Blog Archive

Theme images by MichaelJay. Powered by Blogger.

23 August 2011

Pendita Cintaku

terasa sejuk seluruh tubuh..
bila rindu menyerang lubuk hati yang paling dalam..
terasa kesakitan yang sukar diluahkan..
tolonglah wahai pendita cintaku..
hadirlah dikau menyembuh kesengsaraan rinduku ini...
walau hanya dalam mimpi...
agar bisa lena tidurku malam ini......(orked)


ilham pujangga Nor Alyna Almi

16 August 2011

Peribahasa Banjar

 
1.Akal mamilanduk 
– Memberi pelbagai alasan untuk mengelak pekerjaan. 
2.Baguna tahi larut. 
– Orang yang tidak mahu mendengar nasihat, lebih mementingkan diri sendiri. 
3.Baik mambuang hintalu sabuku, dari rusak sakataraan. 
– Kalau ada satu anggota keluarga yang jahat lebih baik disingkirkan daripada merosak atau memalukan keseluruhannya. 
4.Banganga dahulu hanyar baucap. 
– Fikirkan dahulu buruk baiknya sebelum mengucapkan sesuatu. 
5.Banyak muntung haran nasi.
– Orang yang terlalu banyak bercakap hanya akan membuang waktu sahaja sedangkan pekerjaan tidak menjadi. 
6.Banyu saimbir malamasi. 
– Hal-hal yang kecil boleh m,embahayakan sekiranya tidak berwaspada. 
7.Baupang di batang tinggalam. 
– Berlindung pada orang yang susah atau tidak mampu berbuat apa-apa. 
8.Biar batihang haur asal rumah saurang, tihang ulin mun rumah urang. 
- Barang kepunyaan sendiri biar bagaimanapun keadaannya lebih berguna daripada barang baik tapi milik orang lain. 
9.Bila wani menimbai lunta, wani tu manajuni. 
– Apabila berani melakukan sesuatu perbuatan maka harus berani menanggung resiko. 
10.Bukah man cina.
– Orang yang lari terlalu laju kerana ketakutan.

15 August 2011

Rindu

 
....trsangatlh rindu..
smpai bila kita macam ni.. tiada jawapan..
semua itu dah pasti..x mungkin lagi..
kerana takdir dunia..dan bila esok kita trjaga 
dari lena mlm ini.. kita masih lagi begini..
aku sayang kamu...aku rindu kamu..
namun yg aku dapat hanyalah bayanganmuu..
mngapa lidah kelu..tiada ungkapan..
oh..yaaa..ku tahu..masih tiada jawapan..
aku masih jua bgini.. 
masih tegar utk mrindui dirimu..
dgn membiarkan rasa rindu itu dlm diri ini, 
menjadikan aku hilang arah..semakin hari, 
kurasakan rindu itu semakin menyesakkan dada...
sekali-sekala kurasa kau bagai menguji 
kesungguhanku menyintaimu...haruskah aku 
masih bersabar dgn semua ini...jika aku berhenti, 
bermakna membunuh jiwaku sendiri, 
namun jika ku teruskan haluanku ini, 
pasti jua aku mati kerana menanggung beban 
penderitaan merinduimu.....(orked)...



14 August 2011

Hadir Mu Memberi Sinaran

Dahulu senyuman ku tak dapat di lihat...
Tangisan ku tidak mengalirkan si air mata...
Kehidupan yang kosong ini tak siapa tahu...

Keriuhan suara anak-anak kecil bermain di luar sana...
Bagaikan tidak membawa apa-apa erti dlm hidup...
Perlahan kaki ku melangkah....sayu dan pilu...
Adakah benar sepi itu indah....?

Kini ku tinggal kan semua itu jauh di belakang sana...
Sejak hadirnya diri mu dalam hidup ku...
Aku sering tersenyum.,semoga ini kan berkekalan...

