna pakai. Cuma tidak pasti sama ada inya masih berfungsi dengan baik atau tidak. Segala kenangan silam itu tiba2 saja bermain di minda setelah aku terlihat ..........ini.

Terdapat sedikit perubahan yang di buat iaitu ianya tidak menggunakan tin susu tetapi menggunakan botol air miniral. Kreatif sungguh laaa...

17 January 2013

Pabila Hati Berkata Kata


Kepahitan memenjarakan kehidupan,cinta membebaskan
Kepahitan melumpuhkan kehidupan,cinta memberi kekuatan
Kepahitan mendukakan kehidupan,cinta memaniskan
Kepahitan menyakitkan kehidupan,cinta menyembuhkan
Kepahitan membutakan kehidupan,cinta mencelikkan

~Amie Leeya Kasih~


16 January 2013

Hantu Kedundung

 
Malam itu aku tak dapat tidur....entah kenapa aku pun tak tau. Jam sudah pun 3 pagi. Ku cuba pejam2kan mata ku namun aku tewas. Lantas aku bangun dan menuju ke dapur. 

Rintik2 hujan di luar membuatkan langkah ku menjadi longlai. Perlahan aku melangkahkan kaki ku bersama sama mata ku yang layu tapi tak mau tidur.

Teringat aku akan durian crepe yang ku beli petang tadi. 3 pek masih ada. Aku baru ngap 2 ketul saja. Tapi aku rasa bagai ada sesuatu di dapur. 

Ya ada sekujur tubuh samar2 kelihatannya. Duduk mencangkung,rambutnya panjang,seluruh tubuhnya besarungkan kain hijau yang sudah kusam. Tak pernah cuci agaknya. 

Aku hanya memerhatikan saja. Bulu roma2 ku yang halus ini sudah mula bergetar. Tiba2 saja aku teringat cerita orang lama. Apakah ini dia hantu kedundung....berkain sarung duduk mencangkung.

Terus aku mendekatinya. Waaah...sungguh ku tak sangka. 3 pek sekali durian crepe ku di bedalnya. Lalu aku pun bertanya kepada beliau.

"apakah kamu ini hantu kedundung?" naah kau tekejut beruk hantu kedundung. Dia memandang aku dengan jelingan matanya yang hijau2 pucuk paku dan mengangguk kan kepalanya yang macam longgar2 skru aja.

Lalu aku pun bertanya lagi. "kamu ini hantu kedundung...kenapa kamu makan durian crepe?" Sekali dia jawap daaaaa "kedondong belum musim lagi baaaang"

Kudin: Ooooiiitt...! udah2 le tu....aku nak tido.
Aku: aku tak boleh tidur la din.
Kudin: kalau ye pun...citer lain x de ke? mana datang hantu kedundung tu?
Aku: haaaa aku nak citer la ni hantu kedundung tu datang dari mana...
Kudin: hudah.....hudah....aku nak tido,sok nak koje...semeekooom......kroh..kroh..
Aku: huhuhuhuuu....

04 January 2013

Ukulele

 
[1] Ukulele sejenis alat muzik yang rekabentuknya sama seperti sebuah gitar tetapi saiznya lebih kecil. Ukulele kadang-kadang disingkatkan kepada uke; ia adalah ahli keluarga gitar juga tetapi ia secara amnya menggunakan 4 tali

[2] Gitar kecil ini berasal dari abad ke-19 sebagai tafsiran Hawaii parang, 

[3] Instrumen seperti gitar kecil berkaitan cavaquinho, braguinha dan rajao, yang diambil ke Hawaii oleh pendatang Portugis. Ia mendapat populariti yang besar di tempat lain di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20, dan dari sana tersebar di peringkat antarabangsa.

Nada dan kelantangan instrumen berbeza dengan saiz dan pembinaan. Ukuleles biasanya datang dalam empat saiz: soprano, concert, tenor, and baritone.
Sumber: Wikipedia

Pada gitar biasa yang mempunyai 6 tali Chord tali bebasnya seperti yang kita tahu bermula dari tali ke6 adalah  E,A,D,G,B dan E. Berbeza dengan Ukulele yang mana Chord tali bebasnya bermula pada C,G,E dan A

Terdapat perbezaan tekanan Chord antara Gitar dan Ukulele nih. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi Chord Ukulele nih anda bolehlah search je kat image Google dengan menaip "Ukulele Chord Chart

Ukulele nih kalau pandai memainkan nya memang best. Aku terus terang cakap....tak pandai hehee. Cuba tengok dua orang budak dari tokyo nih main. Syiok wooo dengar heheheee.

Jom kita tengok video ni pulak. Waktu ni mungkin tak ramai yang kenal budak ni. Part aku suka masa pemetik gitar dia jatuh tapi steady main hehehee....pehtu kutip balik dan sambung lagi nyanyian.
 