Aku bersyukur dengan cinta ini....
Aku bersyukur dengan kehadiran mu.
Aku bersyukur dengan cahaya cinta yg kau bawa untuk ku.
Aku bersyukur dengan pemberian senyuman mu

Moga kebahagian ini kan jadi milik kita
buat selamanya........

Harum Subur Di Hati

 

Harum Subur Di Hati

Artist: BumiPutra Rockers (BPR)


Di lingkaran diamku termanggu
Terkenangkan kembali
Saat indah aku bersamamu
Dibelai cinta suci


Sewaktu kelukaan hatiku
Kau datang dan memberi
Taburan bungan cinta sucimu
Harum subur dihati


Tapi kini kau pergi
Tinggalkan aku sendiri
Mengusir sepi, mengusir rindu
Terpisah selama-lamanya
Kau pergi dariku

Titisan airmata dipipiku
Memanjat doa suci
Saat indah aku bersamamu
Masih tetap di hati

Cintaku masih untukmu
Rinduku masih padamu
Biarpun kita terpisah jiwa
Namamu tetap dikalbu

Kusemadikan cintaku
Didalam doa kudusku
Kepada Tuhan aku meminta
Damailah engkau di sana
Mengadap Tuhan yang Maha Esa

13 August 2011

Polis London menangkap suspek yang berkaitan dengan rompakan pelajar Malaysia

 
Sumber: The Star



PETALING JAYA: Seorang lelaki telah ditangkap berhubung dengan rompakan pelajar Malaysia Mohd Asyraf Haziq Rossli semasa rusuhan London awal minggu ini. 
Polis Metropolitan London mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa suspek, dikatakan berusia 20-an, telah ditangkap pada hari Khamis. 


"Pegawai telah menahan seorang lelaki yang berkaitan dengan kejadian di mana seorang lelaki muda dirompak oleh kumpulan yang berpura-pura untuk membantu beliau selepas beliau diserang semasa gangguan Isnin," membaca kenyataan itu. 


Semangat ditentukan: Mohd Asyraf bergambar untuk gambar selepas sidang media di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London. Dia merancang untuk menamatkan pengajian di London walaupun pengalaman pahit. - Reuters 
Suspek telah ditahan pada kira-kira jam 5pm waktu tempatan berikutan serbuan di beberapa lokasi. 


Mohd Asyraf diserang dan kemudian dirompak oleh dua kumpulan samseng yang berasingan pada hari Isnin, kemudian meninggalkan dia dengan rahang patah. 
Selepas beliau dilepaskan daripada Royal London Hospital pada pagi Khamis, Mohd Asyraf memberitahu pemberita yang beliau merancang untuk menamatkan pengajian di London walaupun keluarga memintanya untuk kembali. 


Beliau berkata beliau merasakan maaf bagi penyerang itu dan  ia merasakan "sangat sedih" ada kanak-kanak di kalangan mereka. 
Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ray Kyles dialu-alukan berita penangkapan dan keyakinan yang menyatakan bahawa mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu akan ditangkap. 


"Saya yakin bahawa polis British akan bekerja keras untuk membawa pesalah jenayah ini ke muka pengadilan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. 
"Dia adalah seorang lelaki muda yang luar biasa dan duta besar untuk Malaysia. Azam beliau untuk meneruskan pengajian di sebalik insiden ini , "kata Featherstone, yang melawat beliau selepas keluar hospital. 


Kyles sebelum bertemu dengan ibu bapa Mohd Asyraf Rossli Harun dan Maznah Abu Mansor untuk menyatakan simpati. 
Pengalaman pahit Mohd Asyraf dicatatkan dalam klip video yang menarik hampir tiga juta views YouTube di seluruh dunia. 


Sekumpulan berat serta-British juga telah berkumpul untuk menyokong dan mengumpul dana untuk beliau melalui Internet. 
Ibu bapanya dan adiknya di  terbangkan ke England hari ini ihsan Umno, yang telah menaja tiket penerbangan. 


Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu menyifatkan Mohd Asyraf sebagai seseorang yang berani yang telah melahirkan perasaan tiada dendam terhadap penyerang. 
Gan, yang melawat Mohd Asyraf di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square di London pada hari Khamis, berkata Mohd Asyraf adalah dalam keadaan yang baik selepas pembedahan untuk menetapkan rahang yang patah itu dan dipaparkan sikap yang positif.

11 August 2011

Cerpen Suspen ~ Hantu.......Mak Labu

 
Jam sudah menunjukkan pukol 7.00 pagi. Terkebil kebil mata ku ini yang masih ngantok sambil melihat isteri ku yang sudah bersiap siap mahu ke pejabat. "bangun baaaannngg....orang tua-tua cakap bangun pagi-pagi ni murah rezki" Erk.....macam ayat aku je yang bini aku ni pakai....huh..pandai jugak mengopy...ceeh. Aku buat-buat tak dengar sambil pejam-pejam kan mata.

 Memang selalunya isteri aku ni akan pegi keje lebey awal dari aku...opis time dia start kul 8....aku masuk keje kul 9. Ngam-ngam kul 7.30pg isteri aku pun pegi keje...."babai abang...pegi dulu yeee...." heheh...ayat isteri aku yang ada sedikit berbau cemburu. "babai yaaaanngg.....mmmm" aku mereply kata-kata itu dengan penuh mesra sambil pejam mata...ngantok lagi nih.

Motocross D Bendang Picture Album Part 1

 



Huh dah lama sgt tetunggak album ni....banyak lg gambar nya tuh...x pe,aku masuk kan dulu setakat yg ada dulu ni...Ini dalam kategori ATV...tp sayang camera girl aku x dpt masuk pg tu...jd x dpt nk ambek angle yg bes2..tp ok la ni ....hehhee

10 August 2011

Kerana kau di ciptakan ....bukan untuk ku.

 


Ku lakukan segalanya untuk mu...
Segala kepayahan yang ku lalui itu demi untuk mu..
Ku lakukan itu semua tanpa sebarang alasan...
Dan aku tak pernah merasakan ianya satu bebanan...
Ku luangkan masa yang ada hanya untuk mu..
Ku kongsikan gelak tawa ku hanya untuk mu...

Ku simpan segala keperitan hidup ku...
Bagi ku itu bukan untuk mu...
Apa yang ku mahu hanyalah kegembiraan dalam hidup mu..
Segala yang ku lakukan penuh dengan keikhlasan..

Namun hati ini semakin layu....
Kerana kau tak pernah merasakan semua itu..
Segala yang ku lakukan....
Segala yang ku korban kan...
Bagai tiada erti...

namun aku tetap mendoakan akan kebahagian mu..
Aku bukan pahlawan...gagah berjuang..
hingga menjadi insan yang di segani dan di hormati..
Aku bukan insan seni...yang sering menjadi pujaan...
Aku hanya seorang insan biasa....
Seseorang yang sering memendam rasa...

Terima kasih atas kegembiraan yang kau berikan..
Walau hanya sebentar...ia cukup bermakna bagi ku...
Dan akan menjadi suatu kenangan yang cukup indah...
Ku terima segala ketentuan ini...
Kerana kau di ciptakan ....bukan untuk ku..

09 August 2011

Terlalu Istimewa

 
Lembayung Senja
Berdiri aku di halaman....sambil menghayati keindahan di pagi hari..
cuaca yang agak dingin ini,mengingatkan aku kembali akan diri mu...
tersenyum aku....memori lalu berlegar legar bermain di minda..
aku sungguh bertuah....kerana memiliki mu...walau hanya seketika..