Tapi nyanyian dalam video ni aku suka. Serius memang menghiburkan. Pengamen jalanan yang bermaksud kalau tak silap ialah Penyanyi/Pemuzik jalanan. Tapi memang best....

Rezki kau dik..! Dulu pemuzik jalan. Sekarang terkenal sudah. Siap masuk tv dh tu. Tapi siaran tv di indonesia la. Rancangan Bukan Empat mata. Sudah terkenal kau dik...! Dulu alat muzik kaler pun dah hampir tak ada rupa...sekarang berkilat memancor mancoor.

Nah terkenal kau sudah dik. Jangan sia siakan bakat yang ada ye.

*Psstt...! jeles tul aku...sebab aku tak reti men Ukulele...heheeee

Chord E

 
Aku Hidup Dalam Blues. Blues Untuk Aku....Aku sangat suka cerita ini. Ok kita sambung lagi kelas belajar bermain gitar. Kali ini kita akan bermula dengan mempelajari Chord E. Masih ingat lagi pelajaran tempoh hari tentang tanda yang perlu di ketahui pada setiap jari. Jari 1,2,3 dan 4. Bab tersebut ada di sini.

Cekgu Cap Ayam akan memulakan dengan Chord Major pelbagai posisi terlebih dahulu. Sebabnya....ia lebih mudah.

Chord E
Posisi 1
Posisi 1
Jari 1 menekan tali nombor 3 pada fret yang pertama. Jari 2 menekan tali nombor 5 pada fret yang ke2. Dan jari  3 menekan tali nombor 4 pada fret yang ke2.
Posisi 2
Posisi 2
Jari 1 menekan tali nombor 4 pada fret yang ke2. Jari 2 menekan tali nombor 3 pada fret yang ke4. Jari 3 menekan tali nombor 1 pada fret yang ke3 dan jari 4 menekan tali nombor 2 pada fret yang ke5


Posisi 3
Posisi 3
Letakkan jari satu pada fret ke7 dan tekan semua tali. Jari 2 menekan tali nombor 4 di fret yang ke9. Jari 3 menekan tali nombor 3 di fret yang ke9 dan jari 4 menekan tali nombor 2 di fret yang ke9. 

Tapi aku selalunya jari 1 tekan tali nombor 1 tu je hehehe.....macam ni.
Ok cukup setakat ini dulu Chord E Lesson kita pada N3 kali ini. Cekgu Cap Ayam tak ada Kumire Video. Kalau ada nanti boleh la Cekgu Cap Ayam kasi record bunyinya masuk youtube tuk practise. ^_^

Nah...! musan2 nih jom kita tgk bidio nih. Kenangan bersama gitar Kapok aku yang patah leher tu hehehe.
Rasa cam pelik pulak kelas muzik aku nih dengan tema kaler ijo nih huhhuu. Ada harapan nak kena tuka nih.

02 January 2013

Cara Menyelaraskan Bunyi Gitar

 
Salam buat semua teman2...terutamanya buat murid2 cekgu cap ayam heheee. Tanpa membuang masa lagi mari lah kita bermula sessi pembelajaran asas bermain gitar kita. 

Entry kali ini adalah bab untuk tunning gitar kita. Cekgu Cap Ayam akan ajar cara2 nak tune gitar. Kena kasi tune dulu. Kalau tak nnt tak boleh main. Bunyi kord sume salah nanti.

Kord asas pada gitar sewaktu tali bebas yakni tidak di tekan pada mana2 tali adalah seperti berikut. 

Bermula dari tali yang atas iaitu tali yg besar dari kesemua tali. Tali nombor 6 kord bebasnya adalah E. Tali nombor 5 adalah A. Tali nombor 4 adalah D. Tali nombor 3 adalah G. Tali nombor 2 adalah B dan tali nombor 1 adalah E.

Mula mula ejas tali nombor 6 iaitu tali yang atas tu mengikut kesesuaian jari korang tuk menekan tali tu nanti. Maksudnya tegang sangat pun jangan.....kendur sangat pun jangan. Agak2 je lah. 

Kalau tegang sangat nanti sakit jari jemari tu. Kalau kendur sangat nanti bunyi nya pulak tak sedap. Dan cara untuk tune kan gitar itu adalah seperti berikut. Mari kita tengok gambarnya dulu.


Sekarang pergi fret yang ke 5 dan tekan tali nombor 6. Kemudian ejas tali nombor 5 dan selaraskan bunyi supaya sama bunyinya dengan tali nombor 6 yg di tekan pada fret 5. Bila bunyinya sudah sama maka selesai sudah tune tali 6 dan 5.

Sekarang kita tune tali yang ke 4. Pergi ke fret yang ke 5 dan tekan tali nombor 5. Kemudian ejas tali nombor 4 dan selaraskan bunyi supaya sama bunyinya dengan tali nombor 5 yang di tekan pada fret 5. Bila bunyinya sudah sama maka selesai sudah tune tali nombor 4.