Kau sering membuat aku tersenyum...ketawa...dan kau tak pernah
meninggalkan aku pada saat aku di timpa musibah...
saat aku memerlukan...tiada alasan yang ku dengar dari mu..
segala yang kau lakukan penuh dengan keikhlasan...

kini....segala kenangan itu menjadi suatu memori yang paling indah.
kau telah pergi buat selama lamanya....menghadap tuhan yang maha esa.
sujud syukur ku pada mu ya Allah...kerana telah meminjam kan ku
sesuatu yang sangat istimewa....

Kini...anak yang kau amanah kan pada ku telah meningkat dewasa..
senyuman di wajah mu pasti kan terukir...andai kau tahu akan
perkembangan dalam hidupnya....
kan ku jaga sebaik mungkin....hingga akhir hayat....
kerana itu lah yang aku janjikan pada mu....

Kemana Cinta

 



jalan yang ada terbentang luas...
tapi aku sangsi mengapa langkahku ini x sampai-sampai...
setelah lelah aku menuju...baru ku sedar perjalananku berliku berduri...
lalu apalah daya melawan takdirnya cinta sekuat ombak itu....
kerana kasih aku tewas meredah ombak...

lalu ku turutkan alunan gelombang ombak itu...
sehingga ku hanyut bersama cinta yang dusta...haaahhh.....
mengapa ada lagi jiwa sekejam itu....
membunuh segala jiwaku sehingga aku mati 
sebelum jasadku terbujur kaku...(orked) 

anganku, mimpiku, menjadi satu cerita..cintamu,
 kasihmu buatku bahagia..
bayangmu, sanyummu pengubat rinduku..
saat itu..sedang aku mnggambaran sesuatu..
renungan ku terhenti..bayangmu kian kabur..
senyumanmu kian tawar..saat itu..
sedang ku merasakn keindahan cintamu..
kurasakn ianya palsu..sedangku menikmati kasihmu..
kurasakn ianya bagaikn membunuhku..
saat itu..tiada daya utkku melawan semua itu..saat itu ...(orked)

08 August 2011

Bisikan Dari Kejauhan

 


di celah celah kehidupan ku.... 
 ku ukirkan suatu penantian kerinduan
segala keindahan yang ada
 kini dapat aku rasa.....
engkau penyeri hidup ini
tiba nya arus yang mengalir jernih 
mengisi ruang di kamar hati....
...bersama kesetiaan dan kejujuran

hanya kau saja dalam hidup ini....
tidak mungkin akan aku persiakan
suatu keindahan yang akan menjadi reality...
bersama kita menyemai kasih

semoga kuntuman kasih yang mekar
mewangi ini akan terus mekar selamanya
dan terus bersama berdampingan
dalam pelayaran yang tidak bernoktah

07 August 2011

senyuman dalam tangisan

 


matahari bercahaya di siang hari
membakar diri menerangi bumi...ia berjanji kan muncul setiap hari
adakala nya ia memungkiri janji....ia memungkiri janji tanpa kita sedari
kerana memberi laluan pada sang hujan tapi tak pernah kita fikirkan
mengapa sang mentari bersikap demikian


ia memberi laluan pada sang hujan
kerana mahukan sang pelangi di awan berseri...gembira si anak kecil 
melihat pelangi...tersenyum manja sambil berkata...
canteknya....sedang kan si pelangi hanya hadir seketika
dan mereka ingin melihat nya lagi...si anak kecil menanti dan terus menanti

bukan niat ku untuk melukakan...
apatah lagi untuk menghancurkan...
kerana ia batu permata,tinggi nilainya

telah ku selitkan di dalam perjalanan mu
tanpa kau sedari...yang berharga itu
telah kau bawa kemana saja kau pergi

seorang insan telah menunggu ku di hadapan sana
aku hanya menunggu kata putus dari nya....
andai itu teman sehidup semati ku
ku pohon teman-teman merestui nya......

jangan kau tangisi akan nasib diri mu
kerana telah ku berikan sesuatu yang istimewa itu
dan pasti suatu hari nanti kau akan temui nya
dan di saat itu kau kan mampu untuk mengukir senyuman
walaupun senyuman mu itu.......
.......senyuman dalam tangisan.

06 August 2011

Terperangkap dalam sinaran


Tunduk wajah ku...melangkah di persisiran..
fikiran melayang entah ke mana..
tanpa arah dan tuju....haluan yang tak pasti
renungan tanpa kerdipan...titisan titisan lembut
mengalir tak ku sedari.....


hingga kini aku tak pasti...mengapa...
....mengapa aku harus berada di sini
jauh di sudut hati....ku simpan sesuatu...
ia adalah suatu keindahan yang tak kan
lenyap bebas dari hati ini..

damai berada di situ...walaupun adakalanya ia bergelora.
hati pedih sejak pemergian mu....dan itu tentu kau tahu
di mana saja aku terdampar.....sayup sayup suara itu....
masih dapat ku dengar ..



Tangisan Yang Tersimpan

 


Jangan menangis sayang.....
adakala nya keindahan itu ada tersimpan disitu. 
hanya kerana ada nye hempedu....
kita terlupa betapa kemanisan itu 
sudah tersedia di situ tapi tidak di peduli....


bukan niat ku utk menyakiti,
tp ada sesuatu yg perlu aku simpan...
demi menjaga keharmonian buat semua. 
Dan aku tak mahu hidup mu jd lebih derita kelak...
Tangisan hari ini hanya sementara,
aku tak mahu tangisan mu di masa akan datang...
kerana ia akan menjadi satu tangisan yang panjang....

Jangan membina istana di udara..
Jangan membina mahligai di tengah lautan..
Teguh kaki untuk berdiri...
Tabah kan hati akan segala yang akan kau tempuhi...

Biarkan aku di sini....menyimpan seribu satu kenangan..
Tak siapa tahu...tak siapa peduli..
namun jauh di sudut hati ini...ada...
~Tangisan yang tersimpan~

Alamat Hilang

 

hari ini aku ke pekan...cadang nk cari kad ucapan untuk kakak angkat ku...hmm besday nya tak lama lagi....
masa aku tgh pilih2 kad ucapan kat dalam supemarket tu....ada dua lelaki mengacau aku, kira nya nk ngurat la neh..katanya "nk cari kad untuk siapa?" aku cakap untuk kakak angkat ku...tiba2 di tegur nya pasal rambut aku..."adik...rambut adik nampak..terkeluar sikit dari tudung"malu juga aku dia tegur aku macam tu. alaaa...nampak sikit jew...tak pe lah...aku betulkan rambut aku yang terkeluar sikit tu....(taktik nk ngurat aku le tu..huh...!)

kata nya nk berkenalan ngan aku...(tau dh)tapi tak nk la ganggu aku yang tengahsibuk nak memilih kad.....ilang nanti konsenterasi aku memilih....katanya. kata nya dia tunggu kat bawahaku diam je....selesai buat pilihan aku terus ke kaunter untuk buat bayaran.bila aku turun... aku tengok dia ada lagi...

dia panggil aku...hmmm...ye lah aku datang. tak layan kang kata aku sombong lak...dia kenal kan diri ngan nama Mazli panggil abg li je katanya...iye lah aku kata. sembang2 kosong gitu je....aku lihat agak kurang bijak juga mamat ni nk mengurat...ayat banyak yang tak menarik...cam buhsan pun ada...ke aku yang x cantek? Oh....! itu tak mungkin.....mamat ni yang agak gabra...habis kat situ je cerita aku.

berbulan bulan aku tak pernah jumpa abg li...sampai satu bulan shawal...aku dan ely pergi ke pekan...kami lepak minum kat satu restoran mamak....tengah syok2 sembang ngan ely aku dengar bagai ada suara yang memanggil nama ku..ely kata....tu....tu...tengok la sana tu...ah..! malas aku nk layan...aku buat tak tau je..