Sekarang kita tune tali yang ke 3. Pergi ke fret yang ke 5 dan tekan tali nombor 4. Kemudian ejas tali nombor 3 dan selaraskan bunyi supaya sama bunyinya dengan tali nombor 4 yang di tekan pada fret 5. Bila bunyinya sudah sama maka selesai sudah tune tali nombor 3. 

Untuk tunning tali yang ke 2 ada sedikit perubahan. Pergi ke fret yang ke 4 dan tekan tali nombor 3. Kemudian ejas tali nombor 2 dan selaraskan bunyi supaya sama bunyinya dengan tali nombor 3 yang di tekan pada fret 4. Bila bunyinya sudah sama maka selesai sudah tune tali nombor 2. 

Untuk tunning tali nombor 1 iaitu tali yang bawah tu....kita kembali semula ke fret yang ke 5 dan tekan tali nombor 2. Kemudian ejas tali nombor 1 dan selaraskan bunyi supaya bunyinya sama dengan tali nombor 2 yang di tekan pada fret 5. Bila bunyinya sudah sama maka selesai sudah tune tali nombor 1.

Dan dengan ini maka selesailah sudah kerja2 tunning gitar kita. Tunning cantek bunyi pun sedap di dengar.  Tapi kalau nak cara yang mudah sikit kita tunning dengan gitar tuner online ^_^ 


Nah yang ini senang. Siap dah di tulis tu tali 6(E) tali 5(A) tali 4(D) tali 3(G) tali 2(B) dan tali 1(E). Klik saja kat huruf yang mewakili bunyi bagi setiap tali. Dan petik saja tali gitar kamu tanpa tekan apa2 dan selaraskan saja bunyi supaya sama bunyinya dengan tuner yang ada tu. Senang kan.....x la pening2 kepala dah heheeee

Tapi Cekgu Cap Ayam pakai Auto Tuner (^_^). Ada macam2 jenis Auto Tuner ni. Yang kecik...yang besor. Yang mahal....yang murah. Ada yang macam ni...
Ada yang macam ni....
Dan macam-macam lagi lah. Tapi Cekgu Cap Ayam guna yang biasa2 ja.  Cekgu Cap Ayam guna Auto Tuner yang ni ......heheheee. 
Mahal sangat pun idok le... tp 40 hengget jugak leee. Range nya kita set kan kepada 440hz. Ni kira  range standard la nih. Cara nak guna pun mudah saja. Kepitkan saja kat kepala gitar tu....macam nih.
Pehtu kita petik saja la tali gitar tu sambil mata dok tengok kat meter. Kita petik tali sambil ejas tali gitar tu sampai meter tu tepat kat tengah2. Macam ni....
Haa nampak tu. Meternya berada di tengah2. Siap tunjuk lagi kord E. Model yang ni bila tune dia tepat di tgh2 akan kuar kaler ijoo. Kalau tak betul lagi tunenya kaler merah. Macam2 model ada Auto Tuner ni. Boleh dapatkan nya di mana2 kedai beskal gitar.

Guna menda ni tak payah nak tekan2 tali dah. Petik dan ejas saja tali gitar tu. Senang kan.....hehheee. Cekgu Cap Ayam guna yang ni....kuikuikui. Errkk..! tapi kena la amek tau juga cara2 nak tune manual cam yang Cekgu Cap Ayam ajor kat atas tu. 

Ok sekian dahulu sessi pembelajaran kita pada kali ini tentang bagaimana mahu tune kan gitar kita. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Kepada sesiapa yang mahu menderma sebanyak 20sen sila KLIK SINI maceeehhh (^__^). Kalau nak klik iklan kat bawah ni pun boleh juga. Tak dak sapa nak marah haih ....  :)


01 January 2013

01.01.2013 Macam Macam Tajuk Ado.

 
01.01.2013 Macam Macam Tajuk Ado.
Selamat Tahun Baru 2013
Selamat Tahun Baru 2013. Macam2 tajuk ado. Seronok pulak membaca tajuk blog2 yang aku follow. Sampaikan tajuk "MeNu MeNJeLaNg TaHuN BaRu...." pun adoooo heheee. Hebat2 laaa.

Rata2 sume menceritakn sedikit sebanyak kenangan 2012. Sapa nak baca sume tajuk yg best2 tu klik sini. Pehtu scroll ke bawah. Tapi kena cepat sikit. Lambat kang depa update N3 baru x dapat baca dh heheee. 

Mohon ampun dan maaf pada semua. Selamat Tahun Baru 2013 buat semua pengunjung. Moga tahun ini akan memberi lebih kejayaan buat kita semua. (^_^)

Interested for our works and services?
Get more of our update !