tiba2 abg Romzi tegur aku..."amboi sombong nya" Oh..! abg romjik ghupernye...aku menyengih je.. abg romzi kata abg li ada lepak kat luar tu.. aik's...tadi aku masuk tak nampak pun kelibat dia..

tak lama lepas tu abg li pun masuk dan terus duduk kat sebelah aku...fuuuhhh..! gabra juga aku...aku tanya dia...kenapa senyap je.. tak ada berita...(alhamdulillah...idop agi mamat nie) dia cakap alamat hilang.. (heheh....kalau dia tipu pun....ada aku kesah) borak2 lebey kurang tiba2 abg li ajak aku ikut dia gi beraya ke rumah kengkawan nya di bukit kucing. aku kata ok lah...dan dia panggil kawan yang sorang lagi tuk bawak ely....(smart juga) aku cakap kalau balik awal bole la.. pukol 4.30 ptg kami bertolak..aku naik moto ngan abg li...dia bawak laju.. Errrkk..! rasa macam nk tercampak je...takot aku...

sampai bukit kucing dah nak senja...menyesal pulak rasanya.....kan dah lambat jadinya. pukol 8.30 baru balik....dia tanya nk hantar sampai rumah ke...aku kata tak pe lah... aku cadang nak tumpang tido rumah ely je...nak dekat 9.30 baru sampai rumah ely..itu lah last aku jumpa abg li....tak tau kemana dia lepas tu.. 2 tahun kemudian...aku terjumpa abg romzi di pekan. katanya abg li dh kawen....alhamdulillah aku kata.tak jemput pun....abg romzi kata,cemana nak jemput.....alamat hilang...(oh...! baru ingat........alamat hilang)

Sayangi Diri Mu

 

 Hari ini aku terlihat akan diri mu....
tapi aku tidak mahu mendekati mu...
...sekian lama aku merindui seraut wajah itu...
...tapi hari ini aku dapat melihat nya.

aku hanya melihat gerak geri nye dari jauh
aku sedih melihat keadaan nye..
badan nye kurus...pakaian tidak ter urus
sukar untuk ku gambar kan...

sedihnya...hingga aku menitiskan air mata
ketika kita bersama dulu...kau tak begitu
aku seolah-olah rasa bersalah
kerana membiarkan kau menanggung
kepedihan itu...

apalah daya ku...segalanya telah berlalu
kalau dulu...sudah pasti akan ku jaga
diri mu dengan sebaik baik nya
yang berlalu biar lah pergi

aku tidak mahu kerana perpisahan itu
kau tidak mempedulikan diri mu lagi.
sayangi lah diri mu...kerana aku,
masih lagi menyayangi diri mu

05 August 2011

Cerpen~Biarkan saja

 Dia seorang lelaki yang berwajah serius. sederhana tinggi,berkulit putih....wajah nya x lah hensem sangat. Biasa je. Anak sulong dalam keluarga....mungkin juga orang kedah campuran. Sebab cakap dia macam ada bunyi2 kedah. Tp tak tau la kalau dia saja2 je nk loghat macam tu....

 Perkenalan bermula pada suatu hari minggu. Hari itu aku,ain,iza dan liza lepak2 di taman...sebenarnye diorang ni ada date...nk dating la tu...diorng ajak aku sekali. Mereka tunggu Syam dan Am datang...pasangan Ain dan Iza....sedang kn aku dan Liza tak ada janji ngan sesiapa pun. Ketika Am dan Syam datang....kami lihat dia bawa seorang lagi kawan. Mazli....hmmmmm Mazli nama nye....mereka kenal kan Mazli pada aku dan Liza.....so kami lepak bertiga berkenal kenalan.

Auto Play You Tube Generate Embed Code For Blogger

 
Auto Play You Tube Generate Embed Code For Blogger Tutorial

Buka laman You Tube.....kemudian anda carilah video yang berkenan di hati. Selepas itu anda klik SHARE di bawah nya...kemudian klik EMBED. Copy embed code ter sebut.
kemudian klik pada link ini....Get your own valid XHTML YouTube embed code atau link yang ini http://www.tools4noobs.com/online_tools/youtube_xhtml/ sama je tempat nye (^___^)
paste kan pada ruangan yang di sedia kan. Anda boleh memilih saiz video mengikut
citarasa anda.....di sini saya memilih saiz 300x200. comel sikit...>_<
klik Center Video jika anda ingin video anda berada di tgh2.
manakala pilhan warna untuk Menu bar dan Border juga boleh di tukar.....anda cuma perlu klik 
pada kotak kod color tu je...nnt keluar la warna pilihan anda.....
klik juga pada Autoplay dan Loop...dh katanya nya td nk auto play kan.
peh tu klik je pada buttton Generate Code. Lihat saja pada gambar di bawah ini.






anda akan dapat lihat saiz video dan warna border mengikut pilihan anda. 
anda boleh mengubah nya lagi jika merasakan kurang sesuai dari segi saiz
dan warna.....setelah anda rasa sesuai maka boleh la meneruskan langkah seterusnya.
Copy embed code yang di beri kemudian Paste kan pada blog posting anda.





jika suda selesai klik saja Publish Post
dan ini lah hasil nya.....sekian terima kasih


"Contest Saya Suka Dan Saya Komen"

 

klik banner untuk join...

sila lah tabah ye,,
dalam menglike dan menyokong fara 
dalam semua kontest yang beliau join ;p
mudah2han murah rezeki fara dan kita semua ;p

selesai menglike kelima-lima page dan pic fara...
bole la buat entri hehehe
(dapat tau dari belog kaseh suchi)
tag:

komen sal blog fara:
no komen la..ekekkeeee


~Pasrahkan~



Langit senja yang berwarna merah itu
bagaikan tahu akan firasat hati ku
lalu hujan menambahkan erti sebenar

tangisan hati yang penuh erti
aku menangis bukan kerana bahagia
tapi kerana derita......
walaupun terselit duka,aku tetap ketawa

mungkin esok lusa akan ada
sinar pelangi menjelma..
sinar kasih mu yang terpendam
ibarat tiram di dasar lautan

setelah lama ku pendamkan
biarlah ianya menjadi mutiara
aku tak mahu ia terus menjadi bara
terlerai halus menjadi abu
yang tiada erti nya...

04 August 2011

~Ilham Pujangga~

 

resah hati jika dilanda ..
bila bertandang mimpi yang nyata ..
dirayu sudah, dipujuk sudah ..
namun digenggam, luruh melarah ..
ditusuk berdarah, dicubit menanah ..

bagai sang kudis mencemar rupa ..
diluah ku sakit .. ditelan pun perit ..
itulah RINDU sang pencemar jiwa ....

lidah nan kelu bukan bisu ..
tiada kata untuk bicara ..
usahkan kertas .. usahkan sutera ..
selagi bernafas, maruah diutama ..

kesan ranjau dan noda semalam ..
jadi lakonan pentas aksinya ..
jangan salahkan rencah dunia ..

jangan diberi hukuman diri ..
lepaskan dari lingkaran berbisa ..
cuba cari jalan bahagia ..
pasti nan indah bak taman rashidah ..

Hasil Nukilan

~Hembusan Tangisan~

 

Tawa ku sering 
bertemankan air mata
dan tidurku sering di temani 
keresahan

Haruskah ku terus hidup begini
mengharapkan belas 
dan simpati dari orang

Hakikatnya diri ini terlalu
hina di pandangan...
Mampukah aku memperolehi
bahagia yang di impikan

Apakah diri mu jua seperti 
mereka.....yang hanya mampu
melihat diri ku di bebani 
dengan penderitaan

Di uliti seribu kesedihan
dan di biarkan keseorangan
Melayari bahtera kehidupan
yang penuh dengan kekejaman

Andainya kau jua sama
seperti mereka..
maka musnahlah segala harapan ku

Hilang lah segalanya ....
........yang ku impikan
di terbangkan angin.......
.............entah kemana.


~Biar Pedih Kasih Memanjang~

02 August 2011

Kicap Jalen

 
 Sahar...seorang mat despacth yang bertugas di ibu kota. Beliau seorang Despacth yang cemerlang....setiap tugasan yang di beri pasti di sudahi dgn jaya nya. Sapa tak kenal Sahar. Satu KL tu tanya la..."ko kenal sahar tak ?"
pasti orang akan jawab "eerr tak kenal...sapa tu..?" ya memang orang tak kenal pun...huhuu sebab Sahar bukan artis,dia mat despacth je...hehee

 Namun begitu Sahar cukup mengenali sebilangan artis tempatan kita...cuma artis tu je yang tak kenal Sahar ni siapa...namun Sahar tak kecik aty...dun wury...
 Kini tiba saat bertugas di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan...dan di bulan ini lah juga pelbagai dugaan yang terpaksa di tempoh oleh Sahar sebagai despacth yang cemerlang dan suami contoh pada isterinya yang jelita.

 Hari ini cuaca agak membimbangkan...Sahar termenung seketika. Mampukah ia bertahan...huh.. Kehangatan nya begitu di rasai...seperti biasa Sahar memulakan tugas nya menghantar surat dengan jayanya. Dengan penuh sopan santun Sahar menyetat motor nya pakai kaki.....(ketak...ketak...ketak....Grroomm) agak ganaz munyik muto si Sahar ni.....tak ada picit starter...sengaja ta mau beli yang ada picit tu....mau eksesaiz kaki katanya.

Anda di larang meniru aksi ini

 Pada waktu2 begini Sahar akan berusaha menyiapkan segala tugasan yang di beri....siap saja maka lekas lah ia pulang kerumah me rehatkan minda. Pada sebelah petang pula Sahar akan mengambil isteri nya di tempat kerja. Dan begitu lah rutin harian Sahar.
 Sampai di rumah terdampar si Sahar di kusyen yang tak berapa empuk tu...keletihan,almaklum lah....puasa. Belum pun sampai 10minit si Sahar merehatkan minda si isteri bertanya

Isteri: abang puasa ke hari ni...?
Sahar: puasa la yang...huhuu penat nye la hari ni...panas betul la cuaca hari ni...
Isteri: sapa letak kicap jalen atas meja tu...?
Sahar: Oh...! sori yang... abang lupa letak balik kat lemari...
Isteri: abang buat apa ngan kicap jalen ni
Sahar: Ooohh...! abang balik makan tghari tadi....tak ada kicap jalen abang tak lalu makan...Guullpp...!
Isteri: untung ada kicap jalen....
Sahar: (alamaaaaakkk....!)



P/S jgn tipu bini....sian dia pagi2 siapkan makan tuk sahur.


01 August 2011

Niat Puasa Dan Berbuka Puasa

Selamat menunaikan ibadah puasa...harap2 jgn 
ada pula kata terlupa niat puasa...mari
kita ingat mengingati bersama

lafaz niat puasa






dan berikut pula adalah lafaz doa berbuka

"ya Allah bagi  Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau
beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan 
rahmat Engkau wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"



Selamat Menjalani Ibadah Puasa


Dilema Rindu

 


Dimalam 
yang sepi...aku duduk 
di ruang tamu keseorangan...
Terkenangkan nasib malang 
yang sering mengiringi
perjalanan hidup ini.

Tanpa dapat ku tahan
air mata ku jatuh berlinangan
itu tanda sebuah hati yang berada 
di dalam ruang kelukaan...

Di saat hati ku di landa kesedihan
aku hanya mengingati mu

Aku ingin kau segera datang
menemuiku....agar aku bisa
tenang dan bahagia


Interested for our works and services?
Get more of our update